Tuesday, 10 April 2012

Detik Pertemuan Pertama Selepas 36 Tahun!

Pada awal perencanaan ini, saya ada menanya Aunt Insun, samaada kawan saya ini akan hadir bersama.


Jawapannya, kurang pasti, tapi, sudah diwarwarkan melalui abang dan kakak kakak beliau. Bukan apa, alang alang nak menyerikan majlis orang ni, biarlah berbaloi bagi diri saya, kerana orang ini, dah melebihi 36 tahun saya tidak ketemu.


Pertamanya saya hubungi Roslan Wahab untuk jemputan. Saya bukannya Tuan Rumah Majlis ini, jadi kebenaran diberi oleh Aunt Insun untuk rakan rakan saya dari SR King Edward VII-1 ini. Dan yang terakhir saya jemput, dan teringat pada saat akhir, Mokhtar Ahmad dan Wan Mahathir. Yang lain lain saya ingat, tapi kebanyakan berada di luar negara. Semuanya rakan rakan FBlah, hanya 5-6 rakan se KEVII-1 yang masih berhubung melalui FB ini.


Menanti sekitar 305 petang ini, baru muncul Roslan Wahab. Beliau hadir sendirian dari Ipoh.

Roslan , sebagai semangat saya petang ini, sekurangnya ada gang .

Sekitar 310 petang, Aunt Insun memberi isyarat kepada saya sambil berkata ,
 " Your fren is here."


Beliau keluar menyambut, sedangkan saya dan Roslan berdiri disebalik tabir kayu yang melindungi ruang legar ini dari terik mentari.


"Oh,  yang ini Azman Fenner, setelah 36 tahun." Bisik hati saya. Dia datang bersama keluarganya.


Saya dan Roslan hanya memerhati dari sisi ruang legar ini, bilamana Azman mula bersalaman dengan sanak saudara beliau. Saya isyaratkan kepada Roslan supaya tidak perlu menerpa Azman, biarkan dia bersuai kenal sesama Fenner dahulu.


Azman ni pun saya perhati, 'low profile' orangnya. Betul tak Azman?


Beliau terus kebelakang ruang legar ini, saya hanya mencuri curi pandang sahaja akan gelagat beliau. Ucapan dari abang Anuar Isa pun sedang berlangsung, biar perhatian penuh diberi kepada ucapannya.

Azman yang saya curi fotokan.

Acara ucapan ini berpanjangan saya kira , melebihi 30 minit. Abang Anuar Isa masih bersentimental dengan First Galleria, begitu jua dengan Aunt Insun Sony. Segala pujian harus diberi kepada mereka berdua ini. Tanpa usaha gigih dan kerjasama yang diberikan, saya boleh agak, acara ini pasti celaru!


Tahniah untuk abang Anuar Isa dan Aunt Insun Sony!!


Sebaik selesai kata kata perasmian oleh Norman Kru, serta penyampai cenderahati , para tetamu hadirin diminta keluar , ke dataran First Galleria ini. Saya kira , ini waktu yang sesuai, kerana pihak pengurusan sedang sibuk menyusun kerusi untuk acara fotografi.


Sebaik Azman melepasi saya......


"Assalammualikum Azman, apa khabar?" Saya terus menghulur tangan untuk berjabat. Azman kebingungan menyambut tangan saya.

Azman masih 'blur' saya kira waktu ini, pasti hati Azmantertanya, "siapa mamat ni yang tak nak lepaskan tangan ni?"

"Saya Latiff, kawan sekolah u...."

Haaaa, memorinya dah dibuka untuk merewind kisah kanak kanak usia 12 tahun dahulu...

Pelukan 2 sahabat selepas 36 tahun tak jumpa!!

Azman masih terkejut saya kira.

Sebaik Azman tersedar dari kejutan ini, saya terus menunding kepada rakan saya yang berdiri menanti untuk 'berkenalan semula' dengan Azman.


" Ini, kawan kita jugak ni, Roslan..." Saya menunding ibu jari kearah Roslan untuk perhatian Azman. Beliau bingung lagi.....!! Hahaha

Giliran Roslan pula meng'confuse'kan Azman.

Agak perlahan juga Azman 'memutar memori' beliau ke tahun 1976 ini.

Seingatan Roslanlah, dia kata dia selalunya duduk dibarisan hadapan bersama Wan Mahathir dan Zainal Abidin, sedangkan saya dikatakan sering duduk dibarisan belakang bersama Azman .


Mungkin juga, kami berdua ketika darjah 6 itu, bertubuh agak tinggi dan besar. Tapi yang benarnya, kami yang duduk dibelakang ni, kaki bersembangdan kaki merapu, tidak seperti team yang dihadapan itu - Ulat buku. Hahaha.

                             
Roslan menerangkan posisi beliau di Kelas 6A -1976 KEVII-1 . Azman cuba bayangkan.

Haaaa, ingat ingat ingat. Lega.

Azman mengisahkan sejarah awal bermulanya kehidupan beliau di Taiping. Sebaik bapa beliau berpindah dari Batu Gajah ke Taiping sekitar 1964, beliau pun dilahirkan. Maknanya Azman ini anak Taiping sejati.


Kisahnya saya simpulkan terbalik dengan kisah saya. Saya pun anak jati Taiping, tetapi sebaik adik saya dilahirkan sekitar 1966, kami sekeluarag dipindahkan ke Batu Gajah.


Dan ingatan saya, Azman pernah mewarwarkan diakhir tahun 1976, bahawa mereka sekeluarga akan berpindah ke Gopeng untuk sesi 1977 disana. Saya tahu juga masa itu yang kampung asal mereka sekeluarga di daerah Gopeng.


Suasana ceria petang ini terserlah bila kami bertiga saling mengingati watak rakan rakan1976 dahulu, terutamanya kelas 6A dibawah selian Cikgu Suhaimi Alang Endut.


Bayangkan kalau kami tak ingat, pasti kebingungan semalaman, siapalah  mereka mereka ini yang dikatakan sekelas dengan kami ni?


Memandangkan hampir kesemua tetamu sudah berada di dataran hadapan First Galleri, saya mencadangkan kami bertiga bergerak keluar.


Acara bergambar ini berpanjangan sekitar 20 minit. Yalah , jurukameranya ramai.


Sebaik selesai acara bergambar ini, Roslan memohon untuk mengundur diri, itupun sebaik kami bertiga berfoto untuk kenangan sekali lagi. Ya lah, entah bila dapat bertemu lagi. Umur kita pun dah mencecah 48 tahun, sempatkah? sedangkan sudah melebihi 10 rakan rakan se OE1981 ini sudah pergi buat selamanya.


Anak anak nakal tapi cerdas KEVII-1 1976


Terima Kasih Lan kerana sudi menemani saya untuk melakar sejarah tersendiri kita bertiga ini.

Roslan bergerak pulang ke Ipoh sekitar 415 petang. Saya dan Azman meneruskan acara disini sendirian. 


Terima Kasih Azman Fenner kerana masih mengingati kami berdua ni. 


Panjang usia kita bertemu lagi.

Latiff Hariri
2028 10042012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment