Sunday, 6 October 2013

16 september di Sandakan

Hari ini 16 september, genap 365 hari pemergian Emak.........Al-Fatihah.

Walaupun tidur lewat, bangunnya tetap awal. Tapi, santai lah. Pagi ni saya tak nak ganggu Wan dan Osman..

Tapi, rupanya Osman yang paling awal bersiap. Siap dia sediakan sarapan pagi untuk kami berdua lagi. Sehat macam ni bila ada kawan kawan yang minat ke dapur seperti saya.

Jadi pagi tu kami bergerak sekitar pukul 10 menuju ke Lapangan Terbang Sandakan. Jangkaannya sekitar 1030 hingga 11 pagi, ketibaan Noor Aqilah dari Kuala Lumpur.


Pukul 1130 baru keluar......

Jadi, sebaik Noor Aqilah tiba, katanya, mahu mengekori abahnya. Terus dihantar beg ke rumah, dan kami terus makan tengahari bersama. Dah pukul 12 lebih pun.

Memang selera Sabah ni susah nak masuk ketekak saya. Sesekali tu boleh lah. Walaupun, mesakan ala ala Semenanjung, rasanya tetap Sabah! Hehehe

Kami ke Pasar Awan Sandakan dan saya dan Noor Aqilah biarkan Osman dan Wan bebas berbelanja. Kami berdua tunggu dalam kereta aje.

Akhirnya pekena saorang setin air bergas dengan Osman. Wan masih sakan berbelanja,

Pulang ke rumah sekitar pukul 3. Waktu ini Osman yang bergelut membungkus kotak untuk dititip kedalam perut pesawat. Saya lepak aje. Saya dah biasa dengan Osman ni, dia memang kemas bila melakukan sesuatu pekerjaan.

Wan lepak aje....dua kotak dah siap penuh dengan rumpai laut, serta satu kotak panjang penuh dengan parang.

Lepak aje, sedangkan saya sambung lena di bilik atas.

Sekitar Maghrib , 605 petang, kami sudah siap semuanya. Dan bergerak didalam hujan lebat menuju kerumah Abang Bacho untuk mengucapkan selamat tinggal.

Siap ' check-in' sekitar 715 malam. 

Tak tahu nak buat apa, terlalu awal. Kereta sewa sudah saya serahkan kepada pemilik di ruang legar Lapangan Terbang tadi.

Tiba -tiba muncul Abang Bacho sekeluarga....jadi peneman makan malam kami.

Kafe Asian Delight.

Alhamdullillah... semua kenalan saya adalah kenalan rakan rakan saya jugak.

Abang Bacho, Wan, saya, Ala dan Qursiah.

Kami ucapkan selamat tinggal sekitar 830 malam. Kami antara yang terakhir memasuki ruang pelepasan. Tak tergesa gesa pun sebab semua bujang, kalau ada anak anak, saya yang paling kalut.

Penerbangannya terlewat 20 minit, tetapi ketibaan di LCCT KL tetap mengikut jadual. Pengemudianya rempit.

Pada awalnya Osman disebelah saya, sekitar setengah jam penerbangan satu barisan 3 kesuri yang kosong dibelakang menjadi katil beliau

Kami tiba LCCT 1145 minit malam, 5 minit awal dari jadual. Saya tergesa gesa meninggalkan mereka berdua kerana harus ke KLIA untuk mencari Proton Saga biru saya, yang Aqilah tinggalkan di subuh Isnin 16 September, sedangkan sekarang ini sudah memasuki 17 September. 

Bertanyakan petugas dimana letaknya tapak perkir yang bernobor siri itu, akhirnya sekitar 20 minit mencari, saya teramat lega......

Memandu semula ke LCCT, Osman dan Wan sudah tak senang duduk bila sekitar 1 pagi bayang saya masih belum kelihatan.

Disini tersoroknya kereta biru saya.

Pemanduan oleh Osman lagi, menuju ke Bandar Tun Hussein Onn, dan sekitar pukul 2 malam, saya menerajui pemanduan ke Utara walaupun Wan merayu mahu memandu ....tapi, akhirnya saya mengalah di hentian Rawang. Memang teramat mengantuk pun.

Saya hanya sedar seketika bila Wan berhenti mengisi minyak di Bukit Merah...dan seterusnya Azan Subuh di Tol Juru. Lajunya!!

Saya tiba dirumah setepatnya jan 7 pagi Selasa 17 September. Kununnya hendak ke kebun, tapi.......

Latiff Hariri
1958 05102013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment