Sunday, 12 August 2012

Bersama Supirnya, Adik Andry

Pagi kedua bersahur di Bandung 2 Augustus 2012

Makan kat hotel ni, makanannya tidaklah seenak mana, sekadar melapik perut supaya tidak terasa lapar keesokkannya.

Nasi goreng, mihun seakan suhun, moi, bubur pisang, buah buah dan roti serta kuih Saya kira subuh ini pun, pilihannya masih banyak, siap ada quaker oats, susu, salad dan mayonis dan sebagainya.

Pagi saya dikejutkan dengan Jenderal Polis Indonesia yang disiasat rasuah oleh SPRM, hehehe.

Pagi 2 Ogos ni, kami tidak tergesa gesa untuk keluar, kerana sudah tersedia sebuah kereta untuk kami bergerak sekitar Kota Bandung.

Adik yang menjadi supirnya, si Andry , saya minta datang sekitar pukul 930 pagi sahaja, waktu kita dah 1030, kira lewatlah jugak kami keluar ni.

Destinasi pertama mencari Jalan Buah Batu , dimana terletaknya Butik Dian Pelangi.

Mudah mencarinya dengan bantuan Google. Supir pun tak boleh ingat dimana jalan ini. Semuanya atas permintaan anak anak ara saya itu.....


Tudung yang banyak di Butik ini

Patung Hidup memohon sumbangan


Gedung Sate

Kami terus bergerak menuju  kebutik butik yang lain pulak.

 
Dah lupa namanya tapi disini mahal banget

Rumah Mode, harganya sedang sedang aje.



Bersama Andry - saya kata pada dia, watak dan gaya beliau sesuai untuk menjadi Polisi atau ABRI, dia senyum aje.

Kami berada di Rumah Mode sekitar satu setengah jam, dan kira habis berjutalah jugak kat sini, hahaha.

Melepasi jam 2 kami terus minta si Andry menghantar kami ke Pasar Baru , tempat itu juga yang sesuai dengan selera kami.

Janji sekejap aje, dan nak balik rehat sebelum pukul 4 ptg, tapi.....


Latiff Hariri
2038 11082012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment