Thursday, 5 April 2012

Cina Jawa dan Tian Chua

Adun Sekinchan -YB Ng Suee Lim  - Cina ni lebih Jawa dari Khir Toyo!!

Saya memang tak pernah mengenali Adun Sekinchan  ni. Tapi, dari risikan saya melalui kawan kawan ni, ada yang kata dia ni bahasa Jawa dia lebih pekat dari Jawa Shah Alam Sek 7 itu!!


Memang betul pun, sebaik kami memasuki perkarangan padang Taman Intan ini, beliau sudah berceloteh, memang 'telo' Cinanya tetap ada, tapi, Bahasa Malaysia yang beliau tuturkan berselang seli dengan perkataan Jawa, membuat saya ketawa bersama para hadirin Melayu yang faham maksud bahasa Jawa itu.


Kami dah ditengah pidato beliau, jadi isinya lebih kepada samseng Melayu Sekichan yang membelasah beliau dengan tumbukan curi. Samseng samseng Melayu itu tak lain tak bukan gang 'gagak hitam' tajaan Noh Omar, pemandu teksi yang dinaiktarafkan oleh puak UMporNO menjadi Menteri Pertanian.


Semuanya gara gara beliau turut serta hadir dalam protes pesawah terhadap Noh Omar yang menjanjikan penambahan sabsidi jutaan Ringgit, tapi hingga kini janji tersebut tidak dikotakan. Tahu tak, sabsidi pesawah tidak pernah dinaikkan sejak dari pemerintahan mamak madey . Yang mereka duk kepung adalah warga Felda, pesawah mati kelaparan sedangkan peneroka Felda digula gulakan dengan pelbagai insentif, semuanya gara gara tidak mahu kehilangan undi mereka.


Pemimpin Ulamak PAS ada mengatakan bila ada 3P, memang pasti tiada harapan umno untuk memecahbelahkan mereka dari kalangan pesawah ini. Padi ....pasti ada Pondok.....pasti ada PAS. Jadi, pesawah ni kurang diberi perhatian umno.


Korang para Guru ingatkan , Noh Omar dan Hishamudin Auw Auw, pernah menjadi Menteri /Timbalan Menteri Pendidikan  suatu ketika dahulu. Korang ingatkan betapa caca-merbanya guru guru dan pelajar waktu itu kan!?


Bagi lagi pemandu teksi jadi pemimpin korang, jadi menteri bebudak sekolah.


Taman Wira ini kawsan majoroti Cina, saya kira lebih 65% . Ada persekitaran taman taman yang berselang seli dengan warga Melayu dan India.

Taman Wira berada dalam DUN Bakar Arang, yang mana dimenangi PR tapi, Adun Cinanya menjadi katak melompat lompat, kerana menjual diri kepada B end.


Tengok....Pak Lebai Pak Lebai bersama rakan rakan Cina....tak jadi hal pun.

Pemidato menggunakan dwi-bahasa bagi memudahkan penyampaian.

Walaupun kami tak faham, tapi kami tunggu, sebab tujuannya SATU, tumbangkan rejim zalim B end
Pengacara majlis, Steven Koay, yang Bahasanya cukup bagus dengan 'telo' Kedah. 'Mamat' ni ada potensi jadi Wakil Rakyat dimasa mendatang.


Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, En Tan Ah Kow, yang asalnya dari SP juga.

Sebaik PR mengemudi Negeri Selangor, sebagai ahli Majlis, tugas pertama mereka ialah memungut tunggakan cukai pintu Mahligai Khir Toyo yang tidak berbayar bertahun tahun.


Pemimpin diutamakan, rakyat kena bayar cukai, kalau tak bayar, saman.


Tapi , Khir Toyo masa dia memerintah, MBSA mana nak berani saman dia!!

Tengok siap bertikar makcik pakcik ni, siapa kata orang tua 'totok' dengan UmporNO. Mereka lebih faham siapa yang wajib di kuburkan setiap kali PRU.

Hanya pakcik makcik tua gang 'pemalas' sahaja yang masih mengharap simpati , dan mahu dicucuk hidung oleh UMporNO.

Datuk Amiruddin, EXCO Negeri Kedah

Salah saorang EXCO Negeri Kedah

Ketibaan orang kuat 'Batu' Keadilan!!

Saya kira antara pemimpin Cina yang hensem, hehehe

Celotehan beliau tidak kurang hebatnya. Bahasa dan sesekali mandarin.


Antara intipati Tian Chua:


Ingat lagi tentang Guthrie? Masa usia muda kita sekitar 20an dahulu. Tetiba sahaja mamak madey buat pengumuman mengatakan Guthrie merupakan milikan penuh Malaysia. Masa itu, terkejut 'dog' Britain! Ya lah, satu sumber hasil mudah untuk dinikmati warga 'Mat Saleh' itu dari hasil bumi bekas jajahan mereka.

Kerja siapa ya? Inilah kerja bertahun yang dilakukan Ibrahim Khalid, MB Selangor itu!!
Dia pakar ekonomi dan koperat. Sebab itu sekarang ini simpanan Negeri Selangor mencecah RM2billion!!

Kisahnya bukan tentang Khalid. Kisahnya Felda. Bila Felda diapung didalam bursa saham, permata yang menjadi punca hasil warga kampung Felda itu, secara otomtik boleh dijual-beli dipasaran terbuka. Apa yang dirisaukan, kisah terkejut 'dog' Britain ditahun 80an itu akan terkena kebatang hidung kita pulak!! 

Orang umno terbuka kalau Cina MCA dan Gerakan memiliki Felda  suatu hari nanti, tapi , kalau Lee Kuan Yew dan DAP yang memilikinya, pantang tok nenek depa!!!

Entah apa yang depa duk dengki dengan Singapura dan DAP tu, saya pun pelik? Siapa yang lepaskan Singapura kepada PAP dahulu? DAP ke? PAS ke?

Asalkan masuk tembolok pemimpin umno, semuanya halal, sebaliknya kalau masuk ke mulut rakyat, semuanya tak kena. Tanya Isa Samad la, berapa laba dia nak balun kalau Felda disenaraikan di bursa saham itu?

Bila pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat berceloteh, mereka lebih senang nak 'tembak' umno dari nak mengata kepada MCA/Gerakan dan MIC.

Sebab umno punca segala kejahatan di Malaysia ini!!!


Antara yang disentuh adalah, tentang satu alamat rumah, yang mempunyai 100 pengundi berdaftar. Mungkin juga, rakyat sudah miskin , terpaksa hidup berhimpit disatu rumah, sedangkan lembu lembu menginap di kondo!!



Tengah malam buta ni. Tengok langit....gelita

Makcik ni setia dari pukul 9 lagi. Dia banyak menjawab bila soalan ditanya pemidato tentang siapa yang jahat di tanahairku ini.

Kalau Cina Keadilan dan DAP memerintah, kawan UMporNO aku cukup meluat, tapi kalau Ling Liong Sik balas duit Port Kelang tu ; Chua Sex Lek kata langkah mayat aku dulu kalau nak buat hukum Hudud; kawan kawan aku tu senyap je macam ayam berak kapur.


Dah banyak 'masyuk' agaknya dari towkay towkay MCA/Gerakan itu.

Dah pukul 12 malam daaaa.

Menariknya sebab majoriti hadirin adalah warga Tionghua. Walaupun begitu, suasana mesra dengan gelak ketawa. 


Duk tunggu jugak kalau ada gang gagak hitam berani masuk kat sini.


Latiff Hariri
1958 04042012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment