Saturday, 10 March 2012

Ismail Mutalib Datang Bertamu

Selasa 28022012, sememang saya pulang lewat. Bersolat Maghrib dahulu di surau berhampiran pekan Kepala Batas tu, baru saya berjalan pulang.


Dirumah sekitar Isyak, bilamana saya menerima panggilan dari nombor yang saya kenal ini.
Terus berkata 'ya' untuk satu pertemuan singkat. Saya dah faham sangat sangat dengan 'perangai' si Mail ni, datang macam ribut, dan pulang pun macam ribut.


Eh, saya komplen ke?


Tak lah, saya bangga ada kawan yang begini. Setiap kali datang ke SP, walaubagaimana sibuk sekalipun, tetap akan menalipon saya sebelum pulang, untuk minum minum bersama. Jadi, saya kata ya untuk acara minum minum berhampiran Jam Besar bandar Sungai Petani ini.


Untuk rekod, Ismail adalah rakan sekelas saya dimasa persekolahan darjah 1 dan 2 di SRJK(I) Lenggong. Maknanya rakan Roziah lah jugak dari darjah 1 hingga 6.


Mail sedang mengira untung ruginya bertemu saya malam ini. Pujuk punya pujuk,akhirnya Ismail bersetuju untuk pertemuan kedua keesokkan malamnya pulak. Terima kasih daun keladilah Mail oooii. 

Rabu 29022012, Ismail datang lagi. Saya kira ini kali ke empat beliau datang bertamu bersama saya, tetapi kesemua yang terdahulu , pertemuan diadakan di restoran atau di gerai sahaja. Kali ini saya pelawa beliau datang untuk makan malam di rumah pulak.
.
Lauk malam ini teramat simple, tapi tak ada kambing lah Mail......

Bersembang sambil menjamu selera ini hingga ke pukul 0005 tengah malam/dinihari 01032012. Hm, banyak yang kami kisahkan bertiga malam malam buta ini.


Terima Kasih Mail kerana sudi bertandang.

Latiff Hariri
1758 06032012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment