Thursday, 1 March 2012

BUKIT KERAJAAN @ BUKIT RESIDENT

Waktu berada di Tingkatan 2, Bapak masih bekerja di Taiping, tetapi, sebaik memasuki pertengahan tahun, Bapak telah ditukarkan ke Kuala Kangsar.


Pada awalnya Bapak menyewa di rumah orang perseorang di Changkat Kurnia berhampiran Tahfiz yang berhadapan dengan Masjid Ubudiah tu. Tak lama kami menetap disitu, bila Bapak menerima sahaja kuarters kerajaan yang bertepian asrama Clifford tu, bertepatan, stesen bas sekarang . Kini kuarters itu sudah jadi kenangan.


Memang rumah tu kecil, sekadar 2 kamar, dan sebuah bilik setor di bahagian belakang. Mungkin Bapak pun dah 'cemuih' menanti rumah kuarters yang bersesuaian dengan anaknya yang ramai tu. 


Sekitar Tingkatan 3, akhirnya Bapak mendapat sebuah rumah yang agak besar, yang diserahkan oleh rakan sepejabat Bapak, Tuan Penolong Pegawai Daerah, yang masih muda, dan tidak mahukan rumah kuarters yang agak besar untuk keluarga baru beliau. Jadi, kami dapatlah menginap dirumah milik penolong Pegawai Daerah itu.


Bentuknya sama dengan yang dipinggiran Asrama Clifford tu, cuma ukurannya XXL. Kiranya anda menaiki Bukit Kerajaan ini, anda akan melepasi Rumah Rehat, terus kehadapan melapasi Banglo Pegawai Daerah, dikanannya Rumah Jurutera Daerah, terus lagi, anda akan melepasi banglo Pengetua MCKK, dibelakangnya banglo Tuan OCPD, dan rumah kuarters kami betul betul dibelakang banglo OCPD Kuala Kangsar.



Banglo Pengetua MCKK

Pada awalnya Bapak agak perlahan untuk berkenal mesra dengan jiran berdekatan, tetapi sebaik sahaja Pengetua yang baru, Cikgu Zainal berpindah kesini, suasana berbeza.


Cikgu Zainal saorang yang peramah dan merendah diri. Selalu bertandang dan bertanya khabar, orangnya tidak menunjukkan wataknya sebagai saorang Pengetua di sekolah berprestij itu.

Banglo Tuan OCPD

Begitu jua dengan OCPD , yang pada awal perpindahan beliau kesini, bertanya khabar sebagai jiran baru, dan berkisah kenangan lama, hingga akhirnya terbongkar rahsia, beliau adalah pangkat adik tiri bapak, yang dibela/dijaga sewaktu kecilnya oleh arwah Tok Yang, wan saya.


Kami anak anak, masa itu panggil OCPD KK ni Pak Su Yusoff sahaja.


Makin ceria dan menarik kerana kemesraan yang ditunjuk pegawai pegawai kanan kerajaan ini.


Ini asalnya tapak kuarters Penolong Pegawai Daerah, tapi kini dah dijadikan Pejabat Pertanian.

Ini tapak kuarters terakhir kami hingga 1984, sebaik kami berpindah 7 hari dari Kuala Kangsar, Bapak pergi buat selamanya.
Rumah sisi kiri , yang dapurnya masih bekas kuarters yang Bapak duduk dahulu.
Ini  asrama SM Raja Perempuan Kalsom, yang saya usha markanya dari bilik setor belakang rumah tu. Bertentangan dengan dapur emak.

Tak berapa banyak kenangan saya disini, sebab banyak masa saya habiskan di Taiping , hingga tamat SPM pun, saya tidak duduk disini, lebih banyak di Ampang Jaya hingga tahun 1983 bila saya berpindah ke Taiping sebaik memulakan karier saya. Itupun saya di Taiping, hujung minggu akan balik ke Kuala Kangsar.


Disini kenangan terakhir bersama arwah Bapak, bila sebaik 7 hari kami berpindah dari kuarters ini, Bapak pergi buat selamanya .


Tujuh hari sebelumnya kami berpindah, Emak sudah merasai 'sayu dan pilu' seakan akan akan berlaku sesuatu yang menyedihkan kami sekeluarga

Lawatan ini saya curi curi selepas ziarahi pemergian emak kepada rakan baik/sekolah saya di Taiping baru baru ini.


Latiff Hariri
0648 29022012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment