Friday, 22 February 2013

Dua Rumpunan Serai

Saya sudah alihkan, atau tunaskan serumpun Serai Kampung ke batasan yang baru. Dah tahu, kebanyakan serai ini sudah matang dan perlu dilakukan sesuatu supaya ia tidak pupus.

Dengan cuaca yang pasti hujan setiap petang ini, saya panjangkan masanya berkebun disebelah pagi. Seawal jam 730 pasti saya sudah berada didalam kebun. Dan dihari kahadiran rakan sepejabat saya itu juga, saaya terperasan , mendongak kerantingan  dahan durian ini.....ternyata sedang berbunga untuk kali ketiga berturut turut.

Ini lah dinamakan rezki dariNya, bila saya bertekad untuk sedekah dan berkongsi setiap kali durian ini mengeluarkan hasilnya. Ada yang mahu membelinya, tapi, maaf, saya tidak mahu.



Renyah, itu tanggapan saya bila pertama kali membersihkan daunan serai ini.

Saya duduk bersila diatas tanah kebun, dengan sebilah parang dan tangan kosong, saya mencuci bersih 2 rumpun Serai Peha Ayam ini. Memasukkannya kedalam baldi biru, dan membawanya pulang. Setelah pasti semuanya bersih dan cantik, saya masukkan kedalam pelastik hitam, dan cuba menimbang dengan menggunakan alat penimbang berat badan!! Hahaha.

Akhirnya , saya bawa ke Pasar Sungai Layar bersebelahan dengan Taman Teratai Inn-dah ini. Dan jawapannya, hasil pertama ini dibeli pemilik gerai sayuran ini dengan harga RM1.60 sekilo.

" Bang, kalau bulan Ramadhan harga boleh mencecah RM2.00 - RM2.20", itu kata kata perangsang yang diberi kepada saya.

Tak jadi hal. Janji boleh buat duit. Petang Khamis ini poket baju saya terisi RM9.60 dari 6 kilogram serai..

Latiff Hariri
1918 22022013
Sungai Petanu

No comments:

Post a Comment