Thursday, 6 February 2014

Selamat Tinggal Padang

Apa yang selalu saya fikirkan setiap kali nak pulang ni ialah pemerikasaan di Bandara. Tak tahu kenapa saya tidak suka. Mungkin juga kerana bawa rombongan yang besar, tak mahu tetamu tetamu menghadapi masaalah.



Hotel Bunda 620 pagi Sabtu 18 Januari.

Kelam subuh.

Kalau jalanrayanya tiada kesesakkan, jarak masanya sekitar 45 minit. Saya berkira sampai sekitar 7 pagi, sedangkan bas harus memasuki pekan Lubuk Buaya untuk mengambil kakak yang mahu mengikuti kami ke Malaysia itu.

Semua ok bila sudah melepasi pemeriksaan Imigrasi Bandara Minangkabau.

Saya rasa kali ini lebih teratur pendaftaran kemasukan, kerana saya dah belajar dari perjalanan yang lalu. Tapi, terkena jugak di Kaunter Cukai Bandara. Tapi, ok lah. 

Bila sesuatu yang tidak wajib dibayar, menjadi paksaan kepada penumpang kapalterbang.

Lorong memasuki pesawat.

Pesawat tiba dari Kuala Lumpur sekitar 815 pagi. Agak tergesa gesa ianya berlepas kerana kelewatan.

Tiba di LCCT 1030 pagi seperti yang dijadualkan. Menunggu bagasi pun berjalan dengan lancar.

Tolak 4 troli untuk 3 keluarga.

Di Kaunter Kastam pun kami tiada masaalah. Syukur.

Menuggu Hatta Ghazali datang di Medan Makan LCCT. 

Saya sendat tujuh orang sekereta, abang Lan pun sama tujuh orang. Destinasi kami sama , ke Kepala Batas dan Sungai Petani. Pada awalnya mahu bersaing, tetapi, terpaksa diubah kerana masing masing punya acara tersendiri dengan anak anak dan keluarga.

Saya dah letih dan mengantuk. tahu nak cepat sampai sahaja.

Latiff Hariri
0650 06022014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment