Friday, 21 February 2014

Semalam di Tawau

Bila dah pulang agak lewat, ditambah dengan hujan semalaman hingga ke Subuh, jadi, nak bangun pagi ni perlahan banyak lah. Kununnya janji setengah jam selepas solat Subuh, tetapi dek kerana hujan, kami hanya keluar meninggalkan Kota Sandakan ni sekitar  7 pagi. Bergerak didalam gerimis pagi.

Saya tahu, perjalanan ini akan mengambil masa yang panjang. Kami tiba di Pekan kecil Check Point sekitar 745 pagi. Berhenti seketika di Petronas untuk mengisi dan membuang. Sekitar 820 pagi berhenti Tepaliud untuk sarapan. 

Bergerak semula sekitar pukul  9 pagi. Perjalanan akan mengambil masa lebih dari 4 jam, kerana jalan rayanya amat teruk sekali!! 

Mengapalah korang gi pangkah BN ni!!

Tiba di Lahad Datu melepasi pukul 10 lebih, berhenti sekali lagi untuk mengisi dan membuang. Kerana masih kekenyangan kami teruskan perjalanan. Saya membuat keputusan untuk terus ke Tawau sahaja. Pada awalnya saya mahu memasuki Semporna, daftar masuk di Hotel, dan merayau ke Tawau. Tetapi perjalanannya jauh juga, dan masa sudah agak suntuk untuk berpatah balik dari Tawau.

Jadi, pertamakalilah kami bermalam di Tawau. Saya yang kali kedua ke Bandar Tawau ini, masih tidak merasa selesa untuk bermalam disini.

Tiba melepasi pukul 2 petang, rehat di bilik masing masing sebelum turun ke Restoran Nasi Ayam bersebelahan KFC itu sekitar pukul 3 petang.

Berlatar Masjid Bandar.

Ok, lokasinya Hotel kami ini amat sesuai. Pasar Besarnya sekitar 600m , Masjid sekitar 300m, Pasar Gantung atau Central Market hanya dibelakang Masjid, jadi saya baru terasa menarik jugak bermalam di Tawau ini.

Jadi, seperti yang dijanjikan, pukul 3 kami pun turun makan tengahari. Kira dah lewat jugak, Asar 355 petang. Makan tengahari ini cara Ala Carte sahaja, sebab nak mudahkan selera masing masing.

Nasi Ayam menjadi pilihan.

Selesai makan, kami menapak ke Pasar Besar untuk membeli jajan. Ianya seakan akan pasar Khadijah, sebab ramai anak bangsa yang berniaga, walaupun bercampur dengan bangsa lain. Tapi, di Sabah ini, saya sendiri susah nak bezekan antara Melayu Islam, Melayu bukan Islam, orang Filipina pendatang , mahupun orang Indonesia pendatang. Itu belum lagi yang datang secara sah dan tidak sah.

Pasar Tanjung Tawau.

Macam kat KB

Beli Batu Tumbuk, harga RM18.00.

Adalah sekitar 30 minit disini, saya hanya beli kerepek belinjau yang metah untuk diole olekan kepada rakan pejabat saya.

Kan.....sakan berbelanja.

Kenangan Pasar Tanjung Tawau.

Anak anak teruna kami , biasalah. Mana nak minat ikut membeli barang barang dapur ni, mereka berdua meminta izin untuk pulang ke Hotel, jadi kami titipkan kesemua belian kami ini kepada mereka, dan emak bapak berpeluang berlenggang untuk ke destinasi seterusnya.

Terpandang saya logo besar MATAHARI.

Eh, Matahari yang di Indonesia tu ke? Saya mula menanya. 

Matahari di Indonesia tu adalah Pusat Membeli Belah seperti Parkson ataupun The Store di Malaysia.

Ini sebahagian didalam bangunan kecil Matahari.

Bukan Kompleks Membeli Belah, lebih kepada toko toko persendirian. Ok juga, boleh cuci cuci mata.

Di celah celah lorong Matahari ini, ada jualan kaki lima, jadi , tak lah rugi masa kami menapak ke lokasi seterusnya, Pasar Gantung yang terletak bersebelahan dengan Masjid Bandar itu.

Permata Sabah. Dah pandai, harganya kami dah tahu.

Terus ke Pasar Gantung. Namanya sempena pakaian yang tergantung untuk dijual. Harganya dua kali ganda dari jualan di GM Kelang!!

Tak beli pun, kami dah pandai.

Teruskan ke Medan Selera bersebelahan untuk membeli satay ayam.

Satay kepak ayam.

Sekitar pukul 530 kami pun pulang ke kamar, teramat dekat pun, lepak dalam bilik seketika sebelum tibanya waktu Maghrib sekitar 622 petang.

Latiff Hariri
0628 20022014
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment