Thursday, 9 February 2012

Barakah Mauliddurasul

Acara tahunan ini mesti disambut .


Sejak dari awal bermastautin di sini, kami sudah laluinya. Agak lain dari yang lain. Setiap kali Mauliddurrasul, kenduri mesti diadakan. Pada malamya, lampu lampu pun dihias dipersekitaran Taman ini.


Petangnya, adakalanya, sudah terlapah seekor atau dua, lembu kambing yang di'aqiqah, untuk jamuan keesokkan harinya. Memamg lain dari yang lain, kerana acara ini disambut setiap tahun dengan kenduri kendaranya. Jadi, sebagai jiran Taman bersebelahan, saya tidak pernah dilupakan untuk hadir bersama.


Tahun ini, ayam piru yang menjadi juadah utama selain dari burung puyuh. Jadi setepat pukul 12 saya sudah menunjukkan muka kepada rakan rakan kejiranan ini.

Apa apa pun makan dahulu.

Berselera makan ni, hingga tak perasan yang 'adik' saya ini bersebelahan meja dengan saya. Tak perasan langsung.

Bersama ayanhnya Budin, Cikgu Hashim, 'adik' saya Imam Ibrahim Ahmad @ Mudir Tahfiz Al-Amin.

Tak duduk lama disini, sekadar menjengok kedapur melihat rakan rakan lelaki ini menghidang lauk pauknya, sambil bertanya khabar. Saya ni , lebih rapat dengan anak anak teruna jiran jiran ini, jadi jarang jarang saya bertemu ayah ayah mereka.


Sekitar 120 petang saya bergerak ke kebun untuk melihat perkembangan terkini tentang hutan simpanan ini.


Peladang jaya 2012

                           
Traktor sedang bertugas

Anak buah Roziah yang kerjakan tanah ini sebagai permulaan.

Tak nampak bayang pun putik durian ni

Seronok melihat bangan bangau yang mengelilingi traktor ini

Hm....lena ke?

Sambil membiarkan Mat Wan menguruskan traktor beliau, saya mengeliling kebun ini untuk melihat persekitaran sempadan. Kelihatannya, padi padi sudah siap dituai dan r jeraminya dibakar. Bermakna dalam masa terdekat ini, ianya akan diairi dan  dimulakan   tenaman semula. Sekarang ni, dah mula nak meriah pesta memancing di parit taliair bersebelahan kebun ini.



Sawah ini sudah mengeluarkan hasilnya.

Sekitar pukul 3, selesai peringkat pertama

Ini taliair bersebelahan kebun kami. Pada yang kaki memancing puyu dan haruan, sila silakan.

Masih berangan untuk mendirikan chalet sebuah sebagai tempat berteduh, menunggu nunggu durian runtuh dimana mana pulak. Dah terbayang bentuknya chalet ini, dan pasti barendahnya mengadap tali air ini, bagi memudahkan yang gila memancing, langsung sahaja dari atas berendah chalet tanpa turun ke tanah.


Angan anganlah dulu.


Kembali semula ke kebun ini sekitar pukul 630 petang. Ternyata, Mat Wan sudah selesaikan tugasnya dengan baik. Terbentuk seakan akan bentuk 'S' tajakkan traktor di kebun ini.

Saya sengaja aturkan begitu supaya ada ruang yang masih boleh di'bebas'kan untuk aktivit mendatang saya. Yang pasti, bahagian sisi barat bertepian taliair ini tidak akan diganggu, sekiranya angan angan menjadi kenyataan.


Saya tahu, belanjanya besar, dan saya masih tercari cari sumber mudah dengan menimpan duit gaji bulanan, dan tidak mendapatkan sebarang pinjaman dari mana mana pihak pun. Di saat usia menjangkau setengah abad ini, saya sudah tidak berminat untuk menambah hutang , kerana ketika ini hutang yang masih berbayar hanya kereta sahaja. Boleh diselesaikan semua pada usia 50 tahun.


Dan ketika itu nanti , saya bebas hutang. Insyaallah.


Angan anganya, disepanjang bahu taliiar ini akan terdiri chalet chalet untuk kunjungan rakan rakan , mahupun untuk dikomersilkan. 

Bersama pemandu traktor, Mat Wan dan anak beliau, yang merupakan cucu saudara saya

Acara ini tamat sekitar maghrib.


Latiff Hariri
1938 07022012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment