Monday, 25 June 2012

Guru.....Oh Guru

Sesi persekolahan penggal kedua baru 4 hari berlalu, yang pastinya guru guru pakat sibuk.


Sibuk.....?


Ada yang akan kata kerja cikgu ni sibuk sangat ka? Cuti dua minggu duk buat apa?
Makan gaji buta sahaja?


Tidak dinafikan, ramai warga di luar sana sudah memahami tugas guru, dan ada yang sedang dan cuba memahaminya. Walau apa pun situasinya, terima kasih diucapkan. Bukan guru meminta simpati, cuma sediakan sedikit perasaan untuk rasa belas kasihan kepada guru.


Tetapi ada sesuatu yang berlaku, yang terkadang membuatkan guru guru rasa terkilan.


Cuba bayangkan , ada Pengetua yang mengadakan mesyuarat pada 9hb Jun, yakni sehari sebelum permulaan sekolah bagi Negeri Kedah ini.


Kata kata aluan Tuan Pengetua ini pula lebih kurang begini bunyinya,


" Cikgu cikgu kena hadir bila bila pun , bila dipanggil bertugas, bukan selalu saya panggil untuk mesyuarat. Jika cikgu tak hadir, sila kemukana surat tunjuk sebab, itu semua untuk markah prestasi cikgu jugak."


 Ini ucapan aluan atau ugutan Tuan Pengetua!!


Bukan cikgu tak mahu hadir, atau saja saja nak ingkar arahan, tapi faham faham ajelah. Walaupun cuti 2 minggu, kena jugak hadir ke sekolah untuk kelas tusyen paksarela......


Itu tak kira guru guru kanan yang kena mesyuarat pengurusan lagi. Ingat cuti sekolah tu boleh relax sangat ka? Kertas soalan yang perlu disemak dan kerja kerja lain yang perlu dibereskan.


Hari Sabtu sebelum buka sekolah tu!! Tolonglah faham situasi sikit, hari yang sibuk, ada yang nak hantar anak anak pulang ke asrama, ada yang nak buat persiapan untuk anak anak bersekolah keesokkan harinya.


Soal kemasyarakatan seperti kenduri memang dari awal awal dah tolak ketepi, sebab tak dapat dipenuhi. Tapi, cikgu berusaha paksadiri hadir jugak bermeeting atas jemputan aluan Pengetua.


Adakalanya, kena kata , tembok kesabaran kami terbolos jugak!!


Jadi forum sesama guru ini terpaksa dibuka, bagi sesi mengumpat Pengetua itu.


Sana sini dikempen , dicanang supaya Guru Guru menyayangi murid, tapi adakalanya guru guru boleh lupa , atau hilang kemahiran untuk menyayangi murid , sebabnya, guru guru sering dibelasah kiri kanan, dengan beban tugas yang tak masuk akal.


Umifathimah
2025 14062012
Kedah Darul Aman


No comments:

Post a Comment