Wednesday, 22 January 2014

Sarapan di Siteba, Padang

Walaupun saya sudah berpuloh kali ke Siteba ini, dek kerana usia, saya masih gagal mengingati laluan kenderaan untuk memasuki lorong ke rumah Kak Yusmaniar ini.

Terpaksa berhenti sana sini semata mata mencari simpang sebenar sebaik melepasi Pasar Siteba.
Yang menariknya, Si Pami baru merungkai bagaimana nama pekan Siteba ini pada asalnya. Katanya kerana pekan ini terletak di muara Sungai dan sering dilanda banjir, jadi perkampungan kecil ini pun dinamakan Siteba - SedIa TErima BAnjir.

Saya tahu Kak Yus sekeluarga senang menerima tetamu dari Malaysia, jadi sebelum saya 'menyusahkan' beliau, lebih baik satu perjanjian dibuat. Saya mahukan menu sarapan yang sama seperti dahulu, serta lontong pucuk pakunya wajib ada, hehehe.


Memang kami mengantuk......

Sementara menanti hidangan, kami dihidangkan air sirap serta kuih agar agar.

Fuh! Power! Rendang dagiang, ayam goreng bumbu, gado-gado, serta lontong pucuk paku!!

Selamat menikmati air tangan Kak Yus!

Ya, semua tetamu memuji keenakkan masakan Kak Yus pagi ini!!

Kami tidak lama disini. Sekitar 1120 pagi, kami bergerak meninggalkan Siteba. Destinasinya ketengah Kota Padang, melihat bangunan tinggalan penjajah, Jambatan Siti Nurbaya dan Pelabuhan asal Padang sebelum Teluk Bayur.

Dukacitanya, telur penyu sudah diwartakan sebagai spesis yang dikawal, jadi kami tidaklah dapat menikmati lagi keunikkan telur itu. Dah tinggal sejarah dah......

Semua gembira dapat berkenalan dengan Kak Yus sekeluarga. Yang bekerja sebagai Guru pasti menyanjungi Kak Yus, yang jua Mantan Guru Besar SD1 Padang. Isteri abang Roslan ini, Kak Fatimah pun Guru, jadi boleh masuk 'line'lah dengan Kak Yus.

Latiff Hariri
1958 22012014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment