Sunday, 9 June 2013

Terjumpa Lee Poh Keong di Jalan Raja Chulan

Sesekali saya suka juga bercuti santai sendirian hujung minggu ke Kuala Lumpur.

22 haribulan,Rabu malam saya dengan ditemani bebudak bujang ni dan anak saya, terus ke Stesen bas Sungai Petani untuk menaiki bas PlusLiner ke Kuala Lumpur pukul 1130 malam.

Saya baru faham mengapa bas PlusLiner selalunya kosong. Hanya saya penumpang tunggal ke Kuala Lumpur. Tempat duduknya tak mesra alam. Tapi, bas Plusliner ni laju. Walaupun memasuki bandar Butterworth dan memasuki semula lebuhraya Plus sekitar 1230, perjalanan kami yang hanya dipenuhi 8 penumpang ini berakhir di Menara Maybank sekitar 350 pagi, 23 haribulan!!

Jadi, termanggu manggulah saya pagi itu di hadapan Maybank, hingga sekitar 5pagi, bila saya melangkah perlahan ke Masjid India.

Pukul 645 pagi saya melangkah lagi, kali ini ke jalan Raja Chulan. Dah lama saya tidak lakukan ini. Saya berjalan hingga menghampiri persimpangan Jalan Sultan Ismail, bila secara tiba tiba, saya terserempak dengan wajah yang sudah lama tidak saya temui.

Lee Poh Keong -  rakan sepejabat saya sekitar 92-94 . Terus saya menerpa dan memeluk beliau. Beliau ingat ingat lupa wajah saya ini, hahahaha.

Jadi, tak perlu berborak panjang di hadapan bangunan ini, terus Lee mengajak saya bersarapan di persekitaran Jalan Raja Chulan. Maka bercerita panjanglah kami berdua hingga ke jam 830 pagi.


Hm, berkisah tentang 'semalam' dan hari ini yang tidak menjanjikan keadilan untuk rakyat.

Kini Lee bekerja dengan syarikat Hartanah di Damansara.

Lee menghantar saya betul betul ke destinasi yang saya cari itu di Jalan Sultan Ismail.

Saya selesaikan kerja saya dahulu, kemudian dari Jalan Sultan Ismail, menapak perlahan ke Bukit Bintang, terus ke Pudu. Semua ini sudah saya lakukan diawal kehidupan bujang saya sekitar tahun 1981-1982 dimana ketika itu, jauh manapun, saya kena jalan kaki. Waktu 'susah' itu dengan pendapatan kasar sekitar RM410.00 , nilainya amat dihargai. Walaupun ada pengangkutan mudah Bas Mini, yang sekali naiknya berharga RM0.50 , saya tetap memilih jalan kaki bagi memastikan gaji bulanan mencukupi untuk 30 hari mendatang.

Dari Pudu, menaiki teksi ke Ampang, mencari rakan baik saya. Terus makan tenghari berdua . 

Untung ada kawan kawan yang sealiran ini, tiada masaalah bila saya tidak memandu ke Kuala Lumpur. Banyak kereta yang boleh dipinjamkan untuk memudahkan kerja saya.



Bersama David OCBC , pekena Sata dan Nasi Ayam Penyek di Taman Maluri.


Osman pun turut hadir.

Selalunya begitu. Saya tak perlu warwarkan kehadiran saya kepada semua, kerana ianya bakal merosakkan rencana kawan kawan, kalau tidak merosakkan rencana saya. Senang datang secara diam diam naik bas, buat kerja dan ziarah apa yang patut, lepas tu....balik.

Latiff Hariri
1428 02062013
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment