Wednesday, 22 August 2012

Raya pertama 19 Ogos 2012

Berakhirnya Ramadhan 1433 ini, sebaik selesai iftar terakhir ini, saya dikejutkan dengan sambutan takbir dari Masjid Al Amin Sungai Layar, dengan takbir Hari Raya!!

Malam ni kami main mercun sahingga pukul 11 malam.

Walaupun jiran tetangga mengajak saya merayau ke 'Uptown' Sungai Petani, saya tetap mengelak. Saya tahu kesesakan lalulintas di tengah bandar itu.

Tapi saya tidak mengelak  , bila rakan baik saya, si Zaki Hasan mengajak saya bertandang ke Taman Ria, untuk mengambil 5 batang lemang yang dikirim emak beliau dari Baling itu!!

Pagi Raya ini, seawal 810 pagi, saya sudah menapak ke Masjid Al Amin.

Solat Eid bermula pukul 9 pagi dan berakhir dengan tahlil dan doa selamat sekitar 1030 pagi.


Hahaha, posing orang tua dengan gang bujang

Tema Kuning Cokelat

Cokelat Enteng Jodoh dan Cokelat Gawat Darurat menjadi hidangan pagi Raya

Gang Assalamualaikum menerpa, tak dan kami nak bersiap

Rumah pertama ziarah kami, persekitaran rumah Abang Latiff TNB, orang kuat Sungai Layar.

Rumah Kedua - Abang Rahman, jiran belakang rumah. Mantan orang kuat MPSPK.

Seterusnya , kami bergerak ke Permatang Berangan, ziarah kubur ayah dan bonda Roziah, serta sanak saudara yang telah pergi.


Kemudiannya ke rumah Abang Jid, Kak Ara, Pak Andak Jan, Si Non, Abang Awang Mie. Di kampung ini , kami selesaikan  5 rumah. Walaupun ada yang mengajak kami bertandang kerumah mereka yang lain dipersekitaran kebun kami ini, saya terpaksa menolak dengan baik.


Rumah Pak Andak Jan yang paling hampir dengan kebun kami

Rumah Non pun sama

Rumah 'singgah' Awang Mie

Awang Mie sekeluarga menetap di Kulim, hujung minggu mereka akan balik ke rumah ini, rumah kampung ini dibina sendiri oleh Awang M ie

Keluar dr rumah Cikgu Hashim, ayah kepada Budin. Sini pun kami makan nasi lagi.

Ini Pak Tam, Tok Imam Iftar terakhir, yang buat kecoh di Masjid Al Amin,  " Pak Tam selesai solat aje,  terus Takbir, sebaik selesai Takbir, tak ada makmum yang sambut, semua pakat angkat kaki.....Ada yang sound Pak Tam, Tv belum buat announcement la..., apa lagi, Pak Tam pun bangun lah, buat solat sunat terus, hahaha. Tapi, nak tunggu announcement penama, Arab Saudi dah raya dulu dari kita" Saya tumpang ketawa mengusik Pak Tam.

Ini Pemuda Sungai layar yang menjadi klik dengan saya, terbuka minda mereka tentang perkembangan Sungai Layar serta Negara.

Adik adik bujang ni menjadi tetamu pertama kami sekeluarga. Mereka berborak hingga ke Maghrib. Selesai Isyak kami tak kemana mana, walaupun ada yang mengudang.

Kira 9 rumah yang kami ziarahi, dan bayangkan makanan yang kami 'ngap', ish. 

Letih tu. Esok nak beraya lagi.

Latiff Hariri
0738 22082012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment