Wednesday, 2 May 2012

Bersih 3.0 Tercatit Dalam Sejarah- Setakat Zuhur

Kami berlima ini tidur tidur ayam aje, agakkan saya.


Sememamgnya saya bangun agak awal walaupun lewat tidurnya. Hati teruja, bila salah saorang adik sudah bergerak ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk beraksi.


Katanya, dia akan bergerak keluar sekitar 830 pagi, sedangkan kami masih belum bersarapan. Tuan rumah beria ria memmbeli pelbagai kuih dan hidangan untuk sarapan kami pagi ini.


Pada awalnya saya acah acah aje kepada tuan rumah, kununnya kami akan bermalam di Pandan Jaya sahaja supaya mudah perjalanan 428. Tetapi, 'trick' lama itu tak boleh dipakai lagi, bila Rahman mengalu ngalukan kehadiran kami,


" Kita pergi ramai ramai esok".


Itu jawapan pantas beliau sebaik menerima pesanan ringkas saya.

Lontong, roti canai dan dua jenis kuih sebagai sarapan kami.

Kami bergerak sekitar 915 pagi, singgah seketika di kedai 'hardware' untuk membeli 'earplug . Menurut risikan , pehak DBKL dengan kerjasama PRDM sudah memasang alat gangguan pendengaran dipersekitar Bandaraya untuk melumpuhkan pendengaran para hadirin.

Berniaga berniaga jugak, semangat mesti ada.

Terus meluncur laju ke Bandar Tun Razak.

Sekitar 1015 sudah di Stesen LRT Bandar Tun Razak.

Menunggu sekitar 5 minit bila tren memasuki stesen.


Masyaallah!! Macam sardin! Penuh dengan baju warna kunng dan hijau Lynas.

Bersama abang dan ah chet2 setengah abad, semua sporting habis ketika ini.

Berhampiran bulatan MayBank, sudah kelihatan kuningnya.

Hentian Masjid Jamek

Sekitar 11 pagi di Masjid Jamek. Anggaran saya dipersekitaran sini sahaja sudah melebihi 10 ribu, tidak dikira yang melepak di Central Market, Maybank, Masjid Negara dan Brickfields

Semua sudah bersedia untuk rakaman aksi 428

Terus menapak kehadapan Dataran Merdeka. Walaupun terhalang oleh kawat berduri, sudah ramai yang membina port masing masing untuk 'duk bantah'.

  
Baru 11 30 pagi, kehadiran sudah mencecah 15 ribu.

Pada awalnya saya terikut dengan hadirin yang lain, dengan membina 'port' saya untuk duk bantah, tetapi terfikir juga, tujuan sebenar saya adalah untuk rakam aksi.

Lalu saya bergerak mengarah ke DBKL.  Disini, ruangnya lebih terbuka dan tidak tersendat sendat.


Sorakan dan teriakan Reformasi sudah bermula sekitr 1130 pagi ini

Waktu ini sekitar 12 tengahari, masih boleh berkomunikasi lewat FB, bersama rakan saya, Badrul.

Sebaik pukul 12 tengahari, kami berpisah, lebih baik begitu supaya mudah kerja saya ni.


Pandai pandailah masing masing membawa diri.

Saya kira ini mahasiswi IPTA/IPTS

Pembesar suara dan peralatan yang terpasang dua tiga hari yang lalu, bagi mengganggu telinga dan talian talipon bimbit.

FRU sudah mula dikerahkan sekitar 1230 tengahri

 
Sekitar 20 minit, FRU yang berkawad itu sudah mengambil tempatnya di Dataran Penjajah.

Dan 10 minit kemudian, Azmin pulak berkawad memasuki lapangan.

Muslimah

Glider PRDM yang menunjuk nunjuk

Hero sebenar bukan yang warna biru ni.....yang dua jurukamera Hariri itu.

Pada saya, kita tidak perlu membodek Polis kerana kalau kepalanya busuk, yang bawah pun akan turut busuk

Sebaik azan dilaungkan, kami berdua bergerak mengarah ke Masjid India .


Hm, rupanya yang baju biru ni, disetiap lorong mereka terpacak. Memang meluat tengok.

Negara rejim BN

Kami melangkah di lorong belakang Masjid India

Saya kira ini saf kumpulan kedua yang mengerjakan Zuhur, kerana yang pertama sudah selesai terlebih dahulu. 

 Kami terhenti disini seketika. Menanti acara selanjutnya.....

Latiff Hariri
2358 30042012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment