Friday, 26 April 2013

Makan Besar di DUN Sungai Layar

Memang kami mengharapkan makan malam percuma malan ni. Hehehe

 Letih berombongan tengharinya, jadi malas lah pulak nak sediakan makan malam.

Dan doa kami dimakbulkan, kami dijemput 'makan besar' oleh abang Omar dan Pak Long Latiff TNB.

Jadi, sekitar 820mlm, pesanan ringkas pun masuk ke handphone saya, menjemput saya hadir segera kerana nasi sudah mula dihidang.

Apa lagi, saya capai kamera terus bergegas ke taman atas .




Haaa, mereka baru mula, rezeki rezeki.


Menunya ikan masin, sambal belacan, ulaman, kari daging gulai nangka.


Siap bertambah nasi dan lauk gulai saorang sepinggan.

Nasiblah, yang lambat makan, kira tinggal 'balance balance' aje lah.

Air sirapnya pulak dingin maximum. Siang panas terik, bila pekena air sirap ni, luruh semua sendi didalam.



Makanannya simple, tapi kerana berebut dan bersama kejiranan berhampiran, kira jadi lazatlah pulak.


Abang Omar dan Pak Ya. Pak Ya adalah adik kepada Abang Omar, bapa pengantin lelaki.


Mohd dan Ehsan ketinggalan bas sebab datang lewat.

Saya tunggu hingga ke jam 1030 malam. Mereka mengajak saya merayau malam ini, saya tanya, nak tengok wayang cerita apa?


Kira samapai meja dah clear, saya tak balik lagi.

Akhirnya janji saya, saya bawa ketidur. Tak adanya saya minat nak sengkang mata bila malam minggu begini.

Esok nak sambut pengantin pulak.

Latiff Hariri
0628 26042013
Sungai Petani


No comments:

Post a Comment