Monday, 23 April 2012

Prof Aziz Mai Kali Kedua

Malam minggu ni Si Najib , jiran setaman ni mengirim pesanan ringkas kepada saya.


"Malam esok Prof Aziz Bari mai kat area Sungai Layaq Ujung", pesanan ringkas memasuki HP koman saya ni.


Balasan segera dari saya, " Ok, tapi kenapa tak buat malam ni, kan malam minggu lagi best?"


Jawapan segera juga saya terima dari Najib, " Malam ni saya beri ceramah ."


Peh, buang masa aku aje mamat ni.


"Oklah , i mai dengaq hang ceramah, i pakai kain je dengan singlet"


Jadi malam minggu ni hanya bermenung dihadapan TV ajelah.


Sepanjang hujung minggu ini, saya banyak selesaikan tugas PIBG  bersama Team MediaMaya Sungai Layar. Senang bergerak dengan bebudak bujang ni.




Dr Ismail Salleh berceramah, Exco negeri Kedah.

Kami bergerak ketapak ceramah ini sekitar 10 malam. Sudah bermula ceramah ini.


Pengakuan jujur saya, saya memang tidak tahu siapa 'siapa' yang akan berceramah malam ini, kecuali Prof Aziz Bari.

Di tapak ini sudah melebihi 300 hadirin

Sudah terjual baju baju T Bersih 3.0

Jadi sambil mendengar ceramah ini, kami berpecah untuk mencari lokasi yang menarik. Kamarenya hanya dua, sedangkan Ipad tidak boleh diharap untuk aksi malam.


Tugas si Najib mewarwarkan kepada pak lebai pak lebai ni, tentang berita dari maya. Dan diperkenalkan blog ini untuk tatapan warga Sungai Layar.


Dan dah ramai minta foto foto Anti Lynas di SP tu, melalui Najib.



Yang malas nak bergerak, duk ataas motor aje

Promosi Najib kepada gang lebai putih

Ceramah lebih kepada isu semasa, termasuk tentang kisahnya menantu Datuk T itu.

Shafie Afdal pernah berkata PAS adalah parti ajaran sesat, sekarang ni kata kata termakan kediri sendiri.


Soalannya, kalau Shafie Afdal boleh membela artis dengan membayar RM1.4 juta, berapakah jumlah sebenar harta Shafie Afdal?

Itu soalah Dr Ismail Salleh.

Mestilah hartanya berjuta juta juta juta .....



Ir Zamri Yusuf, Exco Negeri Kedah.

Prof mamasuki perkarangan pentas ceramah sekitar 1105 malam



 
Simple aje orangnya Prof Aziz Bari ni.

Payah nak jumpa Prof begini, yang tidak meninggi diri , tetapi bersahaja.

 
Hadirin tak berganjak

Antara laungannya , " Kuning Kuning, Najib Pening".

Prof Aziz banyak menyentuh tentang Undang Undang Negara, yang saya sendiri pun tak tahu gunanya fasal fasal tertentu didalam Undang Undang Tubuh, negara kita ini.


Antara isi utamanya, Prof mahu kesemua hadirin hadiri Bersih 3.0 ini, bersama bapak yang sudah tua itu. Tiada saorang pun Sasterawan Negara yang seberani A Samad Ismail


Dan diceritakan  tentang celotehnya Jib Gor sewaktu melakukan kempen politk 'porno ' mereka itu. Najib pasti akan menggunakata perkataan ini disetiap kempen politik dia.


Masa mamak madey, istilah  'apa ka nama ' memang sebati dengan lidah mamak itu..


Najib dengan 'pendek kata' nya.


Yang Pro Aziz bari faham, bila Najib guna perkataan ini, maksudnya, yang 'pendek kata ' itu adalah kata kata dari suami Najib, si Rosmah yang pendek itu!!!


Jib Gor  hanya menjadi jurucakap kepada bini dia, nak sebut segan, jadi dia banyak guna perkataan 'pendek kata'.


WAKAKAKA, kuang kuang. Bik Mama kena lagi.


Semua ceria dapat bersalaman dengan Prof malam ini, termasuk saya, hehehe

Satu untuk kenangan

Saya ingin memohon maaf kepada Dr Ismail Salleh.


Sebaik selesai acara berfoto ini, kami dari MediaMaya Sg layar ini , diterpa Dr Ismail. Tujuannya supaya foto ini boleh dikongsi bersama.


" Ok, boleh, boleh, Ustaz nama apa?"


"Saya Ismail Salleh, nanti kirimkan saya foto foto ini, melalui email."


"Ok, boleh Ustaz, nanti kami hantar." Itu jawapan yakin saya.


Sebaik Dr Ismail Salleh beredar, Najib pulak menerpa saya.


"Laa.... u ni, itu Dr Ismail laaaa, Exco kerajaan Negeri Kedah, tak kan hang tak kenal dia, dia duk bagi ceramah tadi!"


Eh, betul ke??


Saya hanya mengambil foto Dr Ismail beceramah dari jauh. Si Budin yang banyak menghampiri pentas  , jadi mata saya agak kelam untuk mengecam wajah wajah ADUN ini!!


Maafkan saya Dr Ismail Salleh.


Acara tamat sekitar 12 malam, dengan kahadiran tidak melebihi 500 orang.




Latiff Hariri
0858 23042012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment