Wednesday, 28 August 2013

Pandamaran dan Kapar Rumah ke 20 dan 21

Ini pun saya main serkap jarang, ada rezeki kita bertemu. Bukan mudah memasuki Bandar Kelang ni, terutamanya bila mahu melepasi Bulatan 8 simpang yang menuju ke Pelabuhan Kelang dan sekitar. Silap pusingan,tersalah arah, dan harus membuat pusingan U jauh dihadapan. Dengan Bantuan Google, semua menjadi mudah


Abang Omar dan saya.

Abang Omar ni tua dari saya sekitar 10 tahun. Dia merupakan suami kepada Nor'ain Mahmud, sepupu saya. 
(Anak kepada kakak arwah emak saya) 

Masa kami menetap di Shah Alam dahulu adalah sekali dua bertandang, jadi ingat ingat lupalah susur masuk ke Kampung Idaman, Pandamaran ini.


Kak Nor'ain melayan kami dengan biskut raya dan mihun goreng.

Menghampiri pukul 5 petang kami pun bergerak mengarah ke timur semula, memasuki Bandar Kelang. Saya  tidak berani berjanji dengan rumah ketiga ini, semuanya tertakluk kepada suasana lalulintas. Sekiranya perjalanan keluar dari Bandar ini lancar, saya akan melencong ke Kapar.

Rezeki kami memang baik, tak sampai setengah jam kami sudah menghampiri pekan Kapar.

Ini pun dengan bantuan google.

Pakcik Ham - Hamzah Adam. Adik emak.

Helmi Hamzah dan Makcik Ana. Anak bongsu pakcik Ham.

Saya dengan pakcik Ham ni pun beza usia sekitar 5 tahun sahaja. Sama sama sekolah King Edward dahulu. Kini pakcik Ham dah jadi orang Kelang. 

Bila pulang senja itu, baru saya perasan rumah Pakcik Hak lebih dekat dengan Rumah Rasi di Sesyen 7 Shah Alam. Itu pun kena tahu guna jalan belakanglah.

Sempat bertemu dengan Rasi yang baru pulang dari Gombak. Jadi dah empat rumah saya titipkan pisang pisang dari kebun saya ini.

Terus memasuki Lebuhraya Persekutuan untuk menuju ke Bulatan Kampung Pandan.

Menikmati Nasi Mande Kambing saorang sepinggan

Dah kenyang sebenarnya. Tapi atas permintaan Aqilah yang teruja melihat kami makan beramai ramai dua hari sebelum Ramadhan lalu, saya masuk jugalah ke dalam Al-Rawsha ini. 

Saya tak pesan sebarang makanan, kerana kekenyangan, tapi akhirnya saya jugak yang kena tolong habiskan Nasi Mande ni.

Tiba di BTHO sekitar 1015 malam. Nak tumpang tidur untuk minggu kedua Ramadhan ni.

Latiff Hariri
1958 27082013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment