Wednesday, 6 February 2013

Serumpun Tebu dan Se- Pulau Pinang

Pagi sabtu 02022013 ini, bangun paginya seperti biasa.

Sekitar pukul 720 pagi, saya mengajak Tarmizi dan Dasmita untuk menjengok kebun saya. Bukannnya nak menunjuk rajin kepada tetamu ini, lebih kepada pesanan ayahnya Dasmita supaya dicantas sebarang 2-3 batang tebu hitam untuk dibawa pulang ke Sungai Lui, Hulu Langat.


Ternyata Dasmita dan Tarmizi teruja melihat akan pisang pisang berangan ini. Mereka juga punyai kebun di Sungai Penuh, Kerinchi,

Sama..... pada usia ini, kami bertiga senang duduk di kebun pada setiap hujung minggu

Tarmizi mahu saya pindahkan anak anak pisang ini, ke tanah terbiar disisi, ianya merupakan tanah saya juga, tetapi belum digembur dengan jentolak.

Dasmita memetik terung pipit. Orang Kerinchi panggil Langgi.

Penuh dengan jantung pisang dan setandan pisang emas

Ini tujuan sebenar saya ke kebun pagi ini. Kalau tak dibawa pulang anak anak tebu ini, pasti Pakcik Dain membebel kat talipon saya ni! Hehehe.

Bukan saya kena buat kerja pun, saya suruh menantunya yang cantas sendiri, hahaha.

Tarmizi mencantas tebu yang ditanam ayah mertua beliau sekitar tahun 2000

Yes, manis katanya. Ayah mereka yang tanam , memanglah manis

Kembali kerumah sekitar 830 pagi. Tapi, sempat kami bertiga singgah ke stesen bas untuk dibeli tiket pulang ke Kuala Lumpur. Saya mengharapkan mereka pulang malam, dan tiba di KL keesokkan paginya, tetapi, Tarmizi punya rancangan tersendiri untuk esok.

Jadi, sebaik membeli tiket, kami terus bersarapan. Anak anak teruna ni pun dah bangun, walaupun mereka bersengkang mata malam tadi.


Mihun goreng dan nasi lemak bungkus dan kuih koci menjadi hidangan pagi ini.

Yogi komen,, nasi lemaknya sedap. sedangkan saya terpegun melihat Tarmizi makan terung pipit mentah mentah bersama Nasi Lemak. Yang saya tahu, harus direbus dahulu.

Akhirnya saya mencuba, dan ternyata sedap, rangup......

Tidak mahu membuang masa, sekitar 930 pagi kami bergerak keluar sepertimana aturan yang dipersetujui semalam.

Ke Pulau Mutiara, Pulau Pinang.
Yogi teruja melepasi Jambatan Pulau Pinang.

Aik, romantik nampak...

Padang Kota Lama

Fort Cornwallis

Meriam sekitar tahun 1780an

Dedy dan Aqbal pun pertama kali ke Pulau Pinang, sama seperti Yogi. Sedangkan mereka memang duk kat Malaysia.

Kami didalam Kota ini sekitar 30 minit.  Bagi saya tiada apa yang menarik, tetapi bagi yang pertamakali memasukinya, pasti teruja melihat sisa sisa sejarah ini.

Kami diatas bumbung Kota

Termizi merindui Francis Light. untuk rekod, yang pertama temui Pulau Pinang bukan Francis Light, tapi Datuk Janaton sekitar 1700.

Posing lah korang, bebudak remaja......

Kami bergerak meninggalkan Padang Kota Lama ini sekitar pukul 1215 tengahari, rencananya mahu ke Batu Feringhi, tapi dek kerana jalannya sesak, saya berpatah balik menuju ke Jetty.

Pulang ke Semenanjung sahaja. Bukan tak mahu, tetapi masanya singkat kerana Tarmizi mahu pulang segera ke Kuala Lumpur.

Tarmizi saya rasa 'kebingunngan' mengapa saya katakan yang kita akan pulang dengan menaiki Ferry ke Butterworth.

Begitulah, bila dah memasuki Pulau Pinang, kita terlupa yang kita berada di Pulau dan melintasnya pun dengan jambatan yang besar, terlupa kita melintasi lautan...

Latiff Hariri
2028 04022013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment