Monday, 26 November 2012

Pulang ke Taiping Selepas 70 Hari

Lama kau tak balik Latiff?

Memang lama. Saya tak nafikan. Adakalanya saya memang pulang ke Taiping sewaktu hayat emak, tetapi bila rumah emak penuh dengan tetamu, saya tak singgah .......

Tapi, itu semua kisah lalu yang perlu saya simpan dihati. Dan selalunya , bila saya pulang ke Taiping, emak pun tiada, sebab banyak masanya, emak berada di Kuala Lumpur.

Hati tak lah seralat mana pun.

Kali ini pulang , selain kesempatan sebenar untuk meraikan perkahwinan anak saudara sepupu di Taiping, kesempatan juga saya ambil untuk bertemu abang kakak dan adik adik saya , yang turut pulang meraikan hari bersejarah anakanda kepada arwah Baharin Mahmud ini.

Bergerak sekitar 7 pagi dari Sungai Layar, berhenti sarapan di Tikam Batu, dan memasuki lebuhraya Kepala Batas sekitar jam 8 pagi.

Kirim SMS kepada pasangan suami isteri itu, tapi, tiada balasannya, jadi....biar ajelah. Ada rezeki bertemulah.
Lagi 2 km susur keluar Taping/Kamunting sekitar pukul 9 pagi.

Untung saya tak perlu memandu panjang.

Tiba di rumah pusaka ini sekitar 930 pagi Sabtu 24112012. Pertama kali pulang.

Hanya ada abang ,anaknya serta adik lelaki saya.

Abang dah duduk bersila dibilik arwah emak, mentelaah foto foto lama, buku buku catatan harian emak serta surat surat lama milik emak. Saya pun tumpang sekakilah duduk bersila sama.

Foto foto lama ini begitu berharga, saya risaukan akan jatuh ketangan orang orang yang tak berkenaan. Ini adalah milik Hariri Bab-Fatimah Zaiton Adam. Saya pun , sebagai anak, tidak layak menyimpannya, saya serahkan kepada Rahman sahaja untuk dijadikan milik peribadi anak anak Hariri-Zaiton.

Barisan foto kejayaan anak anak Hariri Zaiton, serta saorang menantu. 

Semuanya diframekan dan disusun mengikut peringkat usia anak anak, harapannya, tiada yang mengambil atau mengubahnya dari tempat asal.Ini emak punya kerja ni.

Saya tak lama bersentimental dengan foto foto dan suasana bilik utama emak ini, saya harus bergerak segera untuk 'terjah ' kerumah rakan saya ini, walaupun sekejap. 



Makcik Com dan makcik Kiah, dua jiran ketat emak


Sebaik pulang dari rumah kawan saya itu, kami berdua,( saya sekeluarga dan Rahman dengan anaknya ), bergerak ke Simpang, Taiping, untuk majlis kenduri kahwin. Berada di sana dari pukul 1230 hingga ke pukul 2 petang.

Dan pulangnya , seudah menanti kakak sulong saya serta keluarganya. Diikuti dengan kehadiran dua rakan jiran emak yang bertanya khabar kami sekeluarga.



Sambil tu, abang serta anak anak buah saya ni melayan durian dari SP

Dulu, sekitar 1973-1977, arwah Bapak juga ada kebun di Terong, tapi sudah dijual sekitar 1978

Boring melayan durian ini, abang saya mengajak kami semua melayan Cendol di bandar Taiping pulak.
.
Ainil dihadapan saya, kira pangkat adik lah jugak, walaupun usianya baru mencecah 10 tahun. Dia komen, sedap ek cendol ni....hm, baru kau tahu Nil mengapa abang abang engkau ni 'syok' kesini setiap kali balik Taping.

Kami berpisah 4 beradik ni sekitar 530 petang, saya bergerak mengarah ke restoran Doli, dan terus pulang selepas itu. Ya, perbincangan 4 beradik tanpa 7 adik adik yang lain tentang halatuju rumah pusaka peninggalan Emak ini.......

Latiff Hariri
1028 25112012
Sungai Petani.

No comments:

Post a Comment