Friday, 23 August 2013

Petang 3 Syawal di Lenggong dan Padang Rengas


Ini rumah ke 17 kami.

Rumah ini, murah rezeki anak cucunya. Walaupun saya tukar jadual dari Raya ke 2 ke Raya ke 3, menunya tetap padat - Nasi Daging.

Tak rugi daatang rumah ni, hahaha.

3Syawal 1434 bersamaan 10 Ogos 2013

Saya perhati ajelah gang merokok ni, hehehe.

Memang dah kerap sangat dengan rumah ni, dan kawan kawan ni.

Puan Tanah, hehehe

Baru saya tahu kenapa Awie yang paling akhir menjamah hidangan.

Mana boleh tahan melihat akan lauk pauk yang terhidang. Berebut pun berebutlah. Janji dapat menjamah dahulu. Tapi, kawan kita yang saorang ni, dia buat dek aje, tengok para tamu yang tak putus putus datang ini, menjamu selera, dia buat tak heran aje.

BIla tetamu dah 'clear', baru beliau dudk betul betul ditengah meja hidangan.....baru saya tangkap kenapa.

Orang perempuan pun pandai 'gebang' jugak.....

Anak anak.

Kami bergerak meninggalkan Gelok sekitar pukul 6 petang. Terus ke Masjid Lenggong , dan bergerak ke Banggul Batu. Tetapi Chu tiada, jadi kami terus pulang. Jalan mengarah ke Kuala Kangsar pun sesak, dan ada berlaku kemalangan di persimpangan lampu isyarat yang teramat banyak di setiap perkampungan kecil sepanjang jalan ini.

Kami guna laluan Lubok Merbau untuk mengarah ke Padang Rengas, dan tiba di hadapan Masjid Padang Rengas serentak dengan Azan Maghrib.

Malam Malaysia menentang Barcelona ini, kami mnegadap Kuih Raya di Rumah Arwah Pakcik Ghazali di Padang Rengas. Kenangan sekitar 1979 hingga kini tersimpan didalam ingatan....

Hatta dan Ros yang melayan....

Mula rapat masa Tingkatan 3, walaupun berlainan kelas hingga ke Tingkatan 5

Kami bergerak pulang sekitar pukul 9 malam. Melalui Bukit Berapit terus ke Changkat Jering. Ternyata, lebuh raya Plus sesak bermula dari Kamunting hingga ke  Terowong Menora di Ipoh. Kami yang melawan arus ini, selesa teramat, dan tiba di Sungai Petani sekitar 1030 malam. Tak letih pun....Seronok ada lah, dapat berziarah sehingga kerumah 18 setakat Syawal ketiga ini.

Latiff Hariri
1138 24082013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment