Sunday, 7 August 2011

Masa Untuk Membayar

Saya berpeluang menetap di asrama King Edward seketika, sekitar tingkatan 3 hingga 4. Dapat mengenali lebih dekat rakan rakan Rancangan Khas serta rakan rakan yg dari 'luar' RK sekejap. Kesimpulannya, saya tak dapat sesuaikan diri dan hingga kini saya masih tidak mahu anak anak saya berasrama sehingga mereka tamat pengajian Menengah mereka.

Saya berterus terang disini, tiada yang menarik sepanjang saya bersama rakan rakan asrama, kecuali dua tiga atau sepuloh rakan rakan yang boleh 'klik' dengan kepala saya. Paling saya tak gemar pada yang 'kaki' membuli terutamanya dari abang abang senior .

Bila dah berusia begini, memang terbayang kenangan pahit manis di asrama. Dan sememangnya saya ada berniat untuk membayar balik jasa yang telah diberi oleh asrama kepada saya secara sendirian dan kecil kecilan. Itupun bila ada kelebihan rezeki dariNya.

Saya dan rakan rakan OE 1981 sudah berniat untuk menghulurkan sekitar ratusan ringgit untuk asrama, tidak lebih dari itu kerana wang simpanan kami pun ala ala kadar sahaja. Yang membuat kami nekad untuk tunaikan yang melebihi dari perbelanjaan sebenar ini, adalah atas niat yang telah disuarakan oleh salah saorang rakan asrama kami ni, si Kadir.


Saya bersyukur, kalau tak kerana niat beliau, saya dan rakan rakan yang lain pasti mengambil sambil lewa sahaja atas apa yang perlu kami lakukan.

Bila sesaorang mencetuskan akal beliau, dan terus mendapat sokongan dari kesemua rakan rakan yang lain, sasuatu perkara yang 'tak pasti' , akan menjadi kenyataan dengan ketentuanNya.

Secara tiba tiba, wang kutipan masuk seperti air sungai yang mengalir, tak henti henti akaun OE Class 81 bertambah tambah, hingga akhirnya saya mula memikirkan , dari beli satu , baik saya beli dua penghawa dingin. Bezanya pun tak jauh, hanya sekitar ratusan ringgit sahaja.

Hm, fikir fikir, Ramadhan kian hampir, baik saya segerakan pembelian ini.

Maka terpasanglah penghawa dingin ini di Surau Asrama King Edward.

Jenama York 1.5hp dari bekas pelajar tahun 1981.



Permaidani yang hanya sebahagian terisi, ,masih ada ruang untuk penderma budiman.

Mengikut congakan saya, kalau ada rezeki lagi, sesuai ditambah lagi 2 unit penghawa dingin 3.0hp untuk mendapat kenyamanan maksima.

Sepanjang pengajian saya hingga ke tingkatan 5, saya pernah terfikir waktu itu, bila saya dewasa dan berkerjaya nanti, saya pasti akan bersedekah kepada asrama ini sebagai membalas jasa.

Tapi tak pernah terfikir yang saya dan kesemua rakan rakan OE 1981 akan bersatu, menyumbang secara bersama kepada asrama. Masa itu saya hanya fikir pada diri sendiri sahaja, tapi pada usia 47 ini rupanya, saya masih bersama dengan rakan rakan bersatu memberi sumbangan.

Zohor Sabtu 30hb Julai, saya berimamkan Badrul bersama buat pertamakali menjejakkan kaki di Surau ini.

Dan harus saya katakan, sumbangan kecil ini benar benar membuat hati saya BESAR terhadap kesemua yang bersedekah menjayakan kerja baik pulih surau.

Tahniah kepada Sekolah, Pelajar, Bekas Pelajar Asrama dan Guru Guru yang berusaha gigih menjayakan kecemerlangan anak anak penyabung jenerasi di King Edward VII.

TAHNIAH!!


Latiff Hariri
1930 04082011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment