Saturday, 17 December 2011

Sesekali di Kota Bharu(A)

Mula mula kami dibahagian sisi Pasar Khatijah ini, yang menariknya , diawal pagi sudah tersedia berbagai kuih muih yang manis manis untuk sarapannya. Tiadalah saya minat sangat dengan kuih kuin manis ni,yang pasti kuih akok paling best.

Kuih muih kering pun banyak.

Laksam dan yang seangkatan dengannya.

Lantai bawah Pasar Siti Khatijah

Pemandangan dari lantai dua.

Pulang kekamar yang jaraknya tak sampai 800m.

Semuanya rehat, ada yang terlelap. Biar ajelah. lagi pun sarapan di Restoran Wau dan bekalan kuih muih yang dibeli, masih banyak. Sehingga melepasi Zuhur, baru saya cadangkan untuk keluar makan. Itu pun bergerak melepasi pukul 220 petang.

Ada lagi ke makanan kat Restoran Cikgu Azmi ni?


Dekat aje, nak jalan kaki pun boleh, tapi kami berkereta, sebab nak berjalan ketempat lain.

Hm, lauknya simple aje, ayam goreng, ikan keli goreng, ikan patin gulai, ikan keli gulai, dan ulam ulamannya sepikul dan yang tak boleh dipisahkan air sambal asammnya, sambal belacannya, sambal budunya. Memang menyelerakanlah!

Dan harganya baru RM35.00 untuk 5 orang makan! Murah!!

Dihadapannya terletak Muzium Batu. Masih awal, baru pukul 3 lebih sikit. jadi kami ziarahlah Muzium salasilah Kesultanan Kelantan ini.

Memang saya kagum dengan Sultan yang terkini ini. Ayah dan datuknya biasa sahaja.

Tak boleh berfoto didalamnya.

Nak kemana lagi. Hm...., saya terus ke pusat bandar semula. Mencari restoran Yati Ayam Percek itu. Akhirnya jumpa, berdekatan Bomba KB.

Ini gara gara TV3 ni. Saya memang kalah dengan acara makan makan ni, mesti nak mencuba dan berikan markah kepada setiap restoran yang saya cuba. Ayam percek dan selera Kelantan Terengganu ni, bukan citarasa saya. Saya minat kepada sebelah barat Malaysia. Tetapi, mencuba , apa salahnya. Cuma 'grading' tu ikut lidah sayalah. Bagi orang Kelantan/Terengganu sedap, bagi saya, belum tentu.

Terus memandu menghala ke Pengkalan Chepa. Tak sampai 8 km pun dari Kota Bharu. Disini terletaknya Lapangan Terbang KB tu.

Pertama kali ke Pengkalan Chepa ditahun 1980.

Firefly baru mendarat dihujung sana.

Tak berhenti pun di lapangan terbang ini, sekadar merayau sampai ke hujungnya, bila saya ternampak papan tanda menandakan arahnya ke Pantai Sabak. Haaa, baru teringat akan pantai ini. Mengarah ke kiri untuk memasuki kawasan pantai.

Pantai lagi tinggi dari kawasan pantai.

Batu batan yang menjadi benteng pantai yang semakin terhakis.

Baru saya teringat pantai ini pernah menjadi isu besar dek kerana banyak rumah dan tanah orang kampung yang runtuh dan terhakis.

Sekitar 10 minit disini, berpatah semula memasuki pekan Pengkalan Chepa ini, mencari sebuah kenangan yang pernah saya cipta 31 tahun yang lalu.

Bertanya kepada orang awam sekitar, akhirnya saya temui apa yang saya cari.

Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Saya ada cerita tersendiri tentang pengalaman di MRSM ini.

Selesai berfoto , terus pulang ke kamar, gerimis sepanjang petang in.


Hotelnya kecil. Rumah kedai. Tapi pemiliknya orang kita, bersih dan harga berpatutan. Yang utama bersebelahan KB Trade Centre, berhadapan A&W dan McD, dan ada restoran bersebelahan. Semuanya boleh dihubungi dengan berjalan kaki sahaja.

Kami keluar semula untuk makan malam. Saya sebenarnya masih belum berpuas hati dengan makanan yang ada di Restoran Wau. hati masih mahu kesana, sebaik tiba, ternyata, tetamunya penuh!! Ada yang beratur menanti di luar.

Secara sepontan, terus berubah fikiran. Apa kata kita ke Yati Ayam Percek sahaja?
Walaupun, bukan selera saya ni, saya teruskan sahaja.

Untung masih terbuka restoran ini.

Sekadar memesan nasi putih dan ayam percek serta gulai daging. Makan ala kadar sahaja.

Kuih muih yang tersedia untuk dibawa pulang.

Makan sekadar melapik perut, dan kami bergerak pulang. Sudah melepasi pukul 10 malam.

Parkir kereta di hadapan hotel, dan saya bersama anak anak saya ni merayau rayau disekitar pasar malam ditengah kota KB ini. Saja nak menghabiskan masa dengan mencuci mata dan belajar mengguna kamera ini untuk rakaman malam. Sahingga pukul 1045 malam kami di luar sebelum saya akhiri santai malam ini.

Esok dah nak balik.

McD berhampiran Hotel Azam.



Persimpangan Stesen Bas KB dan KB Trade Centre.

Hmmm, dah nak lengkap 3 hari 2 malam di Kelantan ini. Sememangnya , kami jarang jarang ke Kelantan ni. Kalau ke Trengganu, kami hanya ke Kemaman. Ke kelantan hanya di Kota Bharu. Adakalanya setahun sekali, adakalanya 2 tahun sekali. Tapi, memang menarik bila berada dikedua dua negeri ini.


Latiff Hariri
2138 15122011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment