Friday, 26 October 2012

10 Zulhijjah 1433 Hijrah - Genap 40 Hari Pemergian Emak

Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar.

Selamat Eid Adha kepada kesemua rakan rakan kenalan, sahabat handai sanak saudara. Moga Kak Sham dan Abang Jabar yang kini berada di Makkahalmukarramah, mendapat Haji yang mabrur.


Sempena Eid Adha 1433 ini, genap pemergian 40 hari emak, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua yang mengirim pesanan ringkas takziah melalui talipon bimbit dan melalui dinding MukaBuku saya. Maafkan saya tidak dapat membalas setiap pesanan yang dikirim.

Terimakasih secara pribadi kepada rakan rakan darjah 1, SRJK(I)/SMDA Lenggong saya yang hadir dihari duka saya :-

1) Ismail Mutalib
2) Zulkifly Rahim 
3) Lt Kol Zawawi Adam & Dr Zaharah Rahman sekeluarga 
4) Rosmah dan Abang Man
5) Saudara Lokman Saidin
6) Hasnah Kassim & Abang Hadi

Rakan Edwardian 

1) Din Selamat Kamal
2) Roslan Abdul Rahman

Yang banyak mengatur dari awal hingga akhir pengebumian emak, saudara Osman Abu Bakar, warga BTHO, ahli ahli kariah BTHO , Imam, Bendahari , setiausaha dan AJK Masjid.

Tidak saya lupakan jua kenalan/anak anak kenalan emak, terutamanya Cikgu Faridah dan Cikgu Hizam, guru sekolah tadika Bunga Raya saya serta guru darjah 1-2 saya dahulu. 

Kak Ida sekeluarga yang datang dari Alor Setar yang merupakan jiran emak di Taman Seri Kota suatu ketika dahulu.

Abu Bakar Lasah yang hadir memberi penghormatan, memang saya terharu.
Abang Kudus dan Kak June dari Taman Dagang, Ampang.

Tidak saya lupakan kesemua sanak saudara saya yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu, makcik pakcik pangkat adik adik emak, jua sepupu duai emak, sepupu duai saya .

Saya memohon maaf jua kepada seoarang dua rakan saya yang terkena 'teguran'  dari sesaorang yang terlalu emosi disaat kedukaan menimpa kami sekeluarga. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Nya, yang jelik itu adalah kelemahan kami sekeluarga.

Terima kasih Semua. Maafkan saya sekeluarga.


Terharu dan tiada kata kata yang sesuai untuk saya luahkan kepada Abang Bacho sekeluarga serta Qariah Masjid di Sandakan Sabah, yang mengadakan tahlil untuk emak tiga hari selepas pemergian emak.......Allah sahaja yang bisa membalasnya!!

   

Dan jua warga Masjid Kg Haraban, Kecamatan Palupuh, Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat, yang mengadakan majlis Tahlil sebaik solat Jumaat 5 ZulQaedah 1433/21 September 2012.

Maafkan segala salah silap Emak serta kami sekeluarga. 

Salam EidAdha

Latiff Hariri
0001 26102012/10 Zulhijjah 1433
BTHO,Cheras.

No comments:

Post a Comment