Monday, 20 February 2012

Kederat Yang Hilang

Pagi Sabtu ini, sepertimana sabtu nan lalu, saya masuk ke pejabat lagi. Tiada apa yang menariknya kerja di pejabat ni.


Tengahari, saya pulang ke Sungai Petani, sebelum tu saya singgah ke rumah makcik Jah berhampiran Bagan Ajam , untuk memesan kuih buat pengalas perut , minum petang bersama guru guru nanti.


Sesampai di bandar Sungai Petani, singgah di kedai 'hardware' dahulu untuk belian peralatan berkebun. Pulang ke rumah sekadar untuk makan tengahari dan solat Zuhur.


Sekitar jam 2 petang, saya tiga beranak sudah bersiap untuk ke kebun. Cuaca hari ini memang redup, seakannya akan hujan lagi petang ini. Itu yang membuat saya berkeputusan  seawal Zuhur untuk ke kebun ni, tak mahu tergendala dek hujan petang.


Kasut boot 2 pasang, topi kebun , tali rafia, parang, cangkul , baldi semuanya sudah tersedia didalam kereta ini.

Ukuran dengan tali rafia.

Saya hanya sempat membuat 6 barisan lurus dengan tali rafia ini, dan 2 barisan melintang. Hilang terus tenaga saya ini, selama ini batang pen yang paling berat saya angkat, dan bukannya batang cangkul tu!!



Baru siap 4 barisan, belum korek lubang lagi ni, dah setengah mati, hahaha.


Seingatan saya, saya mula berkebun pada usia 10 tahun, bersama arwah Bapak dan Emak di rumah kuarters kerajaan kami di belakang Balai Polis Aulong itu. Pada masa itu, pokok bendi , cili, terung berlambak lambak. Ayam dan puyuh merupakan peliharaan kami, yang saya kira melebihi 40 ekor pada sesuatu masa. Jadi, saya dah biasa dengan kerja kerja kebun ini, cuma kederat aje berkurangan
      
Bergulung gulung tali rafia digunakan untuk membuat barisan lurus.


Sebaik selesai 12 lubang yang kami bertiga gali, kami dah 'pancit'. Saya mula melilau sekitar kebun , mendongak ke atas pokok durian, ternyata!!!


Ya, deghian dah berbunga kome!!


Izzudin dan Roziah pulak melilau ke hujung bendang, memetik buah terung pipit untuk direbus bersama pucuk ubi kayu

Sementara hilang lelah, saya mengisi baldi yang dibawa dengan air dari sungai bersebelahan, untuk saya siramkan 50 tunas tebu yang siap saya tanam pada hari Isnin dan Selasa, 13 dan 14  Februari yang lalu.


Saya curi masa dalam perjalanan pulang dari pejabat, sekitar 640 petang, dengan menanam 50 batang tunas tebu di perbatasan sempadan tanah yang sudah siap di gembur Mat Wan pada senja Ahad 12 harublan kelmarin.


Memang terasa segar bila peluh membasahi baju saya ini setiap petang itu.



Sekitar 415 petang, sebaik selesai menyiram tebu. 

Kalau pekena ABC yang dingin 'time time' macam ni, memang syahdu habis.


Kami jangkakan petang ini akan hujan lagi, tetapi hingga sampai ke rumah sekitar Asar ini, cuaca cerah sediakala, cuma awan berarak hitam, yang saya pasti hujannya bukan di Sungai Petani.


Singgah ditepian Petronas Bakar Arang, pekena saorang semangkuk cendol sebagai penghilang lelah dahaga.


Ini kira hari pertama secara rasmi kami mengusahakan kebun ini. Esok Ahad, 19022012, kena tengok keadaan, rasanya kederat saya dah berkurangan.



Latiff Hariri
1808 18022012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment