Monday, 26 September 2011

Bergerak Malam Harinya Malaysia

Saya sudah merancang perjalanan ini seawal tersiarnya rencana di RahmanHariri.blogspot.com berkenaan kisahnya Lapangan Terbang Taiping itu, dimana mendaratnya Sukarno-Hatta sekitar tahun 1945.

Hati saya teruja membacanya, dan tercatit nama pejuang yang mula mula melaungkan - "Merdeka" keatas Tanah Melayu , sekitar tahun 1938 . Sedangkan Tungku dan Umno melaungkan 'hidup melayu' pada tahun 1946 .

Dari sini, saya membuat keputusan, selain bersantai di kota Jakarta, saya mahu mencari pusaranya.

Bermakna , isu Mat Indera tiada kena mengena dengan jelajah ini, secara kebetulan sahaja.

Saya dah biasa sendirian ke Indonesia, khususnya Jawa. Dari Surabaya, Semarang, Solo, Jogja, Pekalongan, Bandung dan Jakarta, semuanya telah saya terokai, mahupun sendirian, bersama keluarga dan emak, bersama Rahman, mahupun bersama rakan rakan OE1981.

Jadi , malam 15 September, dimana esoknya cuti Hari Malaysia, saya bergerak dari Sungai Petani.





Zul dan Mokhtar, yang berjaya saya pujuk dan 'goda' supaya ikut serta merayau ke Jakrta. Ini fotonya 5 minit sebelum ke Kuala Lumpur. Berjalan malam, tak perlu kemas dan bergaya.

Sepanjang perjalanan dipandu oleh Mokhtar. Ini alasannya mengapa saya mengajak mereka, hehehe.

Tapi, upah makan malamnya berbaloi - Nasi Mande di Al-Rawsha pukul 1230 malam.

Selesai di bulatan Kg Pandan ni, kami bergerak ke KLIA, mengambil kunci rumah adik bujang saya, dan kami bermalam seketika di Salak Tinggi. Tidur tidur ayam je.

Sekitar 445 subuh, kami bergerak semula ke KLIA, untuk meminta bantuan si Zali menghantar kami ke LCCT tu. Kereta saya tinggalkan kepada dia. Dan kami berada di LCCT sekitar 520 subuh, terus dafter-masuk.



Mokhtar bawa satu beg, dan beg kamera.

Tiada masaalah daftar masuk. Tapi, bermula 1 November, daftar masuk yang dibuat melalui kaunter AirAsia akan dikenakan RM10.00 setiap penumpang. Maknanya, kena daftar masuk 'on-line' dari rumahlah dimasa hadapan.

BerSolat Subuh sekitar 555 pagi di surau LCCT, dan terus masuk ke Dewan Pelepasan.

Kami memasuki pesawat sekitar 635 pagi.


Zul dah atas awan, kami duduk didapur sahaja.

Memang mengantuk, saya tidur tidur ayam , selepas bersarapn nasi lemak yang tersedia didalam pesawat.

Cuaca agak jerebu, jadi agak kelam pemandangan dibawah.

Kami mendarat di Sukarno-Hatta sekitar 840 pagi, dan berlari lari anak, keluar ke Bandara tepat pukul 855 pagi. Kira tepat waktunya.

Pintu masuk Imigrasi sudah diubah dari posisi asal. Kami tersilap beratur bersama rombongan pelancung dari Malaysia, jadi jenuh menunggu.

Pertama kali Mokhtar dan Zulkifly menjejak kaki ke Jakarta.

Menuju ke kaunter teksi bandara. Saya jelaskan kepada mereka berdua, supaya menggunakan teksi jenama SilverBird/BlueBird sahaja, kerana terjamin kualiti dan harganya. Saya mengambil keputusan untuk sewa Innova sahaja.


Sewanya ke kota Jakarta Rp190,000.00 , kira RM70.00 lah.

Perjalanan mengambil masa sekitar 50 minit, jalannya tak berapa sesak, kecuali di pusat kota.


Jakarta Utara, agak jerebu.

Saya kemaskinikan kepada mereka berdua ni, di Malaysia, keseluruhan warganegara yang berjumlah 28juta tu, sama jumlahnya penduduk Jakarta.

Jadi, fikir sendirilah betapa sesaknya kota ini, dan berapa kali ganda keluasannya dari Kuala Lumpur.

Kami daftar masuk hotel sekitar 1010 pagi, kamarnya belum tersedia, hanya kami titipkan beg pakaian kami sahaja.

Saya dah ada rencana seawal pagi ini.


Latiff Hariri
2013 25092011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment