Pertama kali memasuki bandar Bahau, tak lah besar mana bandarnya. Sebenarnya saya mahu mencuba sarapan pagi di Stesen keretapi yang popular itu, tetapi saya tersilap ingatannya, bukan Bahau, tapi Gemas. Di Bahau kami dah jumpa stesen keretapinya, tapi, sudah tidak beroperasi sepenuhnya.
Jadi saya teruskan perjalanan mengarah ke Kuala Kelawang. Saya pernah ke Kuala Kelawang suatu ketika dahulu. Di pekan kecil ini, didalam sebuah perkampungan, tersemadinya pakcik Kadir, adik bongsu arwah bapak.
Pertama kali tahu dan melihat adanya Istana Serting
Perjalanan kami teruskan ke arah Kuala Kelawang. memang mudah mencari arah jalan sekiranya kita gunaka Google.
Rumah gadang dipersekitaran Kampung Keru, berhampiran Bahau
Seakan akan berada di Bukit Tinggi, Indonesia
Memasuki sempadan Selangor sekitar 1140 pagi. Lega teramat lega, bila saya memasuki daerah Hulu Langat. Terus meluncur laju ke Kajang, dan terus memasuki Kuala Lumpur.
Anak anak mahu ke Sungai Wang Plaza, jadi saya tinggalkan mereka disisi Plaza tersebut, dan saya teruskan dengan aktivit sendirian saya.
Hm, kasut yang mereka cari rupanya
Sg Wang memang banyak kasut yang harganya patut dan banyak pilihan
Kasut lagi
Persekitaran Jalan Ampang ni
Menara Berkembar
Sementara menanti mereka, saya ber - online sendirian di dalam kereta di sisi Stadium Merdeka. Di situ tiada gangguan lalulintas.
Bila anak anak menalipon bahawa mereka sudah boring dengan kasut kasut itu, dalam 10 minit saya sudah berada semula di sisi Sungei Wang Plaza.
Nak makan apa? Tengahari dah melepasi pukul 3 petang.
Makan Makan di dalam Bangunan Great Eastern Ampang
Udon
Kegemaran saya Kueteow Beef Ginger
Sekitar sebelum Maghrib, dan tersangkut ketika Maghrib didalam kesesakan, untuk kami sampai ke Hotel ini.
Lega bila dah jumpa tempat nak lena
Muatlah untuk satu family
Waktu tengah berita di TV, baru masuk bilik.
Nasib baik ada bungkus Maggi
Saya biarkan aje anak anak bebas beraktiviti didalam hotel ini.
Gym
Kolam masih boleh digunakan hingga pukul 10 malam
Kolam dalam taman
Buat show pulak kat Hotel ni untuk malam ni. Ye lah, buat lepas bayar bill dinner nanti.
Latiff Hariri
1648 24122012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment