Saturday, 29 December 2012

Abang Zul balik SP

Ini kunjungan balas Abang Zul, yang kami lawati pada Hari Raya Haji yang lalu di Sri Medan, Batu Pahat tu.

Abang Zul ni, memang payah nak bercuti balik kampung. Dia kuat bekerja dan tak pernah ambil MC. Untunglah PDRM ada kakitangan begini.

Makan malam ajelah. Hari bekerja memang begini, kami hanya boleh melayan pada sebelah malam sahaja.

Makan malam pun dah melepasi pukul 920.

Dan abang Zul sekeluarga bergerak pulang ke rumah mertuanya di Permatang Berangan sekitar pukul 11 malam.

Janji mereka, untuk bertemu lagi pada  pagi Rabu untuk berdua kereta ke Kuala Kangsar dan Lenggong. Saya tak dapat turut serta kerana cuti dah habis. Jadi biar anak anak ajelah menemani Pak Lang mereka.

Makan tengahari di tasik Raban, Lenggong

Rumah Chu di Banggol Batu

<
Lepas tu pi tengok Perak Man kat Muzium Lenggong

Saya sendiri tak pernah masuk kedalam Muzium ini.

Saya tidak turut serta, jadi tak dapat nak cerita secara penuh aktiviti mereka. Yang pasti, Abang Zul bergerak pulang melewati Gerik, sedangkan Roziah anak beranak berpatah semula ke Kuala Kangsar.

Malamnya , saya berdinnerkan Laksa Kuale aje.

Latiff Hariri
1718 28122012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment