Wednesday, 17 July 2013

Sesekali Makan Malam Sekeluarga Hariri

Adakalanya, sesuatu pertemuan itu tidak perlu dirancang awal berminggu minggu, cukup secara sepontan saya smskan kepada anak anak Emak yang ini untuk satu pertemuan dalam tempoh kurang dari 48 jam. Kiranya ada rezeki, pasti bertemu. 

Perjalanan kami dari Sungai Petani bermula seawal pukul 3 petang, didalam hujan. Saya pasti akan tiba di Kuala Lumpur sekitar Maghrib. Hari Isnin 9 haribulan ini merupakan hari bekerja, dan saya tahu memasuki Kuala Lumpur sekitar Maghrib ini pasti menacabar.

Perjalanan yang sesak sebaik memasuki Kuala Lumpur melalui Bukit Lanjan. Tetapi, yang menariknya, saya tetap tiba di tempat pertemuan ini sekitar 10 minit selepas Azan.

Kak Sham dan Abang Jabar yang mula mula hadir. kalau mereka lewat, tak masuk akallah.....Taman Dagang tu.....


Rahman sekeluarga tanpa Arif Kashani, yang ketiga tiba, diikuti Rashi, sendirian tanpa anak anak.


Acara makan makan ini lebih kepada kesyukuran atas kejayaan anak anak saya , dan saya mahu kongsikan bersama Kakak Adik Abang saya.

Mula makan sekitar 815 malam sebaik Rashi sampai. Dimulakan dengan doa oleh Muhammad Izzuddin.

Kami bertemu sebaik selesai solat Maghrib.

Tunggu Nasi

Rashi dah tiba  dari Jalan Semarak.

Ya, Nasi Moghul Kambing 4 pinggan besar

Menikmati keenakkan Nasi Arab

Selesai dalam setengah jam je

Secara sepontan, Hari Jadi Abang Jabar rupanya hari ini.

Birthday Boy 8 Julai

Keluarga Abang Jabar

Potong Kek

Sarah , Roziah dan Faiqah

Kami berpisah sekitar 930 malam

Moga bertemu kembali.

Kami bergerak laju menuju ke arah Sepang untuk ke rumah Hatta sekali lagi. 

Memasuki rumah beliau sekitar 1130 malam. Agak lewat, tapi dah janji begitu dengan Hatta.

Latiff Hariri
1748 14072013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment