Sunday, 23 December 2012

Tasik Bera II - 13122012

Hujan berhenti sekitar pukul 530 petang.

Tidak mahu memerap didalam kamar, saya mngajak Izzuddin mengelilingi kawasan Resort ini. Dan ternyata, kawasannya tidaklah besar mana pun. Ada Chalet bersebelahan yang milikny Perhilitan Negeri, jadi kami tidak dapat meninjau lebih dari sempadan berpagar ini.


Hmmm, macam mana saya boleh lari kekawasan hutan begini?

Suasana sunyi, dan ada mata mata yang memerhati saya dari kejauhan.....

Dari atas bukit ini, lagi ramai mata yang memerhatikan kami berdua.....

Sekitar 630 petang saya tamatkan pengembaraan ini. Masuk ke kamar dan berebut bilik air.
Keadan mula kelam dan gelap, hanya kelihatan cahaya air tasik yang bersinar , atas pantulan cahaya dari langit. Hm, menggerunkan..

Habis kesemua langsir cermin pintu dan tingkap saya rapatkan, tak mau lah tengok apa yang ada di luar tu. Buatnya timbul Naga Tasik Cini!

Sekitar jam 8, kami sekeluarga bergerak ke Cafe bersebelahan. Persisiran dipasang dengan lampu yang terang, dan tidaklah menakutkan, kerana Cafe memang bersebelahan

Tak lah lapar sangat, tapi tak nak tunggu lewat malam untuk makan. Janji 830, tapi sengaja diawalkan

Tunggu punya tunggu, akhirnya sekitar 815, telur dadar dan sayur campurnya mula terhidang. Hati mula teruja, macamana rupanya gulai tempoyak ikan patin dari Sungai Pahang ini?


Fuh, kaw sungguh kuahnya!!!

Kami tak tunggu lagi bila nasi mula dihidang.

Semuanya selesai sekitar pukul 9 malam. Untuk rekod, makan siang tadi harganya RM41.20, dan makan malam pula RM81.00 . Memang berpatutan untuk 5 orang dewasa.

Sebaik membayar dan pujian serta terima kasih saya berikan kepada pasangan ini., kami pun pulang ke kamar. Memang ada mata mata yang memrhati kami dari siang tadi.

Duk kalut masuk ke Chalet kami, sempat saya ambil parang panjang didalam kereta sebagai senjata sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini.

Saya yang awal lena. Sebelum itu pintu hadapan telah saya sendalkan dengan kerusi panjang kayu rotan, dan begitu jua dengan pintu kaca menghadap Tasik Bera. Sebagai langkah keselamatan.

Subuh, dari sisi baranda.

Dan bila saya keluar dari Chalet ini, ternyata anak kunci tergantung di luar Chalet. Maknanya, Chalet kami tidak berkunci, dan kunci kami tinggalkan di luar!!

Nasib nasib.

Jety dari sisi beranda Chalet, subuh nak ke siang

Ini dari pintu masuk Chalet. Kereta parkir di atas.

Saya ke sisi bukit berhampiran, dan masih ada yang memerhati saya dari kajauhan.

Sebaik semuanya sudah bersiap, sekitar 815 pagi, kami piun 'cek-out' dari Chalet ini. Masuk lagi 2 kereta pekerja Resort ini. Maknanya kesemua ada 4 pekerjalah. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pekerja yang baru masuk ini sebaik menyerahkan kunci.

Saya boleh berikan 6 dari markah penuh untuk Resort tasik Bera. Memang sunyi dan agak terpencil, tetapi bagi mereka yang mahukan kedamaian tanpa ada orang ramai, disinilah tempatnya. Resort agak kurang mendapat penjagaan, tetapi bolehlah. Makanan memang sedap, layanan dari pasangan ini pun bagus.

Tiada yang tidak memuaskan hati saya. Sekadar jauh , itu sahaja, kalau dekat harus saya datang lagi. Tapi, yang dekat, Tasik Raban dan Bukit Merah tu pun saya payah nak pergi, inikan Tasik Bera.

830 pagi, kami bergerak meninggalkan Tasik Bera. Saya bercadang menggunakan laluan mengarah ke Negeri Sembilan, kerana laluan lebuhraya Karak agak jauh , membosankan, dan mahal dengan Tolnya.



Disisi kanan, Resort Perhilitan. Tiada orang langsung.

Harap perjalanan lancar untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. 

Latiff Hariri
1858 21122012
Sungai Petani

#Mata mata itu adalah - monyet/ungka/lotong.

No comments:

Post a Comment