Monday, 19 March 2012

Keningau-Sook-KK

Bangun pagi terbabas lagi.


Sekitar 8 pagi kami menapak ke Restoran bersebelahan Hotel Kristal ini. Kami diminta mencari Restoran Rahmat, seperti yang diarah oleh Abang Ibrahim Ali. Beliau akan bersama kami seketika nanti.


Abang Ibrahim Ali, ada mempelawa kami bermalam dirumah beliau sahaja, tapi sebagai orang baru, kami tidak mahu meyusahkan keluarga Abang Ibrahim Ali ini.

Hotel milik keturunan Cina Mualaf.

Harga kamarnya teramat murah dan selesa.


Mencari cari dimana Restorannya Rahmat ini, akhirnya kami temui, kira kira 2 blok dari Hotel Kristal.


Menunya sama seperti Semenanjung, Nasi Lemak dan Roti Canai. Dan terdapat beraneka kuih yang tersedia didalam almari cermin yang ternyata, Tuan punya restoran ini utamakan kebersihan.


Saya perli Najib, " Kan nasi lemak ada banyak di Semenanjung, kenapa tak cuba makanan yang lain disini?"


Alasan najib, tak berani mencuba, takut nanti bukan selera kita.



Soto pilihan Abang Bacho.

Bakso Tennis pilihan saya.

Saya bertanyakan pelayan restoran ini, apa bezanya bakso biasa dengan yang ini?


Jawapannya, bebola daging yang kecil sedikit dari bola tennis itu yang menjadikan ia istimewa.


Setelah mencuba...hhhhhmmmmm, berapa markah yang saya nak beri ini? Mungkin saya sudah sering memakan Bakso di Indonesia, jadi saya kata jangan banding dengan Bakso Indonesia. Biar yang kita, dengan cara dan selera kita.


Jadi, saya berikan Bakso Tennis ini 9/10 . Secara keseluruhan restoran ini , dengan menu sarapannya yang pelbagai, saya berikan 8 markah. Memang bersih dan selesa serta layanan mesra dari pekerjanya.

Abang Ibrahim menyusul sebaik sarapan kami tiba.

Kami siap ambil pelbagai kuih untuk mencuba sekadar termampu, kalau boleh memang semua masakan  di restoran ini saya nak cuba.


Sekitar pukul 9 kami pulang ke Hotel untuk bersiap dan seterusnya cek out.


Pukul 10 pagi kami bergerak sekali lagi ke Stadium untuk menjemput Abang Ibrahim Ali.


Arah tuju kami pagi ini, ke destinasi yang sama petang semalam.


Kali ini, orang yang dicari sudah berada dilokasinya.


Sekitar 11 pagi kami di pekan Sook, dan perbualan dan perbincangan dimulakan . Saya lebih kepada merayau sendirian dari mengambil bahagian didalam perbualan ini.



Aizat, biras kepada Abang Ibrahim Ali.

Bulatan Pekan Sook dari Keningau, menghala terus ke  Tawau yang jaraknya kira kira 320km 


Ini pekan baru  Pekan Sook.

Perbincangan hangat sedang berlangsung.

Saya merayau hingga sekitar pukul 1240 tengahari apabila saya mencadangkan kami makan tengahari sahaja di Restoran ini.


Kami bergerak pulang sekitar 130 tengahari.


Tiba di Keningau sekitar pukul 220 petang, dan terus ke Stadium untuk menghantar Abang Ibrahim Ali.


Terima Kasih Abang Ibrahim sekeluarga. Budi dan jasamu dalam ingatan.


Sekitar pukul 3 petang di Stadium


Perjalanan ini diterjui oleh Najib, saya dah letih memandu, hahaha.


Memasuki pekan Tambunan, kubu kuat Pairin Kitingan, sekitar 4 lebih.


Bulatan Tambunan.

Saya kira majoriti penduduk disini , melebihi 65% beragama kristian. Setiap 1 atau 2 km pasti akan melepasi gereja gereja kecil di sepanjang jalan.


Perjalanan saya kira lebih mudah dan pantas, kerana laluan kami menuruni gunung, jadi agak cepat lah. 


Sekitar pukul 545 kami sudah berada di Kota Kinabalu. Saya arahkan Najib memandu ke arah pasar Filipina itu, mencari lokasi yang sering saya inapi setiap kali bertandang ke KK ini..

Latiff Hariri
0818 14032012
Sungai Petani


No comments:

Post a Comment