Sunday, 29 April 2012

Perjalanan Bersih 3.0 (29042012)

Malam itu , kami bergerak selepas Isyak.


Sebenarnya sudah ramai rakan rakan guru serta kakitangan kerajaan Negeri Kedah yang bergerak seawal petang Khamis 280422012 menuju ke KL. Ada perasaan tercabar dihati saya, bila ada yang sekeluarga bersama anak anak semata mata untuk hadiri hari bersejarah ini




Saya aturkan perjalanan sebaik mungkin supaya ketibaan nanti tidak melebihi pukul 3 pagi. Tapi, pada saat akhir selesai Isyak, berlaku sedikit gangguan yang mana terpaksa saya tundakan perjalanan. Dan kami hanya keluar sekitar 934 malam. bertiga dari Sungai layar.


Seperti yang dijanjikan , kami tiba di Permatang Pauh, kubu kuat DSAI ini setepat 1003 malam. Sudah menanti dua rakan disini yang akan turu serta perjalanan malam ini.


Pergerakan lalulintas lancar, kecuali kenderaan yang mengarah Utara, berlaku sedikit kesesakan.


Pukul 12 malam, kami berhenti rehat di R & R, untuk seorang secawan kopi sebagai ubat penghilang mengatuk, bila secara tiba tiba mata saya tertumpu kepada sesaorang yang amat saya kenali, (walaupun dia tak kenal saya).

" Woi, woi, tengok tu, siapa yang datang minum bersama kita tu."

Rakan rakan ini terus mengalih pandangan mengikuti arah tumpuan mata saya.



Dia adalah Razak Musa, Pengarah Undang Undang SPRM, yang banyak soalannya kepada Pakar CSI Thailand yang glamour itu, Dr Porntip. Soalan cepumas semuanya dalam bahasa Inggeris ala ala Sitcom Mr Brown bersama 'Mind Your Language' itu.


Saya tiada masaalah diwaktu persekolahan bersama senior saya ini. Selain dari beliau merupakan Pengawas Sekolah dan Pengawas Asrama, saya tidak kenali lebih dari itu. Dan yang boleh saya komenkan, beliau tidaklah popular dikalangan junior junior seperti saya ini. Kira lebih kurang , tak 'mesra alam'lah dengan adik adik Junior ni.


Ah, yang boleh saya katakan, dari pemerhatian saya , kehadiran beliau malam ini, seakan akan menyorok dari perhatian orang ramai. Seperti tidak mahu dikenali. Memang majoriti yang berR&R ini pun tidak mengenali beliau.


Kami bergerak sekitar 1230dinihari, langsung mengarah ke Kuala Lumpur . Pada asalnya , saya mahu singgah ke Shah Alam untuk bertemu adik saya, tapi disaat akhir, saya tukarkan haluan terus memasuki Bukit Lanjan.


Ada dua rakan yang teruja mahu memasuki Dataran Penjajah, tetapi , saya menolak dengan alasan sudah lewat malam, dan pasti kami akan tersangkut dikesesakan jalan raya nanti.


Meluncur laju mengarah ke Istana Negara yang lama, memasuki Pudu dan terus ke Cheras.


Saya lebihkan untuk merehatkan mata, kerana selain dari harus bangun awal, saya jangkakan aksi siangnya pasti panas, dan saya harus mendapat rehat yang secukupnya.


Tiba di Bandar Tun Husseion Onn sekitar 230 pagi, dan terus saya rehatkan diri sebaik memasuki rumah ini.



Latiff Hariri
0318 29042012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment