Friday, 7 October 2011

Sanggah Khutbah Khatib!!



INI MASJIDNYA SITI NORHALIZA DI PERMATANG PASIAK(PASIR) TIKAM BATU, SUNGAI PETANI.

TIADA KENA MENGENA DENGAN KISAH TULISAN INI.







Sudah lama saya tidak berkisah tentang Jumaat saya ni. Sebaiknya begitu, memandangkan tiada isu pun. Agaknya sudah letih memberi kritikan kepada khatib khatib disebelah sini, yang begitu lurus menegakkan hukum Allah.

Petang ini , saya memasuki masjid Kubang Buaya ini sekitar pukul 1 petang. Masih ada 10 minit untuk bertahyatulMasjid dan berYassin, fikir saya.

Hmmm, tak sempat pun, separuh jalan BerYassin, azan keudara.....

Selesai Khatib memulakan mukaddimahnya untuk khutbah petang ini, bermulalah topik sebenar Jumaat. Soal isu terkini, siapa pahlawan, siapa petualang. Lebih kepada isu isu tentang zaman sebelum kemerdekaan. Katanya khatib, bertelagah tentang isu ini ada baiknya, supaya keilmuan diperkasa dan dibahas, dan Akidah pasti tidak terpesong. Kita bebas menilai siapa 'siapa' , dalang diwaktu itu.

Tetapi, bila kita sentuh soal hukum Allah, dikhuatiri tergelincir Akidah kita...itu kata kata khatib menyambung isu sebebar yang beliau ingin ingatkankan kepada makmum. Dan sebaik sahaja perkataan HUDUD terkeluar dari mulut khatib, secara tiba tiba , menerpa saorang makmum dari arah kanan cuba menyelit betul betul dikiri 'jiran' sebelah kiri saya, dengan duduk mendongak memberi perhatian kepada Khatib. Kehadiran beliau ini saya rasa begitu mendadak, seperti ada yang menolak atau menarik beliau ketengah betul betul dihadapan mimbar.

"Hm, bagus ni, ada yang berminat mendengar khutbah Khatib hari ini", detik hati saya. Dan sekoyong koyongnya, ada lagi saorang makmum yang menerpa ke saf ketiga secara serentak, bagai telah berjanji. Saya seperti biasa, saf kedua menjadi pilihan solat saya.

Berkisar tentang penolakan HUDUD yang dibuat oleh bangsa Tionghua yang tidak faham isinya, tetapi tidak akan merosakkan akidah kaum Tionghua itu, kerana sememang orang kafir akan menolak mentah mentah hukum Allah. Dikisahkan tentang pandangan dari kaum mushrikin yang mula memahami HUDUD, dan memberi pandangan positif - pun sama, tidak menjadikan mereka Islam sebab terima HUDUD.

Tetapi yang Khatib ingatkan makmum ialah, bila kita sebagai orang yang mengaku Islam, tetapi terang terangan menentang HUDUD . Kita akui kita Islam, sembahyang lima waktu, Zakat, Fitrah, Puasa..... tapi bila sampai ke hukum HUDUD, kita tolak, apakah kita ISLAM?

Diperdengarakan ayat ayat ALQURAN untuk menguatkan hujjah Khatib tentang hukumnya bila kita menolak hukum ALLAH.....memang panas mendengarnya.
Ramai jemaah yang memberi wajah positif mengakui kebenaran kata Khatib, tapi makmum yang saorang ni, masih mendongak mendengar setiap hujjah Khatib. Yang pasti, mukanya kemerahan!

Khatib mamberi ingatan , tergelincir Akidah bila orang ISLAM sendiri yang mempersoalkan hukum Allah, sepertimana petikan dari surat khabar itu, tentang
kenyataan pemimpin Islam kerajaan Pusat tentang 'kuno'dan tidak perlunya hukum HUDUD itu. Khatib tidak menyebut nama pemimpin tersebut, hanya dipetik dari keratan akhbar yang beliau bawa. Tidak semena mena pun, makmum yang saorang ni terus mengangkat tangan .

"Karpal Singh kata apa?!!" sambil mengangkat tangan kanan beliau.

Khatib tidak memberi reaksi apa apa pun. Terus dengan khutbahnya, walaupun saya pasti Khatib mendengarnya.

"KARPAL SINGH KATA APA?!! ".

Secara sepontan, tanpa bersuara, tangan kiri saya bergerak menepuk tapak kaki kanan makmun tersebut yang bersimpuh.

Terkejut agaknya, beliau menoleh. Saya tahu beliau marah, kerana wajahnya kemerahan seperti udang dibakar. Saya menundukkan muka dan mata ke sejadah tidak membalas. Saya tahu beliau terkejut dan marah dengan 'usikan' peringatan dari saya supaya 'behave' didalam Rumah Allah.

Mungkin memndangkan saya menundukkan muka tidak mahu menentang mata beliau yang diselubungi "syaitan" (mungkinkan?) Beliau tersedar yang ada mata mata dari setiap penjuru sedang memerhati beliau, dan sepontan saya terasa dia 'tersedar' dari amarahnya, lalu mengarah pandangan semula kearah Khatib.

Apakah yang bermain dikepala beliau waktu ini? Malu? Marah? Menyesal?

Tiada makmum yang memberi reaksi apa yang berlaku.

Sebaik tamat Khutbah, makmum yang saorang ini, bangun lalu kekanan , kearah saya, mengambil tempat dikanan saya, sedangkan beliau berada dikiri 'jiran ' sebelah kiri saya ni. Hm... menarik. Berjalan dihadapan saya selangkah dua untuk mengambil tempat disisi kanan saya, sambil memberi jelingan 'dendam maut' kepada saya....

Saya bersedia untuk apa jua kejadian selanjutnya..... tetapi, bila Imam memulakan takbir fardu Jumaat tu, saya serahkan kepadaNya tentang apa jua bakal berlaku selepas ini. Saya berada diRumah Allah. Saya adalah tetamunya, saya tidak layak membuat onar yang boleh mencemarkan kemulian RumahNya.

Sebaik selesai solat dan doa diamimkan makmun, saya terus menanti salaman dari jemaah sebelah kanan saya ini. Ya, saya selalu mulakan salaman dengan yang sebelah kanan jemaah. Ternyata beliau memulakan salaman permulaan dengan jemaah dikanan beliau, dan mengalih tangan kearah kiri beliau untuk bersalaman dengan saya, kami berjabat tangan. Tetapi matanya masih merenung dengan pandangan yang tajam dan tidak mahu melepaskan tangan saya. Saya hanya senyum dan menundukkan mata kebawah. (tak perlu saya renungi mata yang sedang terbakar itu!!) . Dan saya lanjutkan bersalaman dengan 'jiran' disebalah kiri saya. Ada 'mata-mata' yang mengekori makmun tersebut , ada yang memerhati saya. Saya berundur kebelakang, dan kelihatan makmun tersebut memulakan solat sunatnya, kalau tak pun Solat Zuhurnya , sebagai pengganti, terbatalnya Solat Jumaat beliau hari ini!





MASJID AL-KHALIDIAH










Musuh yang sentiasa ada didalam selimut kita ini, yang harus kita beri perhatian khusus, selain dari musuh yang terang terangan itu.

Ya Allah, ampuni segala dosa dosa hamba hamba mu ini. Amin

Saya pun tidak sempurna.......Maafkan saya. Tapi, hukum Allah bukan permainan kita .


Latiff Hariri
2213 07102011/ 8 Zulkaedah 1432H
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment