Friday, 24 August 2012

Raya Ketiga 21082012 - Lenggong/Baling

Memang saya terbuka, samaada bermalam di Lenggong, di Kuala Kangsar, di Ipoh rumah Faridah.

Nak balik awal buat apa, cuti masih panjang.

Sebelum bergerak pulang dari rumah Hasnah petang itu, saya dan Zawawi sudah sepakat, mahu bersama sama menyemakkan chalet chalet di Tasik Raban itu, untung masih banyak kamarnya.

Selesai cek in sekitar Maghrib, terus bersiap untuk makan malam di Restoran Budiman dalam hujan lebat.

Pagi raya ke3 , cuba nak beronline, tapi.......

Paginya, kami tidak tergesa gesa untuk bergerak. Ada jua rakan yang bertanya samaada saya berminat untuk ke Taiping menziarahi rakan di sana. Memang saya terbuka, tapi, saya tidak mahu tergesa gesa......

Keluar dari resort ini sekitar 10 pagi, tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Zawawi, kerana tidak mahu mengganggu rehat beliau.

Suasananya nyaman


Berlatarbelakang R&R Lenggong, resort ini berada di atas bukit.

Saya terkenang diusia saya 8 tahun, saya sudah berumah rakit serta bersampan disini, bersama orang orang kampung Beng, kenalan arwah Bapak. 
(Foto-Izzuddin Janaton)

Pernah saya mencari pakcik itu, tapi sudah tiada, begitu jua dengan anak anaknya.

Saya agak, Bapak mengenali orang Kampung Beng ini, kerana tugasan Bapak yang dipanggil, untuk menyukat/ukur tanah tanah mereka , yang mereka pohon untuk medapatkan geran tanah. Dan saya suka, ketika itu, adakalanya saya akan turut serta melihat kerja Bapak, selain dapat layanan dan makanan yang disediakan dek orang orang kampung itu, ole ole buah kayunya, pasti menjadi bekalan kami.

Saya ingat semua ini, kerana di era 60 -70an dahulu, (dan hingga kini) , keikhlasan orang orang Lenggong menyambut tetamu, amat mengharukan!!

Selesai kerja Bapak, pasti orang orang kampung menjemput lagi untuk acara 'makan makan' , atau kenduri doa selamat, kerana akhirnya mereka berjaya mendapat geran tanah. 

Begitulah susahnya orang dahulu, bertungkus lumus berusaha untuk mendapatkan tanah untuk anak cucu mereka sekarang.

Kami keluar dari Resort Tasik Raban ini sekitar pukul 10 pagi, tanpa memberi salam kepada Zawawi sekeluarga. Tak nak ganggu, saya tahu, Zawawi punya acara yang padat malam tadi.

Fikir fikir fikir, akhirnya kamu 'brunch' sahaja di Tasik Raban itu.


Lepas geram kali kedua lepas di rumah Amran itu, gulai tempoyak dan ikan bakar!!

Memang tak pernah puas makan ikan darat Tasik Raban ini.

Sekitar jam 11 kami masih termanggu manggu mancari arah tujuan kami sebelum meninggalkan pekan Lenggong, akhirnya anak anak mahu bertemu ayah kepada Asri , kerana terkenang 'kenakalan' pakcik Mokhtar ini yang suka mengusik.

Tak kiralah Asri ada atau tidak

Tak sah ke Lenggong kalau tak dengar gelak  ketawa ayah Asri

Sambil berbual bual dengan lawak jenaka pakcik Mokhtar ini, tetiba ada yang memberi salam, dan menanyakan samaada ini rumah Pak Mokhtar?

Menanyakan Asri.

Saya jawab selamba, silakan, kalau kawan Asri, kawan saya jugak ini. Sambil bersalaman dengan ayah Asri, beliau memanggil keluarga beliau yang masih menunggu didalam kereta itu, untuk turun bertandang, kira betullah rumah yang dituju.

Memasuki rumah, terus bersalaman dan berkata, 'Ini Janaton kan?'

Eh, mana dia tahu ni?

Amir, yang merupakan rakan sekelas saya (1971-1972) dan Roziah (1971-1976)


Kemudiannya masuk lagi satu keluarga, merupakan anak buah pakcik Mokhtar, maka riuh rendahlah rumah ini.
Kan, dah berselerak

Sekitar jam 12, kami pun bergerak , tapi sempatlah merakam foto kenangan ini.

Tanpa Asri

Informasi yang diberi Amir, memudahkan kami untuk menuju kedestinasi kedua kami, di Hari Raya Ke3 ini....

Bukit Senyum, mencari rumah emaknya Amir.


Mak Nyah, balu kepada Tok Bakar, Polis Lenggong, yang merupakan jiran tingkat bawah Roziah tahun 70an dahulu

Mak Nyah dan Wati, berada dalam kekurangan kesihatan .

Kenangan Raya 2012, bertemu semula selepas tahun 1978.

Sekitar Zuhur, saya membuat keputusan untuk keluar dari pekan Lenggong, pulang ke Sungai Petani.

Saya bercadang memasuki Bandar Gerik, dan terus ke pekan Baling, paling tepat ke Weng, rumah emak kepada Zaki Hasan, yang mengirim 5 batang lemang buat kami malam Raya itu.

Emak kepada Zaki Hasan, yang supply lemang 5 batang kat kami malam Raya itu

Meninggalkan pekan Baling sekitar pukul 3 petang, perut masih kekenyangan, kira memang dah tak nak makan apa apa lagi bila sampai rumah nanti.

Selesai maghrib, terima panggilan dari Tart, minta kami berziarah Hari Raya kerumah mereka malam ini jugak.

Ok, jangan hutang lama lama, terus saya pergi berdua dengan Izzuddin


Ini makan malam saya malam ini, laksa sepinggan

Sedang rancak bersembang, Cikgu Hashim sekeluarga memberi salam. Maka berpanjanganlah sembang kami malam ini
Berborak dengan anak anak bujang Bang Omar dan Cikgu Hashim

Abang Omar dan Cikgu Hashim. Bapak bebudak bujang tu

Kami disini melepasi 915 malam, berkisah tentang kenangan lalu sepanjang penjelajahan saya di Indonesia sendirian dan berkeluarga. Ayah bebudak ini berminat dengan pencarian asal usul keluarga saya.

Pulang kerumah, tak tengok tv dan dapur dah, terus lena, untuk Raya keempat pulak esok.

Dihari Raya ketiga ini , saya hanya berkesempatan menziarahi 4 buah rumah sahaja.....

Latiff Hariri
2058 23082012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment