Thursday, 26 September 2013

Lahad Datu-Tawau-Semporna 20130914

Malam tu kami tidur tak awal jugak. Yang pasti saya antara yang terawal memasuki kamar beradu, sedangkan Wan dan Osman melayan TV dibawah. Sesekali sekitar pukul 2 atau 3 pagi, saya terjaga dari lena. Melihat sekeliling kamar, rupanya si Wan dah bergelimpang di tilam bersebelahan, sedangkan di bawah terdengat bunyi TV yang sengaja dipasang kuat oleh Osman.

Turun kebawah sekitar pukul 3  , rupanya TV yang melihat Osman

Subuh di Sandakan sekitar 450 pagi. jadi seawal jam 4 sudah terdengar si Osman sedang bersiap.


530 pagi , macam pukul 645 pagi di Semenajung.

Kami bergerak awal. Nak elakkan kesesakkan. Isi minyak penuh lagi di pekan Check Point.

Mana ada kesesakan di Sandakan ni! Selepas lebih 80km perjalanan, baru kelihatan sebuah motosikal bersaingan dengan kami. Tiada kereta yang berlumba lumba kecuali kami, dan sebuah Proton Pesona yang seakan akan mengacah kami  untuk berlumba.

Hanya ada satu kemalangan kecil, sebuah 4 Wheels drive yang ter'kura-kura disisi jalan. Saya rasa pemandunya mengantuk.


810 pagi, pesawat MASWing sedia berangkat dari Lahad Datu

Terpegun melihat pesawat yang memakir bersebelahan jalan  besar memasuki Bandar Lahad Datu. Hawnya pagar besi yang memisahkan pesawat dan orang ramai. Kalau Lahad Datu yang menjadi tempat Aqilah bekerja, pasti menyusahkan kerana hanya Fokker yang boleh mendarat disini.

Memasuki pusat bandar, semata mata untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong untuk sarapan pagi.

Disisi Bandar Lahad Datu.

Kami bersarapan seoarang sepinggan Nasi Lemak, sedangkan saya berbihun sup. Mundar mandir didalam pasarnya Lahad Datu itu, hm.....macam di Semenanjung jugak, cuma dialect  bahasanya yang mengingatkan saya bahawa saya berada di Sabah.

Beli sesikat pisang berangan. Tahu tak? Tak perlu timbang, harganya RM5.00 . Patutlah pekebun pisang berangan tak kaya kaya, yang kaya peniaga pisang.

Bot bot nelayan

Orang Laut

Perjalanan kami teruskan sekitar 850 pagi, bergerak lagi setengah perjalanan subuh tadi untuk sampai ke Tawau. Maknanya ada lagi 2 jam perjalanan. Sepanjang jalan berbukit bukau ini dipenuhi dengan pokok Kelapa Sawit....patutlah kroni yang kaya!

Bandar Tawau ini agak kemas. Sekitar 25 km sebelum memasuki pusat bandar, sudah tersedia laluan dua lorong untuk kenderaan. Lapangan Terbangnya pun kira kira 20km dari pusat Bandar. 

Memang untung duduk di Sandakan. Lapangan Terbangnya sekitar 10km dari Sandakan. Pekan terjauh adalah Check Point kira kira 40km dan Kota Kinabantangan sekitar 100 km. 

Mudah memasuki Tawau dengan bantuan Google Maps. Terus memakir kereta dan ke pusat Pasar Awam. Sudah kelihatan 3 kaunter tiket Fery untuk ke Pulau Sebatik dan Pulau Nunukan di Indonesia.

Ini pengalaman pertama kami. Kununnya mahu bermalam di Indonesia, tapi, tak kesampaian.
Tiket pergi-baliknya RM180.00 .Perjalanan sekitar 3 jam lebih, dijangka bergerak sekitar jam 11 pagi, tetapi kemungkinan lewat untuk mengikut pasang surutnya air laut.

Saya sudah beria ria mahu membeli tiket, tetapi bila ditanya jadual pulangnya pada keesokkan harinya, " Maaf bang, minggu tak ada fery, hari Isnin sahaja."

Argh....! 

Tak kan nak bermalam sehingga Isnin di Indonesia. Terencatlah hajat kami.

Ini Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Tawau. Bersebelahan Pasar Awam.

Kami alihkan rancangan kami dari memasuki Indinesia, terus ke Jety Awam Tawau dimana tersedianya bot untuk ke Pulau Sebatik. Tapi, sebelum tu kami memasuki pasar dahulu.

Nak pastikan harga ikan di Tawau lebih murah  dari Sandakan.

Jawapannya: Sandakan. Murah RM2.00

Peniaga semua anak peribumi. Pasar Awam Tawau

Loban dan Kerapu RM12 dan RM10 sekg.

Di Jety awam pun kami gagal mendapatkan perkhidmatan bot. Ternyata tiada lagi Bot yang keluar dari Tawau ke Pulau Sebatik. Waktu ni, jam sudah mencecah pukul 130 petang.

Kami dah mula terasa lapar.

Jety Awam ke Pulau Sebatik.

Jetynya bersih....

Mundar mandir di Bandar Tawau, akhirnya saya membeli 5 atau 6 bungkusan buah buahan yang sudah siap diproses untuk bekalan perjalanan ke Semporna. Mungkin juga, selera kami tiada bila melihat akan hidangan di restoran sekitar, yang bukan menjadi selera kami.

Sekitar pukul 2 kami bergerak pulang ke Semporna. Perjalanan sekitar 1 setengah jam. Pemandunya si Osman. Sebenarnya kami bergilir memandu. Sandakan - Lahad Datu Osman. Lahad Datu - Tawau , saya.

Berhadapan Hotel Dragon, Semporna

Merayau di Pasar Awam Semporna, akhirnya apa yang Wan dan Osman hajati  ditemukan. Di Sandakan harga rumpai laut adalah sekitar RM8 - RM12 , mengikut kualiti. Tetapi di Semporna kualiti terbainya dijual pada harga RM8.00.

Mereka berdua membeli sekitar 38kg rumpai laut untuk penjagaan kulit mereka berdua.

Makan tengahari di Semporna sebaik kami berjaya mendapatkan kamar Hotel. Itu pun kira bilik terakhir yang ada, ambil sajalah. Janji boleh tidur.

Malam kami di tengah tengah Pekan Semporna...tempat ni memang happening!

Malam minggu ni, kununnya mahu mundar mandir melihat kehidupan malam Semporna...tapi, terosak program. Saya dan Wan tersilap makan, akhirnya terbaring sepanjang malam. Demam tak demam dibuatnya.

Osman jadi pelayan kami berdua. Moi Maggi menjadi makan malam kami berdua selain dari ubat ubatan yang tersedia dibekalkan oleh Zila, isteri Osman.

Terbaring lesu.......kami happening di atas katil saja.

Pagi minggu, kami masih terbaring. Masih trerasa sakitnya perut, tapi kerana kelaparan, saya paksa jugak turun kebawah untuk sarapan roti canai.

Aktiviti pagi di Pasar Semporna

Bot yang mundar mandir dari Pulau Pulau berdekatan.

Pulau Sipadan menjadi tumpuan para penyelam. Terdapat ramai pelancung luar dan dalam yang sudah bersedia bersama peralatan menyelam mereka. Kami perhati ajelah dengan perasaan cemburu.

Tak nak balik awal, nak santai aje hari ni

Latiff Hariri
0808 26092013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment