Monday, 26 March 2012

Pulang ke Sandakan

Pagi Ahad 4/3/2012, ini sekitar 730 pagi kami sudah berada di restoran bersebelahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.


Sebelum itu, dah keliling kota ini mencari suratkhabar Sunday Star, tapi, belum sampai dari KL kata si penjual surat khabar itu. Hanya beli Berita Minggu sahaja untuk saya baca komik persilatan setiap hujung minggu itu. Lain lain tu, saya buat selingan sahaja.


Saya tak tahu apa yang istimewanya restoran ini. Semuanya atas 'bawakan' Abang Bacho ini, ya lah, dia duk lama di KK dan Sabah khasnya.

Soto menjadi sarapan kami pagi Ahad ini.

Patutlah Abang bacho mahu kami bersarapan disini, memang teramat sedap masakan di restoran ini rupanya. Antara restoran terpopular di KK ni.

Saya memberi lapuran tentang keenakan makanan disini

Hujan masih gerimis. Kami menanti hadirnya tuan milik Myvi ini untuk mengambil semula kereta sewaan kami ini.


Sebaik selesai menyerahkan MYvi, kami menapak pulang ke kamar.


Masih gerimis.

Saya pula, tak gemar memerap dikamar, sementara membiarkan Abang Bacho dan Najib berlepak dikamar, saya sendiran merayau di pasar , mencuci mata.


Kadang kadang saya tertanya, mereka semua ni warga atau Filipina?

Pasar pagi

Sanggup mereka berulang alik ke Pulau Gaya dengan bot setiap hari.

Sementara itu, Abang Bacho dan Najib sudah memulakan perbincangan terakhir supaya semua kemusyikilan terjawab.

Tea break lepas berehat di kamar.

Pasar Besar Kota Kinabalu.

Kalaulah saya ada dapur periuk belanganya, sudah pasti ikan udang dan sotongnya, saya borong dan masak sendiri untuk menjamu selera saya.


Memang saya geram melihat ikan dan udang yang segar segar di pasar ini, cuma, harganya tidak semurah 8 tahun lalu.


Pernah kunjungan pertama saya bersama keluarga dahulu, sekilo ikan sembilang harganya RM6.00, sekilo Cencaru RM3.00 , Tenggiri RM9.00 .


Habis semua jenis ikan saya borong, dan minta isteri/emak saya memasak serentak kesemua jenis ikan ikan itu. Sampai tak tahu nak makan yang mana dulu dek kerana terasa murahnya dapat makan ikan ikan besar ini.



Sago

Umbut kelapa. Pertamakali merasainya sekitar usia 10 tahun di kuarters bersebelahan Balai Polis Aulong itu.

Masa itu, kuarters Polis sedang dibina dengan yang baru, jadi banyak pokok kelapa ditebang, dan umbutnya dikongsi sesama jiran.


Dah selesai 2 kali masak setiap bungkusan umbut, fuh!! Memang power. Untung saya boleh makan sebanyak mana yang saya suka, kerana tiada kesan sampingan.


Sekitar 12 lebih kami menapak lagi ke Kg Air untuk makan tengahari.


Tuan punya restoran pun kenalan lama Abang Bacho. Saya kira memang Abang Bacho dikenali ramai di KK ini.


Nasi berlaukkan ikan masak asam pedas dan terong goreng sambal. Tapi tak masuk selera saya.

Asam pedasnya tak rasa asam pedas, sambal terong gorengnya, manis....... Putus selera saya.

Di hotel semula sekitar 230 petang.

Berbual seketika dikamar , dan kami bergerak bertiga dengan menaiki teksi ke Lapangan Terbang sekitar 420 petang. Abang Bacho akan pulang ke KK sekitar 645 petang dengan pesawat MAS.


Cek in sekitar 450 petang, masih awal, tapi yang penting sudah pasti penerbangannya.

Masih ada ruang untuk minum petang bersama, jadi kami ke McD sahaja untuk seorang secawan kopi panas.

Kentang gorengnya hanya 2 bungkus, terkudap kudap makan kerana tak cukup untuk bertiga, hahaha.

Berpisah untuk bertemu kembali

Kami berpisah sekitar pukul 6 petang. Terima kasih Abang bacho kerana sanggup menghabiskan hujung minggu beliau untuk bersama sama kami melakar satu kenangan manis di Keningau/KK. 

Kami berdua bergerak pulang ke Hotel. Untung ada teksi yang lalu dihadap kami, lalu kami terus arahkan berhenti dan hantar kami ke KK.

Sahiggga lewat maghrib Abang bacho rupanya masih berlum 'terbang' kerana kesilapan teknikal pesawat, sedangkan kami sudah siap merayau sepanjang pantai berhadapan pusat bandar KK ini.


Latiff Hariri
24032012 1108
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment