Wednesday, 30 May 2012

Sejarah Perjuangan Guru Melayu Kedah - 4


Antara perkara yang genting berlaku dengan perjuangan KGMK dan KPGMS ialah apabila, keengganan pihak Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menguatkuasakan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 serta menangai isu-isu yang dikemukakan oleh guru Melayu, menimbulkan rasa tidak puas hati guru-guru Melayu. Oleh itu golongan guru mengambil keputusan untuk merenggangkan hubungan dengan pihak kerajaan Persekutuan terutama kementerian itu. Hal ini terjadi disebabkan terdapatnya jurang perbezaan pendapat dan mewujudkan ketidaksefahaman antara kedua-duanya. Tindakan mereka itu berlandaskan alasan yang kukuh kerana kegagalan pelaksanaan Laporan Razak 1956. Berikut dinyatakan sebab-sebab kegagalan Laporan Razak 1956;

          i.            Pengenalan sistem persekolahan majmuk di peringkat sekolah rendah.[1] Dalam laporan itu menyatakan bahawa ‘penubuhan sekolah-sekolah rendah standard dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, tetapi bahasa pengantarnya mungkin Inggeris, Tamil atau Kuo-Yu’[2]
        ii.            Kegagalan untuk membina sekolah-sekolah menengah aliran Melayu,[3]
      iii.            Pengaruh penjajahan yang begitu jelas di dalam struktur dan kandungan kurikulum laporan itu,[4] dan
       iv.            Kekaburan pada dasar pelajaran secara keseluruhannya.[5]
Oleh itu, dalam masa yang sama, Utusan Melayu telah melaporkan suasana dan kemelut yang melanda ketika itu;
“10,000 guru-guru Melayu akan bertindak tegas sekiranya bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa pengantar di sekolah.
… KPGMS menyesali sikap kerajaan mengekalkan pegawai-pegawai dagang di Kementerian Pelajaran.”[6]

Akhbar Utusan Melayu juga menyokong sepenuhnya segala tuntutan guru-guru Melayu kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara.[7]

KPGMS menuntut supaya Sekolah Menengah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu diadakan pada awal tahun 1958 ini dan bahasa pengantar di Sekolah Menengah Melayu sekarang ini hendaklah dengan bahasa Melayu. Tuntutan ini tidak diindahkan oleh yang bertanggong jawab tetapi tuntutan sekolah China nampaknya dihargai ya’ni selepas merdeka memberontak kerajaan menambahkan lagi sebahagian besar wang peruntokan pelajaran China yang cukup mewah itu pada hal bangsa Melayu yang miskin ini tetap tinggal dengan miskin dengan tidak mempunyai Sekolah Menengah sendiri dan jauh dari Sekolah tinggi.[8]

Pada masa yang sama juga, parti yang memperjuangkan Islam, PAS turut menyambut baik tindakan dan langkah-langkah golongan guru Melayu dalam memperjuangkan isu-isu bahasa Melayu dan sekolah aliran Melayu dengan memberi sokongan padu dan berjanji akan berjuang bersama-sama dengan persatuan-persatuan guru negeri dan KPGMS.[9] Menurut seorang guru agama dan juga Timbalan Yang Dipertua PAS iaitu Zulkifli Mohammed, parti Islam ini bersama-sama berjuang untuk mencapai hasrat golongan guru Melayu itu dan yakin bahawa melalui pendidikan dapat menyatukan bangsa.[10]


[1] Dipetik dari, Haris Md Jadi, Etnik, Politik Dan Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, h. 99
[2] Report of the Education Committee, 1956, perenggan 136.
[3] Haris Md Jadi, Etnik, Politik Dan Pendidikan, h. 99
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Dipetik dari Utusan Melayu, 30 Disember 1957.
[7] Utusan Melayu, 3 Jun 1958.
[8] Majallah Guru, Jilid 34, Dicember 1957.
[9] Lihat, “4 buah Kesatuan Guru Melayu Sokong KPGMS”, dlm. Utusan Melayu, 19 Januari 1958 dan 20 Januari 1958.
[10] The Straits Echo, 6 Ogos 1959.


Seperti mana guru-guru Melayu Kedah membantah kegagalan pelaksanaan Laporan Razak 1956, guru-guru agama dari PAS juga memberi tentangan yang sama. Sebab-sebab penentangan mereka ialah :

         i.            tiada sebarang jaminan dibuat dalam laporan itu bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun setelah Negara mencapai kemerdekaan.

        ii.            dengan membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah juga membawa makna bahawa bahasa-bahasa itu telah diikhtiraf sebagai bahasa rasmi Negara, dan

      iii.            laporan pelajaran itu juga tidak memberi apa-apa perakuan bahawa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan.

Petikan dari, akhbar Utusan Melayu, 7 September 1957.

-bersambung-

UmiFathimah
Kedah Darul Aman

Sunday, 27 May 2012

TransStudio

Teksi Blue Bird, antara yang terbaik di Indonesia

Naik teksi tambangnya sekitar Rp48,000.00 atau dalam RM16.50 . Tak jauh, tapi sesaknya yang lebih.


Saya bukanlah berminat untuk ketempat ini, tetapi sebab promosi yang begitu ketara di Malaysia tentangnya , nak lah tengok juga apa yang menariknya disini.

Bersebelahan dengan kompleks membeli belah.

Untuk memasukinya harga tiket adalah Rp150,000 saorang. Makanan tidak dibenar , hanya perlu 'top-up' tiket untuk belian makanan yang tersedia didalam TransTV Studio.


Pada saya, tak berbaloi membawa anak anak kesini, selain dari harganya mencecah RM52.00 saorang, permainannya agak terhad, dan terlalu lama beratur untuk satu satu sesi permainan.

Semua 'in-door', tak seperti Dufan di Jakarta yang open-air

Ini yang kurang peminatnya, senang beratur, tak panjang dan tak lama menunggu.

Masa kecik kecik dulu ayah dia tak belikan kereta kayuh.



Artis Bandung teruja nak berfoto dengan cowok Malaysia

Seputar Indonesia , budak budak sukalah semua ni.

Cantik lukisannya

Lost City, tak masuk pun, sebab lama benar beraturnya

Kapal lanun

Bidadari mengiringi Tart



Sesungguhnya, saya tidak lah teruja untuk berada lama di sini.

Sudahlah terlalu lama menunggu giliran untuk ber'main' dengan permainan atau pertunjukkan yang disediakan, faktor usia saya pun dah tak beminat dengan semua ini

Kami hanya sekadar 2 jam lebih sedikit sahaja.

Selesai pekena Nasi Ayam Penyek, kami pun melangkah keluar.




Nak tunggu show, kena tunggu hingga 330 petang, sedangkan hati saya dah mula fed-up

Pemuzik Jalanan didalam TransTV Studio


Keluar baru terasa dunia luas

Terus kami naik teksi untuk mencari Jalan Acheh, dekat sebenarnya, tapi kerana naik teksi, dan jalannya sesak, agak payah untuk sampai kedestinasinya secepat mungkin


Asalkan ada muzik, mesti nak menari.

Ini toko kelengkapan Tentera Negara Indonesia, yang berjaya saya cari.

Hujan pulak sebaik selesai berada di Toko ini, untng kami dapat berteduh di Masjid berhampiran, dapatlah Asar berjemaah.


Pejalanan pulang tak sampai 5 minit pun , kami sudah berada di Hotel semula.


Sedangkan saya lebih teruja untuk berehat dikamar, kedua dua budak bujang ni mahu ke Pasar Baru lagi, untuk menolong peniaga peniaga menutup pintu toko mereka sekitar pukul 530 petang.


Makan malam hanya saorang sepinggan nasi goreng, sedaplah pulak menu kat Hotel Kenangan ini,

Kami menginap semalam sahaja di Hotel Kenangan ini, dengan alasan kamarnya sudah penuh untuk hujung minggu. Terpaksa saya mencari hotel lagi keesokkan paginya.


Bagus jugak, sekurangnya saya dapat mencuba setiap hotel di Kota Bandung ini, supaya mudah untuk pencarian dimasa masa mendatang.



Dalam duk berFB didalam restoran hotel ini, rakan baik saya selitkan foto edisi Jumaat 4 Mei 2012.

Gempaklah jugak anak bujang saya kat Sungai Layar itu.


Malam ini, seperti malam kelmarin, dengkurannya tetap bertenaga.

Latiff Hariri
2048 27052012
Sungai Petani

Saturday, 26 May 2012

Hari kedua di pasar Baru -3 Mei

Pagi Khamis 3hb ni, kami bersarapan awal, kira hari ini baru agak sempurna penyediaan sarapan dari pehak Hotel Unik. Cuma ruang makan agak terhad, terpaksa saya duduk makan di lobi buat muka seposen.

Sarapannya nasi goreng . Saya lebih nak berwifi sahaja.

Dilatar belakang kelihatan 10 makcik makcik dari Malaysia.

Kami berjalan kaki ke Pasar Baru. Kira , kami dah hafal jalan jalan disekitar kota Bandung ini.

Bila kebingungan dengan lokasi, kami buka peta kat google.

Stesennya kereta di Kota Bandung. Mereka sebut kereta untuk keretapi, sedangkan mobil untuk kereta kita.

Seawal 830 pagi . Pasar baru belum dibuka secara rasmi, kami dah terpacak , tolong buka toko perniagaan di tingkat 6 dan 7.


 
Model ini yang diberkenan oleh kawan saya itu.

Saya 'syok ' tengok kasut kasut ini, harga sekitar RM140.00

Ok?

Yang ini yang saya berkenan sangat sangat, harge RM68.00

Sedang saya gile membeli kasut, bebudak bujang ni terus kelantai 8 , kedai yang sama untuk menambah beli, telekong dan baju baju kebaya untuk bakal mak mertua mereka.

Saya akui, telekong di bandung jauh lebih murah dari Bukit Tinggi dan Tanah Abang,Jakarta

Sekejap aje disini, sekitar jam 930 pagi kami menapak pulang.


Pulang segera untuk menyimpan segala pakaian serta belian kedalam beg.


Terus 'check-out' dari Hotel Unik. Sekitar 1130 , becha dipanggil untuk membawa beg beg kami berpindah ke Hotel yang agak sederhana disisi Istananya Gabenor Kota bandung ini. Selesai menghantar barangan , kami menaiki teksi yang tersedia begitu banyak didepan Stasiun KA itu. Saya arah kan teksi ke TransTV Studio. Nak beriadah sesama anak bujang ni sekejap.

Latiff Hariri
1958 24052012
Sungai Petani

Friday, 25 May 2012

Hingga Bertemu Lagi diLain Masa, Azwan.....

Saya memang bersalah......


Bila Azwan warwarkan kepulangan beliau lewat FB, dengan hanya menyatakan bahawa beliau sedang ber'transit' di Dubai, saya dah tau, dia memang dah nak balik Malaysia.


Tiga ke empat hari kemudiannya, beliau muncul lagi dengan cerianya menyatakan keriangan berada di bumi tercinta ini dan terujanya hati untuk ber're-union' sesama pelajar MRSM Kulim.


Dalam keriangan itu, beliau sempat mengirim pesanan ringkas meberitahu nombor talian talipon bimbit beliau di Malaysia untuk saya berhubung.


Saya tidak berinteraksi langsung , sengaja pun, mahu memberi ruang kepada beliau bersama ayah dan bonda beliau


Tak sampai 10 hari rasanya beliau bermesra bersama ayah beliau, Cikgu Mat Taridi itu, bersama bonda Cikgi Lily dan keluarga adik beliau di Miri itu, saya dikejutkan dengan pesanan duka lewat FB beliau.


"Innallillahhiwainnahirojiun....."


Itu termampu saya ucapkan, sambil membalas pesanan FB beliau.


Saya gagal mengikuti perkembangan kepulangan jenazah Allahyarham Ayahanda beliau, walaupun diberitahu lewat FB akan sampainya jenazah melalui penerbangan petang dari Miri.


Mengapa saya 'kalut' sangat ni, hingga terlupa catitkan nombor talian talipon beliau!!!


Itu yang saya bebaikan!!



Untuk kali kedua mereka berpelukan, selepas tahun 2011.

Dalam perasaan malu malu alah, akhirnya saya mengirim pesanan lewat FB bertanyakan samaada masih ada tersisa hari untuk kami bersua muka.


Sepantas kilat pulak Azwan membalas lewat talipon bimbit , mennyatakan masih ada sisa sisa sekitar kurang 2 minggu untuk saya aturkan satu pertemuan......


Akhirnya 18 Mei, saya aturkan sebuah kenangan untuk tatapan kita bersama ini.


Bagusnya, Lan Wahab mahu turut sama.

Akhirnya, selepas 36 tahun, saya dapat menjejak kaki ke kampung halaman Arwah Cikgu Mat Taridi!!

Saya pernah menetap di Batu Gajah sekitar tahun 1966 hingga 1968 penghujung. Saya tiada kenangan yang tersimpan dimemori kecuali foto foto lama kami empat beradik di kuarters kerajaan itu. Walaupun setiap kali menaiki KTM, pasti saya teruja untuk melihat stesen keretapi Batu Gajah, tapi, saya tidak pernah menjejakkan kaki di kota kecil ini.


Ini yang pertama saya lakukan selepas tahun 1968!!


Janji saya mahu bersarapan bersama, dipenuhi Azwan dan Cikgu Lily. Kami ke kampung Padang Terap untuk bersarapan nasi lemak.


Sedih jugak, Cikgu Mat taridi sudah tiada untuk bersama......

Cikgu Lily dan arwah memang sama naik, dua dua kaki celoteh!

Rumah warisan moyang Azwan ini , di hadapannya kelihatan kecil, rupanya, rumah ini memanjang ke belakang.....ini seakan akan rumah 'orang orang berada' suatu ketika dahulu hingga kini, betul tak Azwan?

Jelajah perkarangan banglo lama ini, pertamakali towkay durian ni melihat pokok Namnam. 'perak' jadinya, hahaha

Sempat saya curi 5 biji buah ini untuk saya benihkan di kebun saya nanti.


Kami bergerak ke Kg Padang Terap.


Nasi Lemaknya sudah habis, yang ada mee rebus dan mihun/kueteow sup.

Disinilah 'lepak paginya' arwah Cikgu Mat Taridi serta rakan rakan seangkatan beliau, kini tinggal kenangan.


Teramat kenyang, kerana memakan mee rebus. Faham ajelah, mee ni kembangnya lebih....


Kami bergerak pulang ke rumah Azwan semula.



Berkisah tentang kenangann bersama ayahanda, kenangan persekolahan serta pengalaman hidup dirantau orang menjadi perbualan pagi kami.

"Tak ada plan ke Azwan untuk pulang terus ke Malaysia?"


Jawapannya, hmmmm, agak mengecewakan saya. Azwan mempunya visinya tersendiri, sedangkan saya lebih gemar berada di tanah air sendiri.


" Apa pun, pastikan u balik Malaysia selalu. Bawa anak isteri u balik bersama di tahun tahun mendatang...." itu sebahagian peringatan saya kepada Azwan, hahaha.


Di suatu ketika perbualan kanagan silam ini, saya terperasan ada manik manik jernih terpancar dikelopak mata Azwan, saya faham sangat Azwan. Semua yang hidup pasti melaluinya.


Semoga Azwan dan Cikgu Lily tabah dan sabar dengan dugaan ini.

Pelukan perpisahan dari Roslan Wahab

.....dan pelukan dari saya.

Tahu tak, mengapa saya tidak menhubungi Azwan sepanjang pemergian Ayahanda beliau itu?


Semuanya gara gara kepantasan jari saya menyimpan nombor talipon Azwan dengan menulis nama beliau 'Aywan' dan bukannya Azwan.


Itu yang menggagalkan saya mencari nombor talian bimbit Azwan!!


Terima kasih Azwan kerana membelanjan sarapan pagi kami ini dengan US Dollar itu!! Hahaha.
Merasa jugak duit US ni.


Dan terima kasih Cikgu Lily. Moga Cikgu sabar dan tabah selalu.


Hingga bertemu dilain masa Azwan.


Selamat Jalan untuk Pulang kesisi keluarga di Amerika Syarikat itu. Doa kami iringkan dari kejauhan.


Kenangan persekolahan rendah tetap jadi ingatan manis saya.

Latiff Hariri
0838 25052012
Sungai Petani

Wednesday, 23 May 2012

Belanja di Pasar Baru - 2 Mei

Selesai acaranya melihat tanaman strawberry itu, kami terus ke Butik Berjenama untuk melihat lihat sambil menggenyit mata kepada baju/seluar berjenama yang boleh menjadi milik kami nanti


Seketika disini pun adalah melebihi satu jam.

Saya yang lebih berbelanja, sedangkan Zul dan Mokhtar lebihkan mencuci mata sahaja. Saya lebih teruja dengan pakaian moden untuk wanita dan anak gadis.


Terasa kelaparan....

Kira butik ini popularlah dikalangan pengunjung Kota Bandung

Tengahari ini kami boleh dikatakan laparlah juga, kerana sarapan yang disediakan Hotel Unik agak mengecewakan dan tidak mengikut standard antarabangsa. Sekadar nasi putih dan sayuran berebus serta roti bakar yang terlalu sedikit pilihannya.


Andry mencadangkan kami makan di Rumah Makan Sederhana sahaja, kerana dekat dengan daerah yang sedang kami lalui.

Kurang enak masakannya, tapi syukur dapat menikmati hidangan ini.

Sekitar pukul 2 petang kami bergerak buat pertamakalinya , untuk ke Pasar Baru, yang cukup terkenal itu.


Kami terus dibawa menaiki ke parkir lantai lapan, yang paling atas, dan kami teruja berbelanja disatu satunya toko yang ada dilantai parkir ini. Dilantai ini jugar tersedia Masjid.


Saya kira, cukup murah jika dibandingkan dengan harga di Bukit Tinggi dan Jakarta.

Di Bandung harganya murah serendah 40% dari kedua dua kota tersebut.

Semuanya ada 7 lantai, dan saya memang tak menang kaki untuk berjalan, selain dari rambang mata bila melihat kasut dan kain kain ela untuk pakaian perempuan dan lelaki.

Hingga habis Rp1 juta saya berbelanja disini. Terpaksa towkay toko ini memberi saya hadian kerana menjadi jutawan berbelanja dalam masa 20minit, sejuta saya habiskan.!!
Pilih aje kain jenis yang mana , atau berjenama apa, panggil tukang jahit, terus dijahit, dan akan siap dalam 24 jam.

Tak perlu ke Toko untuk mengambil pakaian yang ditempah, tetapi akan dihantar langsung ke pintu kamar hotel.

Tart tempah Suit untuk kawin kawin nanti!

Ini pemandangan dari lantai 8 parkir Pasar Baru Kota Bandung

Dah siap tempat pakaian untuk dijahit, pengantin beli kasut untuk pasangannya pulak untuk naik pelamin bersama nanti.

Dah selesai untuk pengantin perempuan, untuk diri sendiri pulal.


"kira hang hebatlah Tart, berbelanja di Bandung, saya dulu beli kat sepurmerket kat Taiping je"

Jerebu, ini dah sekitar maghrb dah.

Pulang sekitar  730 malam, mandi bersiap untuk makan lagi.

Malam ni saya cuba racun bebudak bujang ni untuk makan di Rumah Makan Ampera, tapi mereka berdua buat 'dek' aje dengan pelawaan saya.


Jadi, sebelum saya buat keputusan untuk makan di mana malam ini, saya dan dua anak bujang ini berjalan jalan disekitar Kota ini, dengan berjalan kaki sahaja.



Tujuan saya sanmbil berjalan ini, kami nak cari kamar hotel untuk keesokkan harinya pulak.


Memang terdapat banyak hotel disini, pada harga yang sederhana murah. Kira dalam RM120.00 keataslah, tidak termasuk extra bed, dan termasuk sarapan. Ada yang harganya sekitar RM80.00 tetapi hotelnya begitu gitu aje. 


Kalau saya sendirian , saya ambil aje hotel yang harga gitu gitu, kerana memadai ada bilik air dan penghawa dingin.


Malam ni kami makan di gerai berhadapan hotel dipersekitaran . Masakan Padang, ternyata lebih enak makan disini , dari makan tengahari di RM Sederhana itu.


Yang pasti malam ini, saya tidur awal, dan disebelah paginya, saya dikomen oleh si Tart yang dengkuran saya begitu kuat sekali malam tadi, hehehe.



Latiff Hariri
2038 22052012
Sungai Petani