Tuesday, 8 May 2012

Duk Bantah - Asar ke Maghrib

Menyeberang ke Bank Negara ini, perjalanannya tak melebihi 3 minit pun, tapi kami mengambil masa lebih dari 20 minit.


Ye lah, setiap detik ada saja aksi yang boleh dirakam, mahupun dentuman gas pemedih mata yang ditembak keatas rakyat yang ditindas.

FRU yang menyerang dari penjuru Bank Negara menghala ke Jalan Raja Laut

Sesak......berpusu pusu melarikan diri ke arah kami di BNM

Perusuh perusuh dari pesantren?!

Ini semua perusuh ke? Bangang punya Ketua Polis Apco.

Letih, tapi.... perjuangan perlukan keletihan, kalau nak bermewah dan beriayadah serta redha dengan penipuan, duduk aje kat rumah layan Astro dan cerita fitnah lucah media kerajaan.

Sekitar 415 petang, abang saya mencadangkam kami menapak kearah Dataran Penjajah untuk berkumpul di Masjid India.

Walaupun saya kurang yakin boleh melepasi ratusan prebet sapu Malaysia ini, tapi saya turutkan jua kerana tidak mahu kehilangan untuk kali kedua.

&
Waktu Asar kira dah aman dah, tapi polis masih merusuh.

Melewati Dataran Penjajah menghala ke lorong belakang Masjid India itu, ada aksi menarik yang berjaya kami rakamkan. Provokasi polis prebet sapu dengan orang OKU serta saya sendiri menjadi mangsa polis prebet sebaya umur anak anak saya juga ini.

Akan saya kongsikan ceritanya nanti. memang 'hamlau' emak bapak mereka ini, yang gagal mendidik anak anak mereka supaya berilmu dan tidak menjadi polis baghal!!



Ahli Parlimen Ampang - yang melodehkan kes Menteri Top-Up dan Artis Botox

Ini OKU yang saya tenteramkan, menuju ke lorong belakang Masjid Jamek

Bagaimana uniform ini tanpa nama dan logo boleh tergantung dilorong belakang Masjid India ni?

Lagi aksi provokasi polis terhadap orang ramai yang duduk berehat

Makcik ini ditinggalkan suaminya, bila polis cuba menangkap sang suami.

Kisahnya akan saya ceritakan diepisod yang lain.

Orang ramai yang perihatin bertanya kisahnya dari mangsa kejadian, iaitu saya sendiri!

Lega bila berada dihadapan Masjid India

Di Majsid India bertemu dengan orang kuat Keadilan ini!

Sekitar Asar ini, masih berlegar legar heli di udara serta terdapat ramai polis yang seharusnya sudah pencen sahaja, dari menjadi barua kezaliman pemerintah.


Saya kesian tengok polis yang tak pencen pencen ini, dah lah tua, ada yang melengking, ada yang boroi, entah dibawa dari daerah pedalaman mana agaknya? Muka pun letih aje.


Melayan Youtube yang merakamkan Aksi Bersih 3.0 seawal pagi 28haribulan April 2012

Cubaan 2-3 kali kami untuk ke arah stesen LRT Masjid Jamek terhalang dek aksi kejar mengejar anjing dan tikus.

Kami menanti sehingga sekitar 630 petang, bila saya mendahului kesemua rakan, untuk memsuki stesen walaupun sudah separuh pintunya ditutup dek gara gara ganasnya polis membaham rakyat.

Sedang asyik beratur untuk membeli tiket LRT, terdengar dentuman dan sorakan lagi, terus petugas Polis Bantuan LRT mengarah kami yang beratur ini menaiki tangga keatas pelantar hentian. Kira bayar nanti distesen tujuan kami iaitu Bandar Tun Razak.

Saya sudah mengarahkan adik dan saorang rakan SB saya tu supaya bersama kami diatas untuk pulang, kerana kelihatanya polis masih tidak berpuas hati dengan rakyat yang tiada membuat sebarang insiden yang 'brutal' untuk dijadikan bukti.

Adik saya amat kecewa bila saya arahkan beliau segera berkumpul, kerana katanya masih banyak aksi ganas polis yang boleh beliau rakamkan.

Saya setuju, tetapi dari pemerhatian saya, polis polis apco ini sudah naik shehnya, secara tangkap borong mereka menerpa kepada orang ramai yang memenrhati aksi mereka, lalu dibelasah dengan cotar T dan tendangan flying kick secara percuma.

Apakah emak bapa engkau mengajar engkau begini waktu engkau kecil? Atau memang begini caranya komunikasi emak bapak engkau dengan enakau?

Moga Allah membalas segala kekejaman yang engkau lakukan ini!!.




Aksi kucing dan tikus mengacah Anjing-

Sesak stesen Masjid Jamek

Nak tangkap sorang dua yang mengacah, tapi tukang kejar macam ada 200 penjenayah yang harus ditangkap.

Kami menaiki LRT terlebih dahulu apabila adik dan saorang rakan gagal berada bersama pada waktu yang telah saya tetapkan.


Kami bertemu kembali sekitar 715 di Bandar Tun Razak.


Kesemua tubuh badan kami berenam ini masih utuh, dan tiada kehilangan tangan mahupun kaki, dek terkena belasahan polis.


Syukur, semuanya selamat.


Bergerak laju menuju ke bandar Tun Hussien Onn untuk makan malam dan solat Maghrib Isyak.


Kami bergerak pulang dengan penambahan saorang penumpang yang mahu turut pulang ke Taiping bersama, iaitu emak saya.


"Jadi kerja korang ni pergi tengok semua tu?" itu soalan mengacah emak saya ni.


Kami tak mengalah dengan memberi sebab dan alasan mengapa pemimpin umnu sedia ada ini harus dikalahkan didalam pilhanraya nanti.


Itu pun dalam pilahanraya yang adil  dan bersih, tiada unsur unsur penipuan dan kekotoran.


Di Taiping sekitar 1135 malam, dan di Sungai Petani sekitar 130 pagi.


Misi berjaya!


Latiff Hariri
1259 07052012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment