Monday, 15 October 2012

Musim Kedua dan Pertama 2012

Saya lupakan kebun sebulan dua ini.

Sesekali sahaja, setepat hujung minggu berkesempatan. dan ternyata melihat semak samun ini , hati saya mula terasa tenang. Ya lah, kehijauan bumi, walaupun tumbuhan menghijau, tetapi semak samunnya...... tetap menggamit hati supaya sering bertandang kesini.


Musim June lalu, pokok ini hanya menghasilkan sekitar 10 biji sahaja, sebaik musim tamat sekitar awal Ramadhan, pokok in sekali lagi berbunga.

Saya memang beranggapan hanya sebatang ini sebagai pengganti musim yang lalu

Pohon terung belanda membesar menyamai pokok pisang

Sekitar kebun ini, tertumbuh dengan sendirinya melebihi sepuloh pohonan terung belanda. Memang saya kepung sungguh sunguh pokok ini.


Dan terkejut besar di petang Sabtu 13 Oktober ini, bila pisang emas ini sudah mengeluarkan hasil pertama.

Akhirnya peluh keringat saya berbaloi.

Ini pucuk cekur manis yang tumbuh meliar disisi pokok pisang

Bila foto buah durian dan buah pisang ini tersiar di Mukabuku, maka ramailah yang memberi salam kepada saya, sudah pasti salam bersambut, dengan mengajak pemberi salam beriringan dengan saya ke kebun, untuk kerahan tenaga sebelum upah makan durian dan pisang diberi.

Bukan percuma ek, hehehe.

Tart dan Zul menyambut salaman saya dengan menanam sekitar sepuloh anak pisang yang dikaleh dari induk asalnya.!!

Dan saya tidak pernah mendongak keatas lagi sebaik tamatnya musim durian yang lalu, dan tanpa kehadiran adik adik berdua ini, pasti, saya pun tidak ambil peduli.

Yaaaa!! Allah Maha Besar, itu yang selalu saya sebut bila saya mendongak keatas, ternyata ada lagi 2 pokok durian yang memberi pulangan yang sama kepada saya , untuk melengkapkan pusingan musim buah tahu 2012 ini
Pokok disisi bendang ini menghasilkan lebih 20 biah durian!!!

Dan bila mengarah kearah pohok ubi kayu saya itu, sekali lagi Zul dan Tart menunjukkan saya diatas , Allahuakabar!!

Ada sekitar 20 biji juga dari pokok ini, padahal pokok ini sudah memberi buah yang maksimum pada musim Jun yang lalu. Setahun berbuah dua kali! 

Rezki kerana kesemua buah durian tidak pernah saya jual, kecuali untuk makan jiran tetanggan, sanak saudara, sahabat handai, jauh dan dekat.

Inilah rezeki musim kedua durian, dan pertama anak anak emas.

Latiff Hariri
2028 14102012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment