Wednesday, 1 August 2012

Seminggu Ramadhan

1 Ramadhan ini, Sabttu petang, saya meluangkan masa di kebun barang sejam dua.


Bulan puasa ni, kalau manjakan diri , memang tak boleh buat apa. Saya paksakan diri untuk habiskan 20 rumpun serai ini dengan merumput disekelilingnya.

Merumput dan mencantas daun pisang kering. Berada disini selama sejam, lenjun...tapi, memang terasa sihat.

Petangnya sempena Ramadhan ni, kami bergerak ke Kepala Batas , ke rumah Roslan, kawan sepejabat saya. Sebaik selesai terus pulang melewati Pinang Tunggal.

Kebetulan keretapi bersaing dengan kami.

Kami tidak pulang kerumah, tapi terus ke Taman Sri Wang untuk perkenalan pertama bersama Faridah Jo serta suami dan anak anaknya. Faridah Jo ni angkatan SMDA1981 lah. Kami tak pernah bersekolah bersama ketika di Lenggong, baru bak berkenalan.


Kami hanya bersekolah rendah di Lenggong, tapi akhirnya berkenalan juga dan, kami bersama menjadi warga Sungai Petani

Maruku yang saya pesan dari Faridah, dan di ole olekan kuih sebagai pencuci mulut sempena Ramadha pertama ini.

Ahad, Ramadhan kedua. Saya habiskan 2 jam disini bermula dari jam 8-10pagi. Hanya mencantas daun daun kering pokok pisang ini, adalah sekitar 120 batang yang saya kerjakan, masih ada berbaki 80 pokok yang saya tidak berkesempatan.

3 Ramadhan. Berzuhur di Surau Perwaja Gurun. Teruja melihat aktifnya warga Perwaja, yang dahulunya menjadi lombong Dr mamak, kini........ Pembangkang kuat di Perwaja ni!!

Hari ini hari ke 8 Ramadhan, Ustaz Azizan hadir untuk berbuka puasa bersama ketua ketua kampung di daerah Sungai Petani ini, di Masjid Sultan Muzaffar, Sungai Petani.


Sabtu 28072012 - 8 Ramadhan . Merumput Serai selama sejam. Sekitar 220 petang saya bergerak bersama baldi biru dan sebaldi racun untuk saya semburkan dipangkal kaki pokok pokok pisang itu. Hari ini seakan akan panas, tapi berjerebu, jadi bolehlah saya kira, untuk menghabiskan masa saya barang sejam dua sementara menanti waktu Asar.


Merumput sekitar 30 rumpun serai dari sebaris batas ini pun mengambil masa sejam, selain dari menyembur racun. Badan memang lenjun dengan peluh, tapi kepuasan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, bila melihat penat lelah ini, sudah mula menunjukkan hasil.

Batas terakhir yang dituai.....

Bermakna sebaik tamat Ramadhan ini, akan bermula musim menanam padi ke 2 sesi 2012, hahahaha.


Sewa bendang pun saya dah terima dari pemajaknya, kira bolehlah beli kasut raya kat Bandung lagi barang 4 pasang gitu...


Simpan untuk Raya tahun 2013 lah..


Tinggalkan kebun sekitar 345 petang Sabtu 28072012

Latiff Hariri
0200 01082012
Bandoeng, Jawa Barat

No comments:

Post a Comment