Wednesday, 27 June 2012

Keluarga Besar Kita I

Eh, saya tak cerita ek?


Saya anak ketiga dari tiga belas adik beradik itu. Mempunyai soarang kakak sulong dan saorang abang, sementara adik adik saya 5 lelaki dan 5 perempuan.


Hari Jumaat sebaik selesai bekerja. Ini penyebabnya mengapa saya kurang beri perhatian kepada penulisan didalam blog ini. Saya merasa minda saya lebih tenang bila melihat kehijauan anak anak pokok pisang, serai , tebu dan buah buah durian yang melayut ditas pokok itu!!

Bila kita ini menjadi anak ketiga dan keempat, emak dan bapak sering menjadikan abang dan kakak sebagai contoh untuk diteladani. Untung kalau yang pangkat atas ini, menjadi contoh cemerlang, dan 'parah' jika kita yang berpangkat sulong ini gagal menjadi contoh kepada adik adik. (Itu yang saya alami diwaktu persekolahan)


Sepertimana kisahnya UmiFathimah itu, kerana sering gagal menyaingi kakak dan abang, saya biarkan aje , tak perlu fikir serius tentang pencapaian pelajaran ini. Memang arwah bapak cukup 'angin' dengan pencapaian akademik saya itu.Dan walaupun kita mempunyai keistimewaan tersendiri, ibu bapa tetap menjadikan yang sulong menjadi contoh terbaik untuk adik adik.


Dan setiap tahun bermula sekitar 1976 hingga 1981, saya kerap jugak naik kepentas majlis anjuran Koperasi Kakitangan Kerajaan itu, untuk menerima hadiah dermasiswa kakak dan abang yang cemerlang dalam Penilaian/SRP/SPM mereka itu!! Saya sendiri tak pernah dapat pun, hahaha.


Setiap Hari Lebaran, saya yang kaki ukur kampung dan pekan untuk mencari 'duit raya', pastinya kecewa bila pulang lewat senja, kakak dan abang mendapat pulangan duit raya lebih dari saya, kerana mereka dapat bersalaman dengan pakcik dan makcik yang bertandang tanpa memberitahu  kehadiran mereka kepadasaya yang kaki merayau ini!!


Bayangkan setiap rumah minima 'collection; sekitar 20sen, setakat tengahari baru dapat RM2.00 lebih sedikit, sedangkan abang kakak yang memerap dirumah, mendapat RM5.00 hingga RM10.00 saorang dari setiap pakcik makcik yang bertandang! 


Macam mana kita tak bebai!!?


Hmmm, pelik jugak, bila anak perempuan tak boleh 'ngam' dengan bapak mereka. Satahu saya, dan dari pengalaman, saorang bapak itu pasti 'meleleh' dengan anak anak perempuan mereka. Saya sendiri lebih 'manja' dengan emak, sedangkan saya sering menyakitkan hati bapak. Adalah jugak kenangan pahit dengan bapak ni, tapi, saya dah padamkan semua, walaupun ada satu dua yang berbekas dihati....tetapi, semuanya betujuan untuk merubah pemikiran saya , dan semuanya berbaloi dengan apa yang saya kecapi sekarang ini. Semuanya atas teguran bapak yang agak 'tajam' untuk diri saya fikirkan.


Berkisah tentang kahwin ni, dua hari sebelum bapak pergi buat selamanya, secara perbualan 'lelaki dengan lelaki' bersama bapak di stesen keretapi Taiping itu, antaranya kata kata akhirnya,


 " Bapak tak ada apa apa untuk korang adik beradik. Engkau kerja elok elok, tolong emak engkau tu, dia banyak bersusah untuk bapak, kau tengok tengok adik adik kau......., bapak tahu kau pun akan kawin tak lama lagi....."


Getus hati saya, " tak main lah kawin kawin muda ni! "


 Ya, benar, saya mendirikan rumahtangga pada 1986 sebaik bapak pergi pada tahun 1984 itu, pada usia belum mencecah 22tahun itu!


Tak main kunun!!


Latiff Hariri
1838 22062012
Sungai Petani

Bapak memang garang..., cenge orang Kedah kata.


Sayalah yang selalu menjadi sasaran kemarahan bapak... Memang padan pun sebab saya nakal.


Saya masih ingat macam mana bapak pernah marah saya sehingga dia pernah baling parang ke arah saya. Saya tahu bapak bukan niat nak bunuh anak bertuah ni... Cuma nak gempaq ja.


Apa lagi saya lari pecut la. Tahu apa kesnya?


Saya tak basuh kasut sekolah. Pada ketika tu, cuti sekolah, saya rendam kasut entah berapa hari saya pun dah lupa. Kakak pulak mcm biasa, hari jumaat sehari selepas cuti dah siap basuh semua pakaian sekolahnya. Mau org tak sayang. Selalunya bila saya rendam kasut tu... Bapak akan tolong basuh. Agaknya dia tak mau bg muka sangat kat saya.


Kes kedua yg masih saya ingat ialah saya pernah curi pahat bapak untuk pahat kayu nak buat pistol. Dari kecil, saya memang suka berangan nak jadi lelaki. Jadi saya pun 'try' la nak buat pistol. Malangnya pahat tu jadi sumbing kerana saya tersalah teknik ketika memahat, pahat batu, hehe... Apa lagi, mengamok sakanlah bapak.


Saya lari kuncikan diri dalam bilik, dari tengahari sampai maghrib. Akhirnya bapak mengalah, pujuk saya keluar sebab dari pg saya tak makan apa2. Sebelum saya berani keluaq bilik, saya suruh bapak ambil air sembahyang...


Fahaman saya masa tu org yg berwuduk dan nak sembahyang tak kan marah atau pukul org, hehe. Bapak, kalau marah akan lupa diri, dia akan tonyoh kepala, baling apa apa yang ada padanya dan saya memang pandai mengelak. Tetapi kadang kadang terkena jugak.


Pernah saya pi sekolah dengan pipi yang lebam, sebab bapak baling diarinya ke arah saya dan terena pipi.


Apa kesnya? Saya dok berlengah lengah waktu maghrib tak pi mandi.


UmiFathimah
0108 17062012
Kedah Darul Aman

2 comments:

  1. Leh tahan Umifathimah ni..

    ReplyDelete
  2. Umifathimah dah mmg dilahirkan macam tu....T ksh

    ReplyDelete