Monday, 17 March 2014

Mesyuarat Agong PIBG SunLay ke 18

Saya memang menantikan acara ini.

Saya dah sedia untuk kehadiran kali terakhir untuk acara ini. 

NYDP, Pengetua CikgiMailSP, dan YDP Hj Shahabuddin

Saya NYDP sesi 2011/2012, 2012/2013 dan 2013/2014.

 Acara brmula 840 pagi. semua hadir mengikut jadual.

KPD Kuala Muda/Yan ACP Khalil Ariffin merasmikan mesyuarat PIBG ke 18.

Pengetua Cikgu Ismail.

YDP Tuan Hj Shahabuddin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda/Yan, Tuan ACP Khalil Ariffin.

Kali ini, bersesuaian dengan kurangnya kempen politik, jemputan VIP Sekolah datangnya dari PDRM. Jadi bicara pagi ini lebih tertumpu kepada disiplin pelajar dan orang awamlah. 

Macam biasa, tumpuan utama ialah peratusan jenayah yang membabitkan anak bangsa.

Sebaik  perasmian oleh KPD Tuan Khalil, acara berhenti rehat  untuk jamuan sebelum bermulanya meyuarat Agong PIBG kali ke 18.

.
Anugerah Kecemerlangan PMR. ada 12 pelajar straight A's


Jamuan kecil lagi segera untuk tetamu pagi ini, sekitar 1100 pagi

Sebaik bermulanya acara pemilihan AJK baru, saya dengan rendah diri mohon berundur diri. Saya sering katakan sekiranya kita tidak mempunyai anak anak lagi di sekolah ini, kita tak perlu lagi menjadi AJK PIBG, walaupun tiada kesalahannya. 

Yang saya rasakan selama ini, PIBG harus digerakkan oleh Guru Guru bersama Ibu bapa, bukannya ibu bapa yang sudah tiada anaknya didalam sekolah. Kerana bila berlaku kecemasan atau apa jua permasaalahan, tindakan hanya dilakukan oleh Guru Guru tanpa pengetahuan IbuBapa. 

Bersama AJK 2014/2015 yang dilantik.

Ini hanya foto kenangan bersama AJK baru. Saya secara rasminya mengudur diri.

Selamat berjuang warga Snulay semua.

Latiff Hariri
0608 16032014
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment