Selamat tinggal semua
Saya berjalan kaki pulang kerumah Gadang. Sedangkan yang lain lain menaiki Innova .
Pada awalnya, saya risau juga, kerana kami bertiga dijangkakan akan menaiki bas untuk pulang ke Bukit Tinggi. Tapi hingga kesaat selesainya acara Qurban ini, sebuah bas pun tidak kelihatan melalui perkampungan ini, kecuali bas expres ALS.
Macamana kalau tiada bas yang akan memberi perkhidmatan kepada kami petang ini. Maknanya, saya harus usahakan sebuah kereta sewa untuk kami bertiga. Sedang saya dan si Ad berura ura untuk ke Kumpulan, baru saya teringat akan anak buah saya ini, yang datang dari Padang bersama pick-upnya. Lalau saya bertanya...dan jawapannya, menyelesaikan masaalah kami bertiga.
Kami terus kerumah masing masing untuk bersiap, menyimpan kesemua pakaian kedalam beg kami, dan terus bertandang ke rumah Gadang untuk acara doa selamat dan kenduri.
Saya pun tak suka akan perpisahan ini, tapi , apakan daya, semua mempunyai tugas yang sudah menanti di kampung halaman masing masing.
Doa selamat.
Lauknya asam daging, ikan goreng dan telur rebus bersambal.
Suci menyelit diantara orang dewasa, dia memang berani.
Tak perlu saya bercerita panjang, kerana rata rata semuanya bertambah 3 kali nasi untuk kenduri ini!!
Rupanya Mak Juli sekeluarga pun berbesar hati , mahu kami menjamah masakan dirumah beliau. Hmmmm, memang mereka suka sangat dan mahu kami menjamah juga, walaupun sudah terlalu kenyang.
Menunya sama, kecuali ada ayam masak rendang.
Si can dan Jawanis, kakak beliau dari Pekan Baru(?). Saya kurang nak hafal nama nama yang baru saya temui ini.
Bergerak sekitar pukul 3 petang. kami berhenti seketika diatas, untuk bertemu dengan makcik yang saya pun dah lupa namanya. tapi , setiap kali kalau saya pulang, saya tetap menziarahi beliau, kerana beliau membela 5 orang cucu yang yatim.
Saya memang pelik dengan adat Minang ni, tak nak komen, nanti saya kisahkan dilain siri tentang apa yang saya alami dan rasa ketidak puasan hati saya akan peliknya adat pepatih ini. Didalam penulisan HAMKA, banyak dipersoalkan isu ini, tapi, selepas 100 tahun penulisan Buya, masih begitu adatnya.
Bergerak kami menuju ke Bukit Tinggi dalam hujan gerimis, dan hanya berjaya memintas pick up ini sekitar setengah jam.
Beg kami dibelakang, kalau hujan habislay kuyup.
Kami tiba di Hotel Ambun Suri sekitar 430 petang.
Pak Su, Abil, Rahman , Arif dan Ad akan meneruskan perjalanan ke Padang, kerana mereka akan pulang ke Kuala Lumpur keesokkan paginya ,07112011. Sedangkan saya , Izzuddin, abang Ned dan Ustaz Kamal akan bermalam di Bukit Tinggi.
Abang Ned mahu merayau ke Paagarruyung esok paginya, sementara saya akan bergerak pulang ke Padang.
Pak Su melambaikan tangan tanda selamat tinggal.
Kami berempat terus kekamar. Saya hanya sewakan 1 kamar bersama 2 katil extra. Bukan apa, lebih seronok beramai ramai, dapat berbual sebelum lena.
Malam ini saya gagal membawa abang ned dan Ustaz kamal ke Kompleks Budaya, kerana hanya kami berempat yang menjadi tetamunya, dan saya pun dah tak mahu membazirkan duit untuk membayar 10 tiket untuk kami berempat.
Akhirnya hanya berriayadah di Dataran Jam Gadang, makan malam di gerai berhampiran, dan pulang ke kamar untuk tidur.
Latiff Hariri
1952 16112011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment