Friday, 30 August 2013

Bandar Sunway, Semenyih

Mudah kalau kita menggunakan Lebuhraya dari Nilai, memasuki Kajang dan langsung ke Semenyih. Saya dah biasa gunakan lebuhraya Lekas dari Cheras/Kajang itu. Tapi, ini pertamakali susur dari PLUS memasuki Kajang. Ternyata amat mudah. Sekitar 30 minit sudah menyusuri keluar dari Lekas memasuki Pekan Semenyih.

Menalipon yang empunya talipon itu pun, rupanya bermasaalah talian. Jadi saya main redah ajelah. Boleh tanya orang nanti. Saya ingat nama Taman Perumahan itu, tapi, nombor rumah saya dah lupa.

Sebaik memasuki Taman, baru dapat berbacara dengan adik saya itu, tentang alamat rumah sebenar beliau

Akhtaruddin dan ShaSha

Semua sedang lena, kami sampai sekitar 740 pagi!!

Saya dak Akhta keluar mencari roti canai dan kuih muih untuk sarapan bersama.


Berhari Raya di rumah ke 22 . Akhtar merupakan adik saya yang ke 3. Kembar beliau , Allahyarham Nazahuddin pulang keRahmatullah sekitar 6 tahun yang lalu.

Farah dan Faiqah - sepupu

Alif, anak sulong. Farah, Faiqah dan Shasha.

Kami disini sehingga 930 pagi. Bersalaman untuk berhari Raya, dan kami teruskan perjalanan pulang ke Sungai Petani. Harap cuaca terang hari ini, dan tiada gangguan lalulintas.

Rasanya ini rumah penutup Syawal 2013 ini, sebab memang tak larat nak beraya lagi dah. Terlalu jauh kami beraya tahun ini, sehingga dua kali ke KL 2 minggu berturut turut. 

Sebelum itu sekitar 945 pagi Aqilah sudah menghubungi kami mengatakan bahawa beliau sudah selamat mendarat di Sandakan.

Memasuki Bandar Taiping seketika untuk menyegarkan tekak supaya tidak kempunan Condol Taiping itu, dan terkejut si Aqilah bila kami paparkan foto ais cendol kami sekitar 1210 tengahari tu, hahaha.

Latiff Hariri
1728 30082013
Sungai Petani 



No comments:

Post a Comment