Wednesday, 15 February 2012

ANAK ANAK EMAS JENIANG

Tanah ini belum digembur untuk kali kedua bagi melembutkannya.

11022012 - 1830ptg


Angan angan dan semangatnya petang Sabtu ini, kecundang rupanya......


Saya sudah mula bayangkan apa yang nak dibuat di kebun petang ini. Tali rafianya sudah dibeli.


Cadangnya mahu dibuat penanda batas untuk tanaman sebaris pisang untuk perasmian pertama tanaman di kebun ini. tetapi, sebaik pulang dari sambutan Mauliddurrasul SMKSL, ternyata Mat Wan belum menggembur tanah untuk kali kedua bagi melembutkannya.


Kecewa. 


Tapi, sebagai tidak mematikan semangat , saya tetap ke kebun petang ini semata mata mahu melihat dan menyamankan minda.


Kelihatan ramai pemuda pemuda sekitar yang sedang memancing ikan dipinggir tali air ini. Sekejap sekejap, sudah ada mata kail yang memberikan hasilnya. Ikan puyu dan anak anak ikan haruan menjadi habuan mereka. Seakan pesta, dengan jeritan dan gelak ketawa bila stiap kali mata kail berhasil, dan 'sumpah seranah'(hahahaha) setiap kali hasil terlepas dek kerana mata kailnya kecil. Disini, lebih tertumpu kepada ikan puyu, jadi adakalanya , haruan yang bersaiz 'sedang sedang' pasti terlepas dek kerana saiz kail yang tidak sesuai.

Bersama abang Awang Mie.

Disisi tali air.....memang berangan habis dengan chaletnya dipinggir kali

Aktiviti anak anak muda setiap sore dipinggir kali

Tebu ini dibawa khas dari Kampung Semerap, Langat , oleh Pakcik Daim sekitar tahun 2000. Dah ada 3 tompok bercambah.


Mesin pam air milik JPS di atas  tali air menjadi jambatan dari kebun untuk menyeberang

Kami pulang sekitar sebelum maghrib. Tak dapat nak peluhkan badan lagi, kalau minggu depan menjadi, saya akan turun sendirian. Anak anak buah persekitaran kampung ini ada mencadangkan bantuan kederat dari mereka untuk membuat batas, tapi, tengoklah macam mana nanti. Saya masih mahu meminimakan kos sebagai langkah berjimat cermat. Kerana setakat mentraktorkan tanah ini sudah menjadi wajib, kerana tiada kederat bagi anak muda setengah abad ini. Tapi, tak kan nak menanam pun , main upah? Lebih baik saya 'gajikan' Mat Bangla aje, dan saya goyang kaki di rumah.



Tunas tebu seguni, buat sempadan .

Anak anak tebu ini pemberian abang Omar, ayah kepada Mokhtar yang berjaya menanam tebu di kebunnya. Diberi kepada saya sekitar 50 batang untuk permulaan.


Setiap kali musim Ramadhan, pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit dengan hanya menjual air tebu dingin di Pasar Ramadhan. Selain itu , tebu abang Omar ini juga di ambil peraih setiap minggu , dan saya boleh congak, pendapatan mingguannya dari peraih pun boleh mencecah RM25.00 seminggu .


Padan dengan kederatnya, bagi saya RM25.00 seminggu dah lepas belanja pasar saya setiap Ahad tu.

Pegaga ni buat main main kat tepi rumah.

Mula mula tanam dalam pasu, lepas tu bercambah, lalu saya pindahkan dibenteng sisi rumah Teratai Inn-dah ini, dan terus bercambah dan menjadi cemburu mata jiran dan tetamu yang bertandang.

Anak emas dari Jeniang.

Ini yang kami beli , anak anak pisang emas sekitar 100 pokok, kosnya pun sudah mencecah ratusan ringgit. Tersimpan dirumah dahulu sementara menanti siapnya projek fasa kedua Mat Wan.


Mat Jenin berangan, semayang RM5.00, kalau 100 pokok, dah Rm500.00. Hahahaha.


Tapi, kalau nak menanam pun nak kena upah orang, nak jaga pun upah orang, lebih baik tak payah jadi Pak Tani


Setakat senja Ahad 12022012 ini, Mat Wan sudah sahkan bahawa penggemburan tanah untuk kali kedua sudah selesai, dan beliau akan membantu membina batas dan penanda untuk permulaan tanaman anak anak pisang emas ini.


Racanagannya, bukan hanya pisang emas, jua , kami sedang mencari pisang berangan serta pisang yang lain lain juga. Terdapat juga anak pokok buah setar yang dibeli dari perkebunan di Jeniang ini. Sekurangnya, sehektar tanah ini akan dipenuhi dengan pokok buah buahan.


Pisang, serai, tebu , ubi kayu, serta tanaman yang mudah ini akan disatukan disatu halaman yang saya anggarkan melebihi 2 hektar. 


Bakinya sekitar sehektar setengah memang untuk sawah, dan yang 'balance balance di pinggir tali air ini, cita citanya chalet(s) serta ruang makan @ gerai. 


Ini angan angan bila nak pencen nanti.




Latiff Hariri
2138 12022012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment