Aqilah yang sedang cuti pendek semesternya, sudah pulang ke SP di awal minggu, jadi, saya cadangkan mereka dahulu ke KL melewati Tanjung Malim sehari awal dari saya.
Petang Jumaat itu, sebaik selesai kerja, saya terus ke stesen bas Butterworth untuk menaiki bas ke Shah Alam. Rakan pejabat saya yang belikan tiket. Saya naiki bas SE Express jam 6 petang, dan hanya tiba di Sek17 Shah Alam tepat pukul 12 malam.
Menginap di UiTM Resort.
Petang Sabtunya, seperti yang dirancang bersama Din Selamat dan Badrul Hisham, seawal pukul 4 petang saya sudah memandu ke stesen keretapi Shah Alam, untuk ke Kuala Lumpur. Lebih baik gunakan perkhidmatan awam dalam suasana begini.
Di stesen Sentral KL seawal pukul 5. Saya terus berhubung dengan Din Selamat, tetapi tiada jawapannya. Badrul tiba sekitar pukul 550 petang. Tetapi sebelum itu saya sudah berjumpa dengan abang 'tiri' saya ni, Si David Khor. Saya titipkan kueh bahulu SP kegemaran beliau.
Dek kerana Din Selamat tidak memberi jawapan, kami berdua membuat keputusan untuk manaiki monorail sahaja ke KLCC.
Sekitar 615 petang kami sudah didalam monorail, dan tiba di KLCC kurang dari 15 minit.
Gerimis masih mengundang, untungnya kami berada didalam KLCC, tetapi terhenti disini kerana untuk berjalan didalam gerimis ke arah Impiana, pasti akan melenjunkan pakaian kami. Jadi saya terpinga bercongak tindakan selanjutnya, sebab boleh dikatakan tak sampai 800m sahaja untuk sampai kesana. Masa pun masih awal, tak perlu terburu buru, cuma Maghrib semakin menghampiri.
Tiba tiba, teringatkan Pak Lan @ Roslan Abdul Rahman, terus berhubung, dan ternyata beliau sudah menghampiri KLCC dari Keramat. Fuh!! Tepat sekali langkah kanan kami ni!!
Untuk pertamakalinya manaiki Honda Hybrid ini, hehehe.
Ternyata tapak parkir Impiana terhad, kami diarah berpatah semula ke KLCC untuk parkir yang telah ditempah oleh pehak pengurusan , dan disediakan perkhidmatan Shuttle. Jadi, dua kali lah kami di perkarangan Impiana ini.
Terus memasuki lift untuk ke tingkat dua, dimana dewan pertemuan telah tersedia untuk kami semua.
Sebaik mengambil cenderahati dan kupon pendaftaran, kami berpatah balik ke lobi bawah untuk solat Maghrib dan perkenakan tali leher masing masing.
Diruang legar dewan makan ini sudah semakin ramai rakan rakan senior OE yang menunggu. Saya buat selamba aje , bersalaman dengan kesemua yang hadir. Ada yang saya cam wajahnya, tapi tak ingat namanya, ada yang saya tak kenal langsung, ada yang saya buat buat tak kenal, hahaha. Tapi, bila dimajlis begini sesama OE, sebaiknya kita berkenal mesra dengan senior terutamanya, dan dengan yang junior yang sememmang tak kenal langsung tu, sebaiknya junior pun pandai memperkenalkan diri kepada abang abang senior ni.
Abang senior disebelah saya ni, saya ingat dia prefect yang agak 'cengei' dengan junior seperti saya, tapi saya ingat dia, dan itu semua kisah yang lalu , yang saya gembira dapat berjumpa setelah usia matang begini.
Acara belum bermula, jadi acara berkenalan sesama OE dimulakan sekali lagi didalam dewan ini. Terus terang , memang saya ini jenis yang kurang nak berjalan dari meja ke meja. Kalau ada yang bertandang ke meja kami ni, saya akan bersalaman dan perkenalkan diri. Tidak pun, jika ada nama nama seni0r yang masih saya ingat, akan saya tegur dari sisi, dan bersalaman, walaupun selalunya abang abang senior tak kenal saya.
Yang senang diingati ini, Datuk Huzir, sebab masa sekolahnya terkenal dengan sukan dan pelajarannya. Pelajar asrama yang sering melakarkan nama sebagai ahli sukan dan akademik. Datuk Huzir juga saorang Pengawas yang sporting terhadap adik adik junior. Maknanya beliau popular dikalangan kami.
Datuk Huzir diapit OEClass81. Kan saya kata, dia sporting walaupun berjawatan tinggi dan ber'Datuk' lagi.
Kamera yang besar lagi, tak ada ke Datuk? Hahaha.
Acara dimulakan dengan kata kata aluan dari Pengerusi dan Penaung Utama Majlis. Ucapan dari Jalil Shuaib ringkas. Begitu juga dengan Datuk Shamimi.
Acara makan malam yang sepatutnya bermula pukul 830, tertunda hingga ke pukul 9 malam, tiada masaalah pun, kerana semua lebih teruja nak berjumpa, bersembang, menyakat, mengusik, mengungkit dan,............ menari dan bernyanyi kemudiannya.
Pada saya , kita sesama lelaki sahaja malam ini. Tiada Tigress nya!
Walaupun ada yang membawa anak isteri serta MCnya tigress, tapi boleh dikira lah .
Ramli Bai kerap saya temui sekitar lewat 80an dahulu. Kami sering berhubung waktu itu.
Selesai acara kata kata aluan itu, sambil menjamu selera, kami dihiburkan oleh penari penari UKM . Oklah, pelajar pelajar yang memberi tarian sederhana untuk cucian mata kami.
Untungnya kami dapat meja hadapan, kerana Pak Lan tempah awal dengan membayar dahulu harga meja untuk kami bertujuh ni.
Selesai satu tarian, kami diminta bangun untuk menyanyikan lagu Sekolah - Magni Nominis Umbra. Nasib baik lah liriknya disediakan, kalau tidak, buat mimik mulut ajelah.
Ketawa sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu sekolah ini.
Dan MC meminta AJK Majlis ketengah pentas untuk diperkenalkan kepada rakan OE
Zulkifli Rahim yang terakhir sampai
Azham yang sudi bertandang kemeja kami, mana abangnya Badrul Hisham Hashim?
Sambil makan sambil berhibur, dan sememangnya, anak anak muda Edwardian ini bersikap terbuka. Lepas satu lagu, ke satu lagu, mike tak mahu dilepaskan kepada penyanyi lain, hahaha. Yang kaki berdansa pun ramai, terutamanya jika Mariappan & Company yang diajak ke pentas.
Datuk Huzir dan Doktor Sheikh Faizal. Memang Dr S Faizal ni mempunyai bakat sejak dari bangku sekolah lagi.
Saya kenal Dr S Faizal sebaik memasuki tingkatan 1, dan bersama Boy, kami mulakan latihan biola setiap petang Selasa didewan sekolah. Di waktu itu, S Faizal ada bersama, dengan gitar yang dikepitnya. Sambil belajar membaca tauge tauge yang diberi, S Faizal akan mengalunkan suara beliau berirama petikan gitar beliau. Waktu itu zaman John Denver, dan suara beliau, fuh mantap beb! Memang dia berbakat. Guru muzik yang diimpot dari luar itu pun sering bersama beliau memperbetulkan kawalan suara dan petikan jari beliau.
Dan yang ini pun, dah lama tak jumpa. Dah berjanji didalam MukaBuku, untuk bersua nanti di Majlis ini.
Ini orang kuat rugby Edwardian satu ketika dahulu, yang sering menyingkirkan MCKK setiap kali final juara Malaysia. Pengawas sekolah dan Pengawas Asrama. Yang membuat saya ingatkan Abang Yusof ni, sepertimana Abang Huzir tu jugak. Dia teramat sporting dengan junior junior , dari zaman persekolahan hingga kini. Bahasa Ipohnya, " tatak sombong oooo". Itu yang buat saya kalah dengan beliau.
Terima kasih Yusof Mat Arip. Orang Bukit Gantang ni.....
Terima kasih kepada adik adik angkatan 2000 ini yang hadir sama. Memang saya harapkan mereka bergerak aktif disetiap kali majlis keramaian OE ini. Mereka bakal menerajui dimasa hadapan.
Dan seterusnya, sambil menjamu selera perut, mata dan telinga ini, sempat juga saya jeritkan nama ini kepada tuan yang empunya diri, " Rosmainoor!!"
Dan beliau mengalihkan perhatian beliau kearah suara yang menyebut namannya.
Rosmainoor. OEClass1979. Kalau tak silap saya, pemain badminton sekolah serta hoki. Tapi, adik beliau yang kuat hoki rasanya.
Rosmainoor merupakan rakan perjalanan bersama saya, setiap hari sabtu-ahad, kerana kami merupakan 'a very loving weekend husband' sekitar tahun 1986-1987. Itu diawal perkahwinan saya dan sebaik kelahiran anak sulong saya. Saya akan menumpang kereta Rosmainoor dari Taiping untuk pulang ke Shah Alam, kerana kedua dua isteri kami bekerja di Kuala Lumpur/Shah Alam waktu itu.
Dan ini adalah yang pertama saya temui semula selepas episod 'suami hujung minggu' ini tamat sekitar tahun 1988 bilamana, saya dipindahkan ke Kulim.
Mariapan OEClass 1980.
Semasa saya bersalaman dengan Dr S Faizal di ruang menanti ketika mula mula masuk kedewan ini, fikiran saya masih samar samar tentang beliau. Bila ingatan mula hadir, saya terus menarik lengan tangan beliau dari meja makan untuk berfoto kenangan bersama. Waktu ini , saya ceritakan kepada beliau tentang kenangan Orkestra Edwaradian tahun 1977 dahulu. Saya pasti, beliau ingat ingat lupa, lagipun , senior payah nak ingat kat junior, betul tak?
Bila usia meningkat, abang abang super super senior, saorang- saorang pakat mengundurkan diri. Ya lah, nanti saya pun , jika usianya panjang, dah tak ada kederat untuk semua ini. Kebanyakan EO Super Senior ini meninggalkan majlis sekitar pukul 10-11 malam. Dan yang tertinggal angkatan angkatan yang terasa diri masih kuat ini, hahaha.
Yang ini (brothers/cousin/uncle) Datuk Ahmad Shalimin, Din Selamat dan Roslan Abdul Rahman bersama Datuk Huzir dan Shaiful dihujung, sebuah lagu harganya RM5,000.00 . Maunya mereka berenam ni tak lepaskan mikrofon tu!
Saya bersalaman dengan hampir kesemua yang masih tidak mahu meninggalkan majlis ini.
Pak Lan ke KLCC untuk mengambil Hybridnya, hehe. Badrul dan saya bergerak mengekori Din Selamat untuk mendapatkan belas ehsan beliau menghantar kami pulang, hahaha.
Foto terakhir sebelum meninggalkan dewan makan Impiana Hotel & SPA , KLCC
Tiba di pintu utama UiTM Resort ni sekitar pukul 130 pagi. Ucapan terima kasih kepada Din yang bersusah payah menghantar kami pulang, sedangkan rumah beliau saya kira ada lagi lebih dari 20km untuk sampai.
Sempat 'upload ' 3-4 keping foto kedalam Muka Buku sebelum lena. Esok dah nak bergegas balik ke Sungai Petani.
Terima kasih OEKL yang menjayakan majlis malam ini!!
Latiff Hariri
1523 28112011
Sungai Petani