Tuesday, 8 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Penerbangan

Zali keluar dari rumahnya sekitar 610, kira kira 10 minit selepas azan Subuh. Kami berempat hanya menanti didalam kereta.

Bergerak dari rumah Rahman sekitar 520 pagi dengan menaiki kereta saya bagi menjimatkan kos. Kereta saya, seperti biasa ditinggalkan kepada Zali, adik saya.

Solat dan membersihkan diri seketika, sementara menantikan Pak Su yang baru bergerak dari Seremban Nilai kira kira pukul 6 pagi.


Rahman dan saya menyambut Pak Su dan Abil, anaknya.

Kami terus mengatur langkah memasuki ruang menunggu, tanpa segan silu, hehehe. Ha ah, terus aje kami berdiri didepan pintu keluar. Selamba buat barisan pertama. Tapi waktu itu pun jam dah menunjukkan pukul 720 pun, pesawat bergerak sekitar 755. Dan tanpa dipanggil petugas, yang lain terus bangun mengekori dibelakang kami. Jadi kami yang pertamalah.

Enam beranak dari satu jalur yang sama menuju ke pesawat

Kedua pupu duduk sebaris.
Rahman bersama Pak Su Asgar. Abil sudah lentok disisi ayahnya, siap bertutup jendela sisinya kerana silauan matahari.

Hujan lebat bermula sekitar pesawat menuruni gunung yang membariskan kota Bukit Tinggi hingga ke Padang.

Bandara Minangkabau, Padang.

Memang kesabaran kami teruja, bila tiada borang kemasukan disediakan didalam pesawat. Begitu jua di kaunter pemeriksaan Imigresen. Bila ditanya kepada Pegawai Imigresen Indonesia, mengapa tiada borang, kami diminta tunggu sahaja. Lama pulak tu.

Akhirnya saya meminta dari pegawai yang dihujung, ternyata ada banyak di dalam laci beliau. Saya meminta 6 keping untuk kami.

Dan berlaku perbalahan kecil diantara rombongan kami bersama salah saorang Pegawai Imigresen yang kami beratur untuk pengesahan kemasukan. Memang menyakitkan hati pada awalnya, tetapi selesai bila Pegawai Kanannya hadir dan memberi penjelasan serta menerima ketidak puasan hati kami .

Saya kira melebihi 50% penumpang adalah warga Malaysia, dan ternyata rata rata tersangat kecewa dengan layanan Imigresen.

Isi borang pun atas lantai saja.

Keluar dari Bandara sekitar 845 pagi, dan Si Ad sudah menanti bersama Innovanya.

Sarapan di sisi Bandara dengan saorang sepinggan Soto dan Lontong. Sodap!

Terus memasuki kota Padang dengan menggunakan by-pass untuk ke Pelabuhan Padang di Teluk Bayur. Hujan masih menemani kami.

Anak anak sekolah bermain air banjir.

Memasuki Teluk Bayur terus ke puncaknya pemandangan indah untuk acara sarapan kedua.

Pak su dan Abil begitu teruja melihat keindahan Teluk Bayur. Disini Pak Su perkenalkan saya Teh Telur.

Kami tak dapat memasuki Pantai Air Manis untuk melihat Batu Malim Kundang dek kerana hujan dan tanah longsor.

Terus ke Kota Padang untuak ditukar duit, dan ternyata kami lewat, kerana toko toko sudah mula tutup untuk solat Jumaat.

Langsung ke Pantai Padang untuk ' sarapan' telur penyu.


Arif mendapat perhatian dari anak anak Padang.

Abil pertamakali mencuba telur penyu, dan beliau boleh menerimanya.

Kami bergerak keluar kota sekita 1230 wib menuju ke Bukit Tinggi. Hujan masih mengiringi
kami sepanjang perjalanan ini, saya kira kami boleh memasuki kota Bukit Tinggi melepasi pukul 3 petang.


Latiff Hariri
0700wib 08112011
Hotel Pangeran Beach, Padang.

No comments:

Post a Comment