Wednesday, 31 July 2013

Selamat Tinggal Sandakan/KK

Sebaik selesai Subuh, kami tak tidur lagi. Saya kena pastikan seawal jam 7, kereta harus bergerak meninggalkan Sandakan.

Kami keluar dari rumah Aqilah ni sekitar 655 pagi mengarah ke rumah Bang Bacho untuk ucapan selamat tinggal. 


Qilah kena tinggal.....Kira Abah dan Ibu dah datang beri semangatlah ni....

Seawal jam 7 kami bergerak sebaik bersalaman dengan keluarga Bang Bacho. Saya memecut laju.


                                                             Terima Kasih Bg Baco

Masaalahnya, jalanraya kurang kemas, jadi agak terganggu kelajuan. Lori lori yang bergerak pelahan menambah derita saya. Sebaik tiba di pekan Check-Point, saya berhenti di stesen minyak Petronas untuk mengisi penuh tangki minyak kereta ini.

Mereka semua pakat sambung tidur, sedangkan saya teruskan pemanduan. Saya boleh agak, warga Sabah boleh teka yang memandu ni datangnya dari Semenanjung!!

Dalam mereka tidur pun mereka boleh tahu yang saya memandu laju kali ini. Yalah, jalan dah saya hafal.

Sekitar 10 pagi saya sudah berada di pekan Ranau. Memasuki pekan seharinya, melihat aktiviti harian warga Ranau, dan terus berhenti lagi di Stesen Petronas....

Melepasi kaki Gunung Kinabalu sekitar 1040 pagi, dan Aqilah terkejut bila saya memberitahu dimana lokasi kami ketika itu, komennya, "lajunya..."

Sekali lagi di Kundasang - saya beli sayur.

Sesekali melintasi puncak Gunung Kinabalu, menakutkan.....

Menuruni Banjaran Kinabalu ini tidak memerlukan pecutan, saya hanya mengikut curam lereng untuk menuju ke destinasi supaya tiba seawal mungkin.

Kami memasuki persekitaran daerah Menggatal ini pada pukul 12 tengahari. Dan sekali lagi Bg Bacho dan Aqilah terkejut bila saya katakan kami sudah berada di tengah Bandaraya KK sekitar 1240 tengahari.

Rumah Terbalik

Siapa nak duduk rumah ni?

Akhirnya, tujuan terakhir kami adalah ke kedai aksesori wanita  - Permata Sabah. 

Saya kira berapa rakan pejabat Melayu dan Cina , serta jiran tetangga terdekat, dan saya borong 2 papan butang baju Melayu dan anting anting untuk rakan rakan Cina saya

Beli ole ole mutiara untuk jiran dan rakan    - Di sini murahnya 50% dari di Pasar Filipina

Pukul 2 kami dah keletihan...akhirnya , kami bergerak ke arah belakang Pasar Filipina mencari Suraunya untuk rehatkan badan. Kami melepak sahingga pukul 4 petang, bilamana saya membuat keputusan untuk bersiar siar dengan kereta , Bandaraaya KK ini.

Berhenti di Pasar Ramadhan, beli kuih. Dalam gerimis, kami menaiki Bukit Bendera dan Istana YDP Sabah. Kami tak keluar pun, sekadar didalam kereta.

Pukul 5 saya membuat keputusan untuk berbuka puasa di Pizza Hut berhampiran, tetapi parkirnya penuh pula. Akhirnya saya memecut mengarah ke Terminal 2 .

Mencari cari sekiranya ada Restoran yang menarik, akhirnya saya cadangkan untuk makan didalam Terminal 2 sahaja.

Dan Bernasib baik, anak anak suka dengan menu yang disediakan oleh Restoran Asian Delite ni. Ini masakan yang Arif Kashani gemari . Setiap kali beliau terbang ke KK, pasti paramugarinya, atau beliau sendiri turun untuk membungkus makanan, dan dimakan didalam Cockpit beliau.

                           
LCCT  Terminal 2

Berbuka 638 malam - Saya kuehteow kungfu aje.

Selesai Maghrib, sekitar 8, kami pun bangun meninggalkan restoran ini. Memamg lama kami melepak, siap saya order lagi satu pinggan mihun basah!

Penerbangan kami sepatutnya pukul 930 mLm tertunda hingga pukul 10malam.

Untungnya pengemudi pesawat dapat memecut dimalam hari kerana jalanraya kurang sesak...hahaha. Kami tidur aje sepanjang penerbangan ini.

Dan kami tiba di LCCT Sepang sekitar 1215 malam. Terus saya menghubungi Hatta untuk mengambil kami....


Dah kat lcct 1215 malam(pagi Ahad 14 haribulan)

Ole Ole untuk Hatta berkebun di Padang Rengas.

Ros dah sediakan Mee Bandung untuk kami bersahur katanya. Jadi, pekenalah saorang sepinggan.

Pukul 115 malam kami pun berundur diri. Bergerak melalui Nilai, terus memasuki PLUS hiway mengarah ke Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sempat saya isi minyak seketika, dan terus memandu lagi pulang ke Sungai Petani. 

Teragak agak mahu bersahur dimana, akhirnya saya berhenti di Tapah. Saya tidur sekitar 30 minit didalam kereta, sedangkan anak anak bersahur di R&R Tapah.

Sahur saya 2 ketul kuih karipap dan Nescafe panas.

Memandu semula sekitar 445 pagi. 

Memasuki perkarangan rumah Teratai-Inn ini sekitar 615 subuh Ahad 14 Julai 2013.

Mengantuk aih......

Latiff Hariri
2028 31072013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment