Thursday, 15 March 2012

Ustaz Dr Badrul Amin di Lembah Bujang

Banyak perkara pelik dan menarik, yang berlaku sepanjang minggu pertama Mac 2012.


Pertamanya , Hakim kena baling dengan kasut Tok Imam!!


Bayangkanlah, kisah yang  bermula dari 1999 , kes tentang penyelewengan wang Masjid yang dilapurkan Imam kepada pihak berwajib, tapi Imam itu pulak didakwa dan dilucutkan jawatan. Hingga ke Tahun 2012 pun belum selesai, akhirnya bila Imam dihina dan diherdik Hakim, saolah olah memprovok, jawapannya sama, sepertimana yang Presiden Bush terimalah.


Dah kena baling slipar, baru jatuh hukum, kalau tidak depa duk main tunda kes seseuka hati mereka. Saya memang dah hilang hormat dengan sistem Kehakiman negara kita ini. Mereka lebih teruk dari jalang dijalanan.


Keduanya - Kos pertunangan anak bangsawan itu.


Mentekedarah apa agaknya , hingga kos satu kepala mencecah RM522.00 untuk majlis pertunangan. Rakyat marhain, bila meraikan pertunangan atau perkahwinan anak anak, kos makanan kenduri selalunya kita minimumkan, ada yang RM10.00 sehidang, ada yang RM12.50 . Ikut kemampuan.


Mungkin juga kehadiran VVIP , mereka makan beras emas, hati besi, ayam perak, tak pun LEMBU NFC.


Ketiganya - Khutbah Jumaat 09032012 di Masjid Kubang Buaya, port biasa Jumaat saya. Imamnya anak muda sekitar awal 30an. Mukanya bersih dan jernih. Saya nak kongsi ayat khutbah beliau ini.


" KEKAYAAN PEMIMPIN DIUTAMAKAN, PENINDASAN RAKYAT DIDAHULUKAN " .


Bila pulang solat, saya soal rakan rakan tentang isi khutbah hari ini, ada yang terlena, hehehehe.


Petang Sabtu sekitar pukul 6, si Tart kirimkan pesanan ringkas kepada saya tentang aktiviti anak muda bermalam minggu ini. Jawapan ringkas saya mudah, "on", itu aje. Saya pun muda, baru 48, tak kan nak biarkan anak anak 20an yang menentang badai sendirian.


Saya kata lewatkan keluar malam ini, tapi semangat orang muda ni, saya tak boleh lawan. Sebab korang datang awal sangat, nah kunci kereta ni, korang bawa kereta ni ke bandar, gi isi minyak dulu. Hehehe.


Arah tuju malam minggu untuk remaja bujang ni ialah sekitar Lembah Bujang. Nama  pun bujang. Jaraknya dari rumah saya sekitar 20km. Harus saya ingatakan bahawa malam ini saya bujang juga, sebab satu keluarga berada di Tanjung Malim, saya tidak ikut serta.





 
 Saudara Zulkifli Yahaya, mantan Pengarang Harakah

Baru bermula, waktu ini Ustaz Badrul Amin belum sampai.

Kesemua foto diatas diambil dengan Ipad, kualiti rendah kerana tiada 'lampu kilat'.

Lapuran dari Kewangan Dunia, ketirisan wang Malaysia mencecah RM1 trilion .


Siapa dalang sebenar melarikan wang Ringgit keluar negara dan mencabul amanah?


Jawapan saya, tanya Mahathir, Daim dan kroni kroni Be End.


Sepertimana lembu itu dibawa keluar ke Singapura, seumpama 'Mike Tyson' yang membawa sebuah beg penuh berisi ratusan ribu ringgit ke Australia. MB Negeri Sembilan pun pernah juga. Ketua Menteri Sabah pun,Tan Sri Musa Aman ada kes membawa keluar RM ke China/Taiwan tahun lalu. Tok Janggut Sarawak lagilah sakan, dia lebih kaya dari Sultan Brunei. Daim pun pernah naik kapalterbang MAS sewaktu krisis 1999 dengan membooking 1 barisan kerusi untuk diletakkan beg beg berisi Ringgit keluar negara. Ingat tak duit kertas RM500.00 yang ditarik balik dari pasaran sekitar 1998-1999 dahulu, siapa yang ambik  ek?


Tak percaya ke? Korang tanya Pilot MAS itu....


Suami Najib pun beli cincin RM24juta dan membeli belah ratusan ribu ringgit diluar negara. Apakah perlu dia declare apa yang dia bawa keluar bila dia adalah suami Najib? hehehe.


Ketirisan disini bukan bermaksud wang yang dilarikan keluar Negara sahaja. Ia termasuk rasuah dan pecah amanah didalam Negara jua.


Najib baru memerintah sepenggal, inikan pula Mahathir dan 6 Jahanam yang memerintah lebih 2 dekad itu? Korang orang Umporno fikir fikirkanlah sendiri.


Sanggup korang menjadi penjilat kepada kekejaman yang pemimpin korang buat.


Sekarang , jumlah hutang Negara mencecah RM500 billion, menanti lagi RM50 billion, dan Negara kita bakal di 'declare' bangkrap.


Aksi anda dirakam.


Sekitar 500 lebih kehadiran malam ini.

Ustaz Dr Badrul Amin tiba sekitar 1045 malam

Saorang Pemidato' hebat

Ustad Badrul Amin mulakan mukaddimahnya dengan Munnajjat, itu yang meruntun kalbu bila setiapkali Ustaz ni mendayu dayu dicorong suara.

Beliau tidak berkisah tentang kejadian di Pahang itu, atas nasihat peguam. Lebih kepada keredhaan beliau dengan ujian yang menimpa. Terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan ujian yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Tapi, beliau insaf dan berserah diri kepada Allah dengan fitnah yang melanda.

Dari bekerja tetap sebagai pensyarah UIA, terus sambung belajar di ISA. Semuanya ujian belaka.

Menariknya, beliau tetap akan berjuang dan hanya cuti rehat dari jawatan beliau sebagai kakitangan Kerajaan Negeri Selangor itu. Apa yang beliau tahu, berjuang sudah menjadi budaya beliau hingga akhir hayat.

Disana , jika diizinkanNya, baru beliau berehat di Jannah. Walau mati sekalipun, belum tentu rehat dikubur!!

Ibarat pemain bola yang berposisi menyerang, bila kecederaan berlaku kepada pemain, permainan akan diteruskan jua, dan penyerang itu akan diganti dengan pemain gantian. Itu ibarat beliau terhadap kejadian di Pahang itu. Beliau mahu warga teruskan perjuangan untuk jatuhkan rejim zalim Barisan Nasional itu!!

Memang gang gang muda bersama rombongan saya ini memuji akan kehebatan Ustaz Badrul Amin berpidato.

Acara selesai sekitar 1155 malam. 

Kami bergerak pulang berlima, tapi sebelum tu, acara wajib tetap kami penuhi, cuma malam ini , menunya bertukar dari Maggi ke Bakso.



Restoran Nan, bertepian Jambatan Sungai Semeling.

Bakso . Boleh la, kira selera Malaysia , tak terasa Indonesianya. 

Pukul 1 pagi pun belum boleh lena, malam ni sendirian dirumah.

Latiff Hariri
2138 13032012 
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment