Sunday, 27 January 2013

#HKR112 - Misi Berjaya

Sekitar pukul 5 kami bergerak, beratur panjang untuk menaiki Putra.

Bila begini , baru kami belajar. Lain kali, beli tiket 2hala untuk memudahkan perjalanan!!!


Di pinggiran stesen KTM mengarah ke Putra Pasar Seni

Dapat menaikinya sekitar 525 petang

Menuju ke Bangsar.

Rakyat masih berduyun berjalan dari Stadium ke Masjid Negara


Akhirnya, baru kami teringat yang kami belum makan tengahari. Baru terasa lapar.

Dan kami memesan saorang sepinggan makanan.

Memang dah lapar waktu ini.

Saya terus menalipon rakan OE1981 ini untuk sama sama pekena teh tarik.

Din Selamat Kamal, menerima lapuran saya untuk tidak disiarkan didalam Harian Metro, hehehe

Sekitar 630 petang kami bertujuh bergerak meninggalkan Bangsar. Mokhtar yang berencana untuk ke Shah Alam, terpaksa kami tinggalkan di Stesen KTM Sungai Buloh, kerana laluan ke Masjid Negara ditutup untuk lalulintas.

Saya memandu sepanjang perjalanan ini, kami berhenti sekektika di Sungai Perak .

Korang tengok gang anak muda ni, berkapcai sahaja ke #HKR112, pasti balik Perak, tak pun Penang

Motor Hijau, Baju Kuning - Sah mai dari Kedah nih....

Memang saya kagum dengan angkatan remaja belia dibawah 30 tahun ini, mereka berani dan gigih menegakkan kebenaran, walaupun mereka tahu risikonya amat tinggi. Sebagaimana saya memuji warga emas yang sanggup berada di KL untuk acara ini, anak anak muda pun tetap saya hargai. Mereka bakal merubah minda Useless Munafik No Otak, yang menyekat minda Melayu sejak dari zaman Penjajahan British lagi.

Tamat disini untuk kisahnya #HKR112, sekiranya saya menerima foto foto tentang keadaan di dalam Stadium Merdeka dari adik abang saya, pasti saya akan sambung lagi, walaupun kisahnya sudah berlalu sebulan yang lalu.

Latiff Hariri
 0858 27012013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment